Aku Heily Trefargot. Berumur 17 tahun dan tinggal di Jogjakarta—sejak kematian ayahku, ibu tiriku yang menjagaku. Aku boleh bercakap dalam logat Indonesia. Well, it's been four years I live here, so aku dah terbiasa dengan percakapannya.
Erna Suwijaya, adik tiriku. Mempunyai asma teruk. Tidak boleh ada habuk walau sebesar kuman; dia akan bersin berkali kali. Di biliknya penuh dengan ubat. Macam farmasi pun ada. Satu sifatnya yang paling aku tak suka— mengadu pada ibunya yang aku membulinya dan tidak membersihkan biliknya. Padahal aku dah bersihkan bilik dia. Lepastu acah acah bersin konon.
Rasanya seperti aku bukan hidup di bumi. Ada saja salah yang ingin diperlihatkan. Aku tidak pernah hidup aman. Aku ingin keluar dari neraka ini!
“HEILY TREFARGOT!”
Segera aku berlari anak turun ke dapur. Hampir saja aku terjatuh. Kalau bukan kerana ibu tiriku itu garang, aku tidak akan jadi kelam kabut seperti ini.
“Ke mana aja kamu, huh!” tengking ibu tiriku, Pn. Widayah.
Aku menunduk. Mata merahnya tajam mencerlung memandang wajahku yang naif ini. Telingaku dipulas 180 darjah. Oh mak, kalau telingaku ini tercabut. Mau kau ganti telingamu itu denganku? Tidakkan.
“Maaf bu, Heily nggak sengaja. Ampun ya, bu?” tanyaku lembut, seraya cuba menarik tangan ibu tiriku agar melepaskan telingaku.
“Biar telingamu copot, agar nggak ada pria yang mau menikahimu nanti!” ujarnya lalu ketawa jahat.
Aku mengetap bibirku. Dasar ya perempuan gila. Aku menjauhkan diri darinya. Takut melihat gigi hitam yang hanya ada dua di depan. Umurnya baru 45, tapi giginya sudah banyak yang reput.
“Hm Heily.” namaku dipanggil. Lembut saja nadanya. Eh, kenapa pulak dia ni? Tadi bukan main garang lagi. Sampai nak pecah bumbung tu. Ni mesti ada udang di sebalik sayur.
Aku terus teringatkan makanan mewah di sebuah restoran mahal haritu. Perutku mula berkeroncong. Aih, laparnya.
“Heily!” namaku dipanggil sekali lagi. Menyedarkan aku.
Berkelip kelip mataku melihat ibu tiriku. Dia tersenyum penuh makna. Tanganku diambil. Diusap usap lembut. Mataku jatuh pada tangannya. Dah kenapa orang tua ni? Takkan dah jadi lesbian pula?
“Nanti malam kamu siap siap, ya? Anak Juragan Homoloya datang. Katanya dia ingin melamar kamu.”
Mulutku melopong. Dia? Anak Juragan Homoloya? Aku salah dengarkah? Tak silap aku, dialah paling famous dalam kampung ni. Dia kaya... Handsome jugaklah. Hm. Tapi dia homosexual. Mustahil dia boleh suka perempuan. Ye tak?
“Udah. Ibu tau kamu bakal jadi orang kaya sebentar lagi. Jangan mimpi doang loh, cepat masuk kamar. Pakai yang cantik cantik ya? Makan malam ibu yang siapin.”
Aku akur. Cepat saja kakiku melangkah menaiki tangga. Aku meluru masuk ke dalam kamarku. Almari besar itu aku buka. Satu per satu baju itu aku cuba. Penat mencuba kesemua baju itu di depan cermin, aku baring di atas tilam.
Mata dipejam. Dan aku terlena.
YOU ARE READING
HEILY TREFARGOT
RomanceDi Jogjakarta, ikatan kita terjalin. Di Malaysia, kau amnesia. Di Melbourne, kita dipertemukan lagi dalam keadaan yang tak diduga. Namun, kita terpisah semula. Adakah takdir kita akan berhenti di situ saja? Konco konco Fuh Say tidak akan berhent...