+7

29 0 0
                                    

Ramai orang sudah berkumpul di tempat kebakaran . Ada yang tolong menyimbah bangunan tersebut dengan air . Ada yang terpekik lolong meminta bantuan . Ada yang berdiri kaku melihat kejadian kebakaran tersebut . Ada yang lari lintang pukang mendapatkan bantuan .

"Ni no ni no "

Sebuah trak bomba dan penyelamat yang diketuai oleh author kerana author seorang ahli bomba di sekolah .

K aku gurau .

Sebuah trak bomba dan penyelamat tiba beberapa minit kemudian . Sebaik sahaja brek ditekan , ahli tersebut bergegas keluar untuk menyelamatkan keadaan . Mereka membuka gulungan hos dan menyambungkan hos tersebut ke saluran air berwarna kuning yang kerajaan sediakan untuk kegunaan orang awam .

( ceh , aku ni dah macam cikgu bomba pulak )

"Semua orang berundur ke belakang ! " Jerit ketua bomba yang mengetuai rombongan dalam menyelamatkan bangunan tersebut daripada musnah dijilat api .

Namjoon mula cemas . Semua barang keperluan ahli mereka berada di dalam dorm . Tapi tidak sempat diambil .

"Ji-Jin hyung " Namjoon melambaikan tangannya di hadapan mata Jin . Tapi Jin tidak memberi sebarang reaksi melainkan mulutnya terbuka luas sambil melihat tingkat 2 dimana dorm mereka terletak .

Jin mula menangis . "Joon , Kookie lapar sekarang , dia lapar , dia tak sihat " Jin memandang Namjoon dengan sayu .

"Hish , siapalah buat semua ni ?! Namjoon menghentakkan kakinya sambil merenung tajam ke arah dorm mereka .

Sekeping foto yang sudah terbakar separuh , hinggap di bahu Jin . Jin mengambil foto tersebut lalu ditiupnya kerana masih panas .

"Ni gam-gambar kita " Jin mengesat air matanya sambil tersenyum . Namjoon hanya mengangguk faham .

Kini mereka tiada tempat untuk berteduh . Semua duit yang disimpan di dalam tabung terbakar sama dengan dorm . Kini mereka perlu kembali ke hospital untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada yang lain .

Di Hospital Seoul

"Lamanya diorang ni " Yoongi merengek kelaparan . Jimin mengangguk kepalanya tanda setuju . Hoseok pula sudah melelapkan mata di sisi Jungkook.
Kini urusan mereka lebih mudah kerana Taehyung dan Jungkook berada di dalam bilik yang sama . Tidak perlu ke hulu ke hilir untuk menjenguk mereka berdua .

Sedang Yoongi membebel , susuk tubuh Jin dan Namjoon memasuki wad mereka.

"Eo , hyung ? Mana beg ? Makanan ? " Jimin hanya melihat Jin dan Namjoon sambil berpeluk tubuh . Muka saling berpandangan antara satu sama lain .
Jin membuat muka nak-kata-apa-ni ?
Namjoon membalas dengan muka biar-aku-yang-bagitahu-diorang .

"Sebenarnya , dorm kita terbakar . Tak tahula siapa punya kerja . Aku syak Dong Jae yang buat semua ni . Macam apa yang Jungkook kata , dia takkan berhenti selagi dia tak puas " Namjoon menerangkan apa yang berlaku .

" Tapi kita tak tahu lagi siapa yang buat semua tu , hyung . Jangan salahkan dia dulu " Jimin bukan mahu menyebelahi Dong Jae tapi dia tidak mahu Namjoon membuat tuduhan sesuka hati .

"TAPI KALAU HATI DIA DAH BUSUK , SELAMA LAMANYA BUSUK !" Jin mula hilang sabar . Dia juga yakin bahawa Dong Jae adalah punca kebakaran dorm mereka .

"

Tap- " Suga mencelah kata kata Jimin .
" Aku pun percaya yang dia punca semua ni , hati dia busuk " Suga menjawab selamba .

Hoseok mengeliat . Dia terbangun apabila mendengar Jin menjerit sebentar tadi . "Hyung , kenapa ? By the way , Seok lapar " Hoseok hanya tersenyum kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada masa itu .

"Hyung , kenapa diam ? " Hoseok memandang wajah Jin , Jimin , Yoongi dan Namjoon satu persatu .

Fikiran Jin bercelaru . Namjoon sudah mengerutkan dahinya . Manakala Jimin dan Yoongi sudah mengurut kepala masing masing tanda runsing .

"Dorm kita dah takde " - Yoongi

"Maksud hyung ?" - Hoseok

"Dorm terbakar . Kiteorang syak Dong Jae yang buat " - Jimin

"So sekarang ? " - Hoseok

"Sekarang ni kita terpaksa tinggal dekat sini buat sementara waktu . Memandangkan Taehyung perlu tinggal di sini buat beberapa hari , so kita takde masalah " - Namjoon

"Takboleh la kita mengharap kat pihak hospital je " - Yoongi

"Saya dengar dorm kamu semua hangus terbakar " Doktor Ahn masuk ke dalam wad tanpa sebarang bunyi .

"Eh , Doktor Ahn ? Bila masuk ?" Jimin hanya menelopongkan mulutnya . Hairan dengan ketibaan mengejut Doktor Ahn .

"Saya nak sara kamu semua "

Semua hanya memandang kosong . Benarkah apa yang Doktor Ahn katakan ?

"Tapi Doktor Ahn , Isteri dan anak doktor Ahn macam ma--?"

Sebelum menerangkan perkara sebenar , Doktor Ahn hanya tersenyum lebar .

"Isteri dan anak tunggal saya dah lama meninggal dunia . Saya sunyi . Bila tengok awak semua ni teringat pulak kat anak saya . Lagipun saya memang ikhlas nak jaga awak semua "
Sekali lagi Doktor Ahn tensenyum lebar

"Sa-saya tak tahu nak ca-cakap apa do-doktor , terharu sangat . Tak sangka ada orang yang nak sara kiteorang "
Jin mengesat air matanya . Dia terharu tak terkata .

"Dan saya nak awak semua panggil saya appa " terang Doktor Ahn .

Hoseok yang sedang minum air mineral telahpun tersedak apabila mendengar permintaan Doktor Ahn .

"Huk huk huk ! " Hoseok terbatuk sambil Yoongi mengusap belakangnya .

"Sampai macam tu sekali kau terkejut "
Hoseok hanya memandang Yoongi dengan muka suka-hati-akulah.

"Dan awak semua boleh tinggal di rumah saya . Lagipun rumah tu besar pastu takde siapa yang tinggal kecuali saya sendiri . Taehyung dan Jungkook pulak saya tanggung kos rawatan . Saya nak awak semua balik ke rumah saya terus selepas ini . Memandangkan jahitan dan luka di Jantung Taehyung belum sembuh sepenuhnya , saya akan mengambil beberapa jururawat untuk menjaga Taehyung dan awak semua di rumah nanti " dengan panjang lebarnya Doktor Ahn menerangkan hasrat ikhlasnya .

"Tapi dokto-" Jin

"Panggil saya appa " - Doktor Ahn

"A-a-a-ppa " teruk bebenor penyakit gagap Jin

TO BE CONTINUED

Spring Day «BTS» Where stories live. Discover now