+2

21 1 1
                                    

"Arghhh ! " Jeritan Jin itu membuatkan kesemua ahli Bangtan terkejut beruk . Tahu ah highnote Kim Seok Jin ni merdu . "Yah ! Hyung kenapa ? " soal Yoongi yang sedang duduk di meja makan sambil mendengar lagu .

"Tangan hyung luka lah terkena pisau ni , sakit sakit " kata Jin sambil menggelengkan kepalanya tanda sakit . Tambah lagi muka nya yang ketat itu akibat menahan sakit .

"Tunggu eh , Taetae nak ambil plaster (?) dulu kat atas ! " belum sempat Taehyung bangun dari kerusinya , Jimin menahan lengannya .

"Chim nak apa ?" soal Taehyung . "Nak kata ni , jangan lupa bawa kit kecemasan sekali , tak baiklah letak plaster je , tangan Jin hyung kena sapu ubat juga " Jimin menerangkan hasratnya . Baik juga menantu mak readers ni ye . Hehehe .

"Hmm baiklah " - Taehyung



Taehyung P.O.V

Sebenarnya , dari tadi Kookie tak turun lagi . Risau jugak aku . Dia buat apa lama-ii dekat bilik kiteorang ? Tu aku tak tahu . Sekarang ni aku kena periksa keadaan Kookie terlebih dahulu .

Sebaik sahaja aku masuk ke bilik , aku terlihat Jungkook terbaring di lantai..

"Jin hyung ! Yoongi hyung ! Hoseok hyung ! Namjoon hyung ! Jimin hyung ! " Taehyung menjerit dengan sekuat hati . Bimbang benar dia melihat maknae terbaring sebegini . Melihat keadaan itu , Taehyung terus menangis kerisauan . "Yah ! K-kookie janganla berlakon . H-hyung tahu K-kookie a-ajak hyung
m-main s-sekali k-kan ? " Taehyung menangis tersedu sambil menggoncang perlahan badan maknae itu .

Jin dan ahli yang lain tiba di bilik itu turut merasa risau . "Lebih baik kita bawa Kookie pergi hospital sekarang . Kita tak tahu apa sebab dia pengsan . Kalau ada penyakit ke apa ke , kalau dibiarkan , nanti memudaratkan " risau Namjoon .

"Hyung setuju dengan cadangan kamu " jawab Jin .


Di Hospital Seoul .

"Kami mendapati Encik Jungkook menghidap kanser hati stage pertama " Ahli Bangtan tidak bersuara . Terasa bagaikan mimpi . Selama ini Jungkook kelihatan sangat sihat dan ceria . Tidak disangka perkara sebegini akan berlaku .

"Tapi kamu semua janganlah bimbang , penyakit ini dapat dirawat melalui pembedahan setiap bulan sehingga ianya hilang . Saya pasti dia akan sembuh secepat mungkin " terang Doktor Park .

"Nae , terima kasih doktor " Jin hanya senyum nipis . Kesemua ahli Bangtan mula runsing . Mungkin mereka tengah memikirkan cara untuk mencari duit untuk membayar kos rawatan Jungkook . Tak kesah kalau diorang berlapar selama satu minggu , tapi demi maknae yang banyak berjasa kepada mereka , mereka sanggup melakukan apa sahaja .


3 tahun yang lalu ....

"Weii , kau buat apa kat sini ? " Jimin menepuk bahu Jungkook . "Ish , hyung ni , terkejut lah !" ... "Hyung gurau jelah "

"Yelahtu " mata Jungkook dijuling ke atas tanda menyampah . "Kookie nak melepaskan stress je . Parents Kookie marah kat Kookie "

"Apasal kena marah , Kookie ada buat salah ke ?"

"Markah English rendah . Tak macam yang appa Kookie harapkan . Kookie dah kecewakan dia ."

"Alah , takpe Kookie . Kitaorang kan ada !"

"Kookie terfikir nak tinggal dengan hyung-ii semua . Lagipun Kookie taklama lagi dah nak graduate . " jelas Kookie . "Tapi Kookie , rumah hyung dengan hyung yang lain taklah besar mana , hyung taknak kamu rasa tak selesa . Lagipun , nanti appa Kookie marah " Betul apa yang dikatakan Jimin , hidup mereka bak kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . Makanan pun berkongsi . Lainlah Jungkook , appa nya mempunyai sebuah syarikat .

"Kiranya hyung taknak Kookie tinggal sama dengan hyung semua ?" Jungkook memberontak tanda tidak puas hati . "Kookie boleh tanggung semua keperluan korang. "

"MWORAGO ?! KOOKIE ! BIAR BETUL NI ?!"

"Untuk pengetahuan hyung , sekarang Kookie tak bergurau . Kookie ada banyak simpanan dalam bank yang appa Kookie bagi . Ada RM 700,000 ."

"Hyung taktahu nak kata apa , tapi kitaorang ni macam menyusahkan Kookie je " Jimin rasa bersalah . " Takde apa lah sangat tu , kita sewa dorm , pun dah cukup . Lagipun Kookie dah anggap korang macam hyung Kookie sendiri " Jungkook senyum mempamerkan gigi arnab nya itu .

Beberapa bulan kemudian , appa dan eomma Jungkook terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengakibatkan maut . Jungkook mula tinggal dengan ahli Bangtan yang lain dan mewarisi syarikat appa nya . Tapi disebabkan Jungkook tidak tahu cara untuk menguruskan syarikat tersebut , syarikat tersebut mula bankrap dan bilangan pekerja mula berkurang kerana ramai yang berhenti bekerja . Jungkook dapat mengambil duit appa nya dan mula menyimpan di dalam akaun bank nya sendiri untuk menanggung semua keperluan hyung nya.
2 tahun selepas itu , akaun Jungkook dibekukan oleh seseorang . Hasratnya mahu menanggung hyung nya sehingga tua tidak tercapai . Dia berasa amat bersalah . Semenjak hari itu , mereka mula mencari kerja masing-ii untuk menyara hidup tapi masih tinggal di dalam dorm yang sama .

TO BE CONTINUED



Spring Day «BTS» Where stories live. Discover now