Bab 10

2K 86 5
                                    


"CHEERS!" Ucapku seraya mengangkat gelas minumanku ke udara. Keysha turut melakukan perkara yang sama bersama-sama beberapa orang rakanku yang lain.
"Beb, kenapa kau dan Sha tiba-tiba ajak kami ke sini?."Soal Maya. Aku memandang Keysha sambil tersenyum.
"We did something fantastic together!,"Ujarku dan Keysha serentak.
"Wait. Wait!.. Korang tak ajak kitorang pun, kan?."Sara mula menarik muka masam. Aku tergelak kuat.
"Alah beb, tak penting pun. Apa-apa pun malam ni kita enjoy!."Ujarku sambil mengerakkan badanku mengikut rentak muzik di disko itu.
"Dah la! Tak naklah merajuk lagi sayangku. Jom kita menari sepanjang malam,"Ujarku kepada Sara dan Maya.
"Yeah! Jomlah korang. Bukan senang tau si Nadine ni nak belanja kita.."Sampuk Keysha dalam nada yang agak kuat bagi melawan bunyi muzik yang bergema disegenap ruangan itu.
"Eleh, setakat belanja segelas air coke, buat apa?."Gumam Sara. Aku tergelak.
"Beb, sejahil-jahil aku ni tak adanya aku nak sentuh air haram tu."Balasku.
"Hmm.. Ye la tu."Balas Sara. Aku tahu dia masih merajuk kerana hal tadi. Aku memeluk bahunya sebelum menariknya kearah Maya dan Keysha yang sedang menari.
"Jangan merajuk, okay?. Let's have some fun,"Ucapku kepada Sara. Akhirnya dia tersenyum sebelum menari bersama kami. Memang sejak zaman belajar lagi aku, Keysha, Maya dan Sara akan berhibur disini. Sejak perginya Khaleef dari hidupku, gaya hidupku mulai berubah seratus peratus. Tak ada lagi Nadine Izara yang berbaju kurung dan kurang bersosial. Sudah hampir lima tahun aku meninggalkan identitiku itu. Dan aku selesa dengan diriku sekarang. Semua orang pun lebih suka berkawan dengan aku yang sekarang. Jadi, buat apa aku nak menyeksa diri aku dengan berpenampilan kampung seperti yang dikatakan oleh Marcell. Cuma bezanya aku suka bersosial tapi bukan menjatuhkan maruahku. Buktinya, walau macam mana pun aku berhibur didalam kelab malam ni, tak ada sesiapa berani sentuh aku. Sebab apa?. Tanyalah pengurus kelab malam ni, dah berapa ramai lelaki kena terajang dengan aku sebab menggatal. Sekali dia sentuh aku, sepuluh kali dia kena terajang dengan aku dan geng aku. Kami ni ganas?. Ya. Memang pun. Apa? Ingat perempuan macam kami ni lemah ke?. Tak, sayangku. Kami bukanlah jenis perempuan lembik yang mudah menangis bila dikasari lelaki. Buat apa nak membazir air mata demi mereka?. Banyak lagi benda yang perlukan air mata berbanding menangis untuk makhluk yang bernama lelaki. Don't be silly. Zaman dah moden. Nak kahwin, petik jari je. Sama macam kes aku.
Kesian Marcell sebab dapat bini macam aku. Tapi dia patut bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia dapat isteri yang boleh menyedarkan dia tentang perangai jijik tak beradab dia tu. Apa pun, aku akui yang aku berubah disebabkan kata-kata dia dulu. Dia kata aku ni kampung dan tidak bergaya, kan?. Aku rasa kalau dia tengok aku yang sekarang, boleh terlopong mulut dia. Tiba-tiba bahuku dipeluk oleh Keysha yang sedang menari mengikut rentak muzik.
"Beb, congrats!. Kau dah berjaya laksanakan rancangan kau!,"Keysha terpaksa meninggikan suaranya bagi melawan muzik yang bergema disegenap ruang.
"Thanks to you!. Kaulah sahabat aku yang terbaik!"Keysha tergelak.
"Jahatkan kita ni?!."Soal Keysha. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Jahat sangat tapi yang penting."
"Kita puas!" Jerit kami serentak sebelum menari bersama-sama. Malam itu kami telah menghabiskan hampir separuh malam dengan berhibur di kelab malam. Kami yang tak mabuk ni pun dah mengalahkan orang mabuk je gayanya.




