B04

184 15 0
                                    

Ayra pov

Aku kat mana ni? Bukan tadi aku baring kat surau ke? Ni bilik apa pulak ni?

Aku pandang baju. Asal baju hijau?

Kejap...

Aku kat hospital ke?

Aku belek kedua-dua tangan, sudah dicucuk dengan jarum iv. Sah, memang aku ada kat atas katil hospital.

Aku cuba untuk bangun, tapi rasa senak di dada ynag tiba-tiba datang menghadkan pergerakan. Ini pun rasa macam susah sikit nak bernafas. Aku tinjau sekeliling. Ada beg tangan di sofa, tapi siapa punya?

Aku terdengar suara orang bersembang. Ada orang berdiri di luar. Heheh... idea jahat dah datang!

"Baiklah terima kasih doktor"

Ouh... cikgu Dila...

"Mel, masuk dulu dengan Isyraf. Cikgu nak ambil barang dekat kereta sekejap." Aku nmpk cikgu Aini berlalu pergi. Mel pula tarik kerusi di sebelah aku dan duduk. Isyraf asyik bermain dengan henfonnya pada sofa disebelah pintu tadi.

Yes, aku ada idea baek punya!

Let's start the drama guys!

"Ergh..."

"Wei Isy, Ayra dah sedar!" Mel berkata dengan cemas. Isyraf meluru laju kesebelah Ayra. Ayra memerhati sekeliling. Matanya memandang Isyraf hairan. Aku sengaja besarkan mata aku, nak bagi dramatik sikit haha!

"Siapa kau berdua hah!?" Ayra menjerit.

"Wei ni aku la sial." Isyraf berkata dengan nadanya yang sedikit terkejutditambah dengan rasa marah. Iyelah, dah tunggu orang tu sedar punya lama, tiba-tiba kena tengking.

Aku hanya mampu tertawa dalam hati. Sempat lagi si malaun ni memaki aku. Lagipun, bukan selalu tengok muka dia macam tu. Heheheh!

"Siapa sial hah!? Kau dua orang ni siapa hah!? Jangan dekat!" Aku bentak, cuba menghalau mereka berdua. Tangan aku kasar mengibas untuk menghalau mereka berdua.

"Wei kau tak ingat kitorang ke?" Meldina memandang Isyraf. Isyraf memandang Meldina. "Siapa korang hah!? Cakap!" Suara ku naik seoktaf.

Isyraf terus berkata-kata. "Aku rama-rama kau" Ada nada sedih dalam kata-kata dia. Kenapa pulak dah ni?

Aku pelik. "Rama-rama?" wajah aku dikerutkan.

"Haah. Sebab..."

"Kalau kau rama-rama akulah bunganya!" Aku membalas dan serentak dengan itu buat muka comel yang paling comel yang lagi comel dari benda paling comel dalam dunia ni.

"Kau ingat?" Isyraf tergamam mendengar kenyataan aku. Aku angguk menahan gelak, dan aku nampak mulut Isyraf mencarut-carut khas untuk aku haha!

"Hahaha aduhh takleh tahan laa tengok muka korang hahahahaha!" Aku memegang perut yang makin senak dengan gelak tawa aku sendiri. Amaran, tak elok gelak banyak-banyak. Nanti hati boleh mati!

Jangan ikut ye kawan²!

Isyraf masih kekal dengan muka serius tadi. Mulutnya sudah berhenti memaki dan tawa aku mulai hilang. Meldina je yang masih kebingungan. Apakah semua ini!?

"Ouh... tak lawak ehh?"

"Kau ni kan aku siku kang tak pasal-pasal bertambah la merana jiwa kau kena berkampung kat sini lama-lama," Meldina menjeling sekilas, terlihat dia menahan tangannya yang sudah lama dikepal ketat.

Ayra hanya mampu gelak sahaja.

Isyraf pula dah bangun capai fon dia kat sofa tadi. Terus dia keluar. Dia tak leh terima laa tu kena prank dengan aku! kihkih!

ButterflyWhere stories live. Discover now