Bab 6

1.4K 79 0
                                    

    Terlopong mulut aku melihat tempat yang Ayden bawa aku ni.Biar betul?.

"encik Ayden,betul ke ni?.."soalku.Ayden tersenyum sambil mengangguk.

 "tapi I.."belum sempat aku meneruskan kata-kataku,Ayden sudah memotong.

 "segalanya ditanggung oleh I.."Gulp.Biar betul?.Ada ke bos baik macam ni dalam dunia ni?.

 "tapi I yang akan tentukan apa yang patut diorang buat pada you.."Adui,gawat ni.Tapi tak apalah,orang nak belanja.Aku terima je la.Akhirnya aku mengangguk akur.Bertambah lebarlah senyuman diwajah Ayden.Tanpa membuang masa dia segera bercakap dengan seorang pekerja disitu sebelum mereka memulakan misi mengubah gayaku ini.Nampaknya niat aku untuk mengingatkan Marcell kepada Nadine yang lama terpaksa ku pendamkan kerana kini Ayden sendiri telah melaburkan wangnya untuk mengubah gaya aku.Entah gaya apa yang dia beritahu pada pekerja tadi tapi yang pastinya aku juga gementar apabila rambutku mula dipotong.Oh,tidak!.Rambut kesayanganku sudah dipotong dan diubah warnanya.Harap-harap janganlah diubah gaya aku sampai jadi macam cik Marissa si tunang hantu tu.Tak sanggup aku.Ayden tergelak melihat wajah kelatku apabila rambutku dipotong.

 "don't worrylah..I bukannya kejam sangat nak biar diorang potong pendek terus..cuma ubah gaya sikit..barulah ternganga Faliq kalau tengok PA dia nanti..I pasti you akan suka pilihan I ni..jangan risau.."Aku hanya tersenyum hambar kepadanya.Harap-harap macam tu lah.

Aku memandang wajah Ayden dari pantulan cermin.Biar betul?.Ini aku ke?.Ayden tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya.Baru aku perasan kelebihan lelaki itu padahal dah dekat tiga bulan aku menghadap muka dia ,kali ini baru aku nampak keindahan senyuman dia tu.Eleh,puji lebih-lebih sebab dia dah lawakan aku yang sedia kala lawa ni.Haha..

 "so,apa pendapat you?.."soal Ayden sambil tersenyum.Aku hanya mampu memberikan riak teruja kepadanya.

 "I'm speechless..macam tak percaya pula I tengah tengok diri I sendiri dalam cermin ni.."

 "now,you ikut I pula.."

 "pergi mana?.."soalku pelik.

 "shopping.."Hah?.Tadi dia dah ubah dandanan rambut aku dan sekarang dia nak ajak aku pergi shopping pula?.

 "tapikan waktu pejabat belum tamat.."

 "it's okay..I dah call Liz tadi dan maklumkan pada dia yang you dan I tak dapat masuk kerja petang ni.."

 "what?!..you tak apalah..I ni PA encik Faliq,nanti bising pula dia.."Ayden menggelengkan kepalanya.

 "jangan risau..I dah ada plan benda lain supaya dia tak bising.."Aik,aku ingat aku je yang penuh dengan rancangan jahat,dia pun sama?.

 "dah..jangan fikir macam-macam lagi..ikut I sekarang.."arahnya sebelum kami berjalan beriringan di pusat membeli belah.Segan jugalah bila baju aku ni terdapat kesan kotoran akibat perbuatan si jembalang dekat pejabat tadi.Nasib baik masih boleh ditutup dengan beg tangan aku ni.Bila ingat balik,sakit pula hati aku.

"Encik Ayden,betul ke ni?.."soalku ragu-ragu.Ayden mengangguk.

 "ya..you kena ikut I..and one more thing,jangan panggil I encik Ayden lagi..kita bukan dekat pejabat..panggilan encik tu hanya di pejabat sahaja..kat luar ni, anggap I kawan you..panggil Ayden je.."Aku mengenggam tanganku erat.

