B12

26 1 0
                                    

"Dia tak datang?" Meldina menyoal sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam kelas. Pagi itu, dia hadir ke sekolah sedikit lewat. Entah apa alasan minah tu datang lambat pulak harini. Mujur dia tak turun bertugas dekat pagar sekolah.

Ayra menggeleng. Mukanya lesu, kepalanya dibaringkan ke atas meja berbantalkan lengan. Dia nampak sangat tak semangat. Dah lima hari Ayra jadi semangatless begitu.

kena marah dgn cikgu zuraini ni kalau dia baca.

Meldina dapat rasa kekosongan yang menyelubungi Ayra. Kawan dan lawan dia setiap hari sudah dua minggu lebih tidak munculkan diri ke sekolah. Ada juga Meldina cuba bertanya pada Ayra namun Ayra memilih untuk tidak bercerita.

Meldina ambil kerusi di tempatnya dan diseret ke sebelah kerusi Ayra. "Kau tak nampak macam Ayra yang aku kenal. Apa dah jadi sebenarnya?" Ayra hanya diam. Matanya masih setia memandang langit yang perlahan betukar warnanya pagi itu.

"Sis, mungkin aku tak pernah berdiri kat tempat kau dan tak pernah rasa apa kau lalui sekarang tapi aku tak suka tengok kau macam ni lama-lama. Come, share the story with me here," Meldina memeluk Ayra dari tepi. Telinganya menangkap bunyi esakan kecil dari Ayra. Meldina terkejut. Dalam sejarah perkenalannya selama 4 tahun dengan Ayra, ini kali pertama dia dengar Ayra menangis.

Tengok pun tak pernah tau!

Meldina berganjak dan matanya mencari anak mata milik Ayra. Betul, ada cecair jernih mengalir turun dari tubir mata dia.

"Dah dah... jangan nangis, okey? Aku ada dengan kau ni," kepala Ayra dibelai dan diusap lembut. Meldina kini melayannya seperti seorang bayi.

"Aku rasa bersalah... Aku rasa teruk..."

"Kenapa kau rasa macam tu?"

Meldina cuba kuatkan dirinya pula. Sumpah, bila dia dengar Ayra menangis dia seperti dapat rasa sedih dan sakit yang Ayra alami.

"Kalau bukan sebab aku, dia takkan kena sampai macam tu..." Ayra berkata dalam tangisannya. Walaupun tangisannya tidak kuat, Meldina dapat rasa bahawa Ayra sedang berusaha sedaya upaya menahan esakannya. Dia dapat rasa badan Ayra seakan mengejang menahan dirinya dari terus menangis lebih teruk.

"It doesn't matter, babe. Setiap manusia buat silap. Apa yang penting, kita belajar dari silap itu dan cuba perbaiki diri kita."

Ayra mula menggerakkan badannya. Mukanya diangkat perlahan-lahan memandang Meldina. Mukanya merah habis sebab tahan nangis kuat sangat. Ya Allah, kasihanilah sahabatku.

Meldina depakan tangannya. "I'm here for you, always."

Ayra mula melepaskan tangisannya. Dia memeluk Meldina dengan erat. Dia sedih, dia takut, dia kecewa. Dia tak tahu dengan siapa dia mampu ceritakan selain Isyraf tapi dia terlupa dia masih ada kawan dia yang ada dibelakangnya selalu.

"Sorry weh, aku tak boleh tahan lagi!" dan Ayra mula teresak dengan sedu sedan.

"No problem. Have you heard this? Even a superhero deserves to cry. No matter how strong you can be, no matter how tough you've been, you still deserve to cry," kata Meldina, dengan harapan agar Ayra pulih secepatnya.

Maafkan aku.

.....

Api dapur dimatikan, bubur ayam yang sudah siap dimasak di tuang ke dalam mangkuk. Segelas air diambil. Kedua mangkuk berisi bubur dan air segelas itu ditatang dalam dulang.

"Mama nak bawak untuk abang ke?" sapaan Sarah yang baru saja turun dari tingkat atas menarik perhatian Puan Suraya. "Haah. Kenapa?"

"Haa kalau macam tu biar Sarah bawakkan," Sarah terus meluru ke arah Puan Suraya. Dalam sesata dulang itu sudah bertukar tangan. Puan Suraya mengusap Sarah sambil tersenyum. "Be careful, okey? Don't trip over your leg," dan diakhiri dengan satu cuitan pada hidung.

ButterflyWhere stories live. Discover now