AKU masuk ke dalam pejabat seperti biasa cuma hari ini aku masuk agak lambat sikit. Maklumlah semalam pun aku dan Keysha pulang ke rumah kami tepat jam tiga pagi padahal kami akan pergi kerja pada pagi ini. Alah, apa nak risau, suami aku kan bos aku. Nak marah aku?. Marahlah. Bukannya dia boleh pecat aku pun. Kalau nak pecat, dia kena berhadapan dengan Ayden dulu. Bagus juga aku ada skandal dengan dua orang bos di syarikat ni. Kalau marah pada salah seorang dari diorang, aku boleh pergi kepada yang satu lagi. Ketika aku duduk diruanganku, tiba-tiba interkomku berbunyi. Nak tak nak terpaksa jugalah aku menjawab.
"Nadine.. Masuk bilik I sekejap,"Wah!. Satu perubahan. Bukan Marcell yang menyeruku tetapi Ayden. Tapi kenapa agaknya dia panggil aku?. Seram juga ni.
"Okay, encik Ayden."Balasku sebelum menapak ke ruangan pejabatnya. Aku menghirup nafas panjang sebelum mengetuk pintu biliknya.
"Masuk.."Tanpa membuang masa aku segera masuk ke ruangan Ayden. Lelaki itu tersenyum melihat penampilanku.
"Woah, you look beautiful today.."Aku tergelak kecil sebelum melihat pakaian ditubuhku.
"Ye ke?"Soalku. Eleh, mengada sangat. Sengaja aku nak dengar dia puji aku lagi.
"Yup. Agaknya siapalah yang pilihkan baju tu, kan?" Aku tergelak mendengar ayatnya itu. Mengada betul. Dah dia yang belikan baju ni, mestilah dia yang pilih.
"Kenapa you panggil I masuk?."
"Jom, breakfast sama-sama?."Soalnya. Aku mengerutkan dahiku.
"Tapikan sekarang dah mula waktu kerja,"Balasku. Ayden tersenyum sebelum menarik tanganku keluar dari ruangan pejabatnya. Terkejut aku bila dia bawa aku masuk bilik Marcell.
"I akan minta izin sendiri dari bos you. So, no more excuse, okay?."Soalnya dihadapan Marcell yang sedang melihatku dari atas ke bawah. Aku tahu dia terkejut tengok perubahanku ini. Apa?. Ingat aku tak berani nak pakai macam perempuan bekerjaya zaman sekarang ke?.
"Faliq, aku nak bawa Nadine breakfast, boleh?."Soal Ayden. Marcell hanya memandang ke arah kami silih berganti sebelum matanya jatuh ke arah tangan Ayden yang memegang tanganku. Akhirnya Marcell mengangguk.
"Tapi jangan lama sangat, sekejap lagi ada meeting. Dia kena ikut aku jumpa klien,"Balas Marcell selamba.Matanya kembali terarah kepada fail dihadapannya. Ayden tersenyum seraya mengenyitkan matanya kearahku.
"Thanks ,bro."Ucap Ayden sebelum dia menarik tanganku keluar dari ruangan itu. Marcell nak marah sebab Ayden pegang tangan aku?. Memang taklah. Aku ni isteri rahsia dia. Mana boleh nak marah. Lagipun dia tak ada perasaan pada aku pun. Aku lagilah. Benci pada dia. Lantak dia lah nak marah ke apa. Ada aku kesah?. Tak ada sesiapa yang tahu bahawa kami dah menikah. Cincin kahwin yang dia sarungkan kat jari aku semalam pun dah selamat aku simpan dalam kotak cincin di rumah. Rimas aku nak pakai benda tu. Tak payah nak jadi isteri mithali sangatlah. Kalau dia harapkan isteri yang mithali, maaf aku bukan orangnya.

Jahanamnya Cinta✔ (Terbitan September / Oktober 2017)Where stories live. Discover now