 "tapi I perlu ke ikut you pergi majlis ni?.."soalku sekali lagi meminta kepastian.

 "ya,Nadine Izara..I tak ada partner malam ni..so,I nak you ikut I.."

 "tapikan I ni pekerja baru..yang lain tu semua dah lama kerja di syarikat tu..takkanlah I nak join tanpa diundang macam tu.."

 "nope..no more excuse..you kena ikut I.."Alamak,nampaknya aku memang dah tak boleh cakap apa lagilah.Terpaksa juga aku ikut si Ayden ni.

 "okay ke I pakai macam ni?.."soalku.Yalah.Dia suruh aku pakai gaun labuh berwarna maroon dan kain gaun ni tak payah cakaplah.Orang tengok pun rasanya dah tahu yang gaun ni mahal.

 "cantik sangat..I percaya kalau sesiapa je tengok you malam ni, confirm terpikat.."balas Ayden.Aku memandangnya yang sedang memandu.Eleh,cakap orang.Dia pun sama.Dengan suit vest yang tersarung ditubuhnya, aku rasa kalau mana-mana perempuan tengok pun boleh terjelepuk kat lantai.Gaya rambut dia pun agak berbeza pada malam ini.Yang pastinya Ayden kelihatan sangat berkarisma dan jelas gaya high class dia tu.Segan pula aku nak teman dia malam ni.Yalah,aku ni biasa-biasa je.Tak secantik Marissa atau mana-mana model kat luar sana.Aku nampak berbeza hari ini pun sebab bantuan Ayden.Kalau tak memang aku pakai baju kurung je la sebagai identiti lakonan aku dihadapan Marcell.

 "okay..kita dah sampai.."Aku segera memandang sekeliling.Hah?!.Hotel lima bintang?.Bertambah gementar aku jadinya.

 "shall we?.."soal Ayden.Aku menghela nafas perlahan seraya mengangguk.Kami berdua berjalan beriringan menuju kearah lobi hotel tersebut.

 "Nadine..okay tak penampilan I hari ni?.."soal Ayden.Aku tergelak kecil mendengar soalannya itu.Tadi bukan main nampak berkeyakinan lagi, sekarang dia pun kecut perut macam aku ke apa?.

 "okay..cuma tie you tu senget sikit.."Ayden cuba memperbetulkan tali lehernya tetapi makin senget pula jadinya.Nampak sangat dia tengah gementar sekarang ni.Akhirnya aku membantunya.Tali lehernya ku perbetulkan agar kelihatan kemas.

 "okay..done.."Aku tersenyum padanya.

 "thanks.."balasnya sebelum dia menghulurkan lengannya kepadaku.

 "you kan pasangan I malam ni..kenalah nampak real.."Akhirnya aku memaut juga lengannya sebelum kami berjalan masuk ke dalam dewan yang terhias indah itu.Segan pula aku bila beberapa mata mula memandang.Ada juga segelintir yang berbisik-bisik.Habislah aku.Dahlah hari ini aku dan Ayden sama-sama ponteng kerja.Lepas tu majlis malam ni kami berdua datang sama-sama pula tu.Aku cuba merungkaikan pautan tanganku ke lengan Ayden tetapi tangan lelaki itu pantas menahan.

"you tak nak jatuh tergolek dalam dewan ni,kan?.."bisiknya namun bibirnya masih tersenyum kepada para tetamu disitu.

 "tak apa,I boleh cuba jalan perlahan-lahan.."memang aku akui kasut tumit tinggi yang tersarung dikakiku ini memang agak tinggi berbanding ketinggian yang selalu ku pakai.

 "jangan nak mengada..ikut je cakap I.."gumamnya lagi.Adui,Ayden ni.Suka sangat memaksa aku la.Aku dahlah tak selesa dengan keadaan sekarang.


Jahanamnya Cinta✔ (Terbitan September / Oktober 2017)Where stories live. Discover now