PROLOG

5 0 0
                                    

Masa berjalan bergitu pantas sekali.Ameena kini mampu berasa lega apabila hasratnya untuk menyambungkan pelajaran ke pengajian tinggi selepas tamat spm akhirnya dapat dilaksanakan dan kini dia di tahun akhir.

Walaupun keputusan Spm Ameena agak tidak memuaskan namun dia tidak pernah mengalah bagi memastikan dia dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dia berasa bertanggungjawab atas segala kesilapan yang pernah dia lakukan saat di sekolah menengah dulu. kini sedikit sebanyak sikap Ameena yang panas baran, ego dan agak sosial dahulu berubah kepada Iman Ameena yang lebih matang malah kenangan pahit dulu yang menghantui hidup Ameena makin dapat dilupakan satu persatu.

Namun dia masih belum dapat melupakan seseorang yang istimewa yang hadir dalam hidupnya. Sesorang yang sangat dibenci namun seseorang itulah membuatkan kini dia berubah. Ya, dia masih setia menanti si dia.

MASIH SETIAWhere stories live. Discover now