"Hoi cik akak" sergah Aisyah apabila melihat Ameena sibuk mengelamun
Ameena mengurut dada "woi! Kau nak aku mati cepat ke ha! " jerit Ameena dengan perasan marah terhadap kawan baiknya itu.
Aisyah dan Ameena sudah berkawan lama dari sekolah menengah lagi dan mereka bersyukur kerana persahabatan mereka lagi kukuh apabila mereka dapat tawaran belajar bersama di sebuah institusi di Malaysia dalam jurusan perakaunan dan kini berada di tahun akhir .
"Aku tak faham dengan kau ni Ameena, asyik termenung sejak akhir-akhir ni, apa yang kau fikirkan sangat, apa kata cerita kat aku mana tahu aku boleh tolong " tangan Ameena di pegang
Ameena mengeluh
"Aku tak tahulah Aisyah, aku tak dapat lupakan dia sampai sekarang, dah nak dekat 5 tahun tapi masih dia yang aku menanti "luah Ameena
Aisyah kelu lidah saat itu, dia tak sangka kawan baiknya itu masih setia walaupun tak dapat menjejaki "si dia" yang di maksudkan Ameena.
Aisyah mengerling sekilas Ameena
"Ameena aku tak nak kau fikir benda ni sekarang,focus kau punya study kita dah nak tahun akhir,kau fikir lah apa yang terbaik untuk masa depan kau,aku sedih tengok kau macam ni" luah Aisyah sebelum pergi meninggalkan Ameena keseorangan kerana dia sendiri tak dapat menahan perasaan sebaknya.
Tanpa sedar air mata Ameena mengalir.
Hatinya sakit, terlalu sakit.
YOU ARE READING
MASIH SETIA
RomanceIman Ameena yang setia menanti sesorang yang sangat dibencikan ketika dulu namun kini mula timbul satu perasaan lain dan ............bacalah 😊