MPL 20

5K 325 4
                                    

Pen yang berada di tanganya di ketuk perlahan di meja. Berkali-kali dia buat.

Seolah-olah menanti idea muncul di fikirannya. Dia betul-betul buntu untuk mencari calon.

Tokk! Tokk!

Bunyi ketukan pintu menyentak lamunan Asyraf. Automatik tangannya berhenti dari terus mengentuk meja menggunakan pen. Pandangan di lemparkan ke arah pintu.

Nafas di tarik dan di hembuskan perlahan-lahan sebelum memberi arahan.

"Masuk!" arahnya tenang. Namun tidak setenang hatinya yang gundah.

Seorang lelaki berpakaian kemeja berwarna putih siap bertali leher dan berseluar slack hitam masuk ke dalam bilik tersebut.

Asyraf hanya memandang dengan ekoran mata.

Lelaki tersebut mengambil tempat dihadapan Asyraf.

"Amacam bos? Macam stress je?" Tegur Shah sambil menyandarkan badannya di kerusi.

Sejak tempoh hari di kedai makan. Hubungan mereka kini semakin rapat. Bukan sahaja majikan dan pekerja. Tetapi sudah seperti sahabat pula.

"Aku peninglah Shah." Ngadu Asyraf sambil mengurut lembut dahinya.

Shah sekadar mendiamkan diri menunggu kata-kata seterusnya dari bosnya atau di kenali kawannya itu.

"Mama dan Papa aku suruh kahwin." Sambung Asyraf.

Wajah Shah masih tenang seperti tadi.

"Haa baguslah tu. Kahwin jelah. Apa yang nak peningkan lagi?" Soalnya sambil menjongketkan keningnya.

"Kau tak faham Shah. A..a..aku tak ada calon lagi." Ujarnya sedikit panik. Namun tidak di tonjolkan melalui riak muka. Hanya suaranya je yang menunjukkan dia begitu gusar.

"What?!" Soal Shah sedikit terkedu.

"Habis tu kau nak kahwin dengan siapa pula da? Pilihan orang tua kau ke?" Soal Shah kembali tenang semula.

Dia tahu dia tidak boleh menunjukkan riak terlebih panik kerana itu akan menambahkan lagi pening di kepala bosnya itu.

Kedengaran keluhan kecil terlepas dari bibir Asyraf. Wajahnya di raup sebelum kepalanya di gelengkan perlahan.

"Bukan pilihan keluarga. Tapi diaorang suruh aku cari calon sendiri dalam masa yang terdekat. Paling lambat pun sebelum hujung bulan ni. Kau pun tahu, aku mana ada calon." Ujar Asyraf. Nadanya sedikit gusar.

Shah menganggukkan kepalanya berkali-kali menunjukkan dia faham masalah yang di hadapi oleh rakannya itu.

"Kalau kau gagal dapatkan calon hujung bulan ni macam mana?" Duga Shah sambil merenung wajah bos atau merangkap kawannya sekarangnya.

"Dia orang akan carikan calon pilihan dia orang. Aku tak nak. Entah siapa-siapa je nanti dia orang pilih." Kata Asyraf lalu menghela nafas panjang.

"Em..Berat juga masalah kau ni kan." Kata Shah sambil mengusap dagunya.

"Tahupun kau." Kata Asyraf perlahan sebelum tubuhnya di sandar di kerusinya.

"So apa pilihan kau?" Soal Shah.

"Aku rasa kau da tahu jawapannya." Ujar Asyraf dengan matanya yang terpejam.

"Kalau macam tu. Cari jelah calon. Kalau tak nak..Kau redha jelah..Biar dia orang cari calon untuk kau." Kata Shah membuatkan Asyraf membuka matanya.

"Kalau pilihan dia orang. No! no! no! Aku akan cari juga sebelum hujung bulan ni." Ujar Asyraf memberi kata putus.

"Oh okey..Then?" Soal Shah menyebabkan Asyraf mengeluh untuk sekian kalinya.

"Aku tak tahu nak cari calon. Bukan tak tahu. Tapi lebih kepada tak ada. Sebab aku ni manalah ada kawan perempuan. Huh!" Jujur Asyraf membuatkan mata Shah terbuntang.

"Gilalah! Ramai minat. Siap beratur lagi kata tak ada?!" Soal Shah seperti tidak percaya.

"Itulah kenyataannya." Ujar Asyraf tenang.

"Da..da..Jangan di fikirkan buat masa sekarang. Jom minum. Hilangkan sedikit stress." Ajak Shah.

Asyraf dengan berat hati hanya menuruti. Mungkin dia akan sedikit lega selepas minum bersama rakannya itu?

___________________________________

Training petanque membatalkan niat untuk terus berada di atas katil yang empuk. Huwaaa💔

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now