"A real boyfriend never gives up on his girl. He fights for her."
🌸
Akhirnya! Ikatan tadi putus jua selepas beberapa kali terkial-kial mencuba melepaskan diri. Kesan merah yang jelas dapat dilihat tapi jejaka itu langsung tidak kisah dengan itu.Apa yang dia nampak hanya lah gadis yang membelakangi nya itu. Dia tidak nampak air mata halus yang keluar dari mata Aileen.
Tanpa sebarang amaran, Syameer menyambar tubuh gadis itu lalu ditolak ke dinding. Kedengaran hentakan yang kuat apabila kepala Aileen berlaga dengan dinding itu.
Tangan kiri Syameer ditekan pada leher Aileen hingga menyebabkan gadis itu kekurangan nafas. Tercungap-cungap dia mengambil nafas.
"So how? Can you breathe well?" Sinis dia berkata. Mencerlung mata jejaka itu memandang ke dalam anak mata gadis tersebut.
Puas betul rasanya. Akhirnya dia dapat juga turut menyertai permainan yang dilakukan oleh Aileen.
Badan dibongkokkan sedikit supaya ketinggian nya agar sama level dengan Aileen. Gadis itu terbatuk kecil, pandangan mata nya dilarikan daripada melihat jejaka di depan nya.
Dia keliru antara dendam dan perasaan nya. Keliru tentang perkara yang sebenar, keliru tentang segalanya yang terjadi dalam hidupnya.
Syameer naik angin dengan kelakuan Aileen yang membatu dan tidak menjawab pertanyaan nya. Sedangkan sedari tadi gadis itu tidak berhenti bercakap.
"Cat get your tongue huh?" Tangan nya naik mencengkam pipi Aileen.
Dipaksa wajah polos itu memandang kearahnya. Timbul perasaan takut di dalam hati Aileen, dapat dilihat dengan jelas api kemarahan di mata Syameer.
Dapat dirasa hembusan nafas jejaka itu pada pipi nya. Gadis itu meringis kesakitan. Setitik air mata jatuh di pipi dan terkena pada jari jejaka itu. Syameer tiba-tiba dihimpit rasa sayu.
What the hell I am doing right now?!
"Syameer! Lepaskan dia!" Jerit Dato Nazman, dia terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh anak lelaki nya itu.
Sungguh tak sangka, Syameer akan berkasar dengan Aileen. Jejaka itu tersedar dengan kelakuan nya yang keterlaluan itu.
Perlahan-lahan pipi Aileen dilepaskan. Dia mengambil setapak langkah ke belakang. Syameer meraup muka nya kasar.
What just happen? For real?
Dia terkaku disitu sambil melihat Aileen berjalan lemah ke arah Dato Nazman. Mulut dirapatkan pada telinga Dato Nazman sebelum dia membisikkan sesuatu.
"Aku tak sanggup bunuh kau. Muka kau macam papa aku." Gadis itu menghela nafas, dia meneruskan kembali kata-kata nya.
"Jadi aku lepaskan kau kali ni. Sebab aku nak kau menyesal seumur hidup kau bila tengok cermin. You kill my dad, person that has same face with you. Ibarat macam kau bunuh diri sendiri tidak bukan? You will suffer for the rest of your life. Perasaan bersalah tu takkan pernah kurang, forever."
Dia menghabiskan ayat nya lalu berjalan ke arah pintu keluar. Syameer sempat dipandang dengan pandangan yang lemah.
Bye, my prince.
YOU ARE READING
his little princess | √
Teen Fiction"Our encounter is a mathematical formula." In which story where's a dwarf, meet her prince charming.