STUDIO SENI HALUS UITM SERI ISKANDAR
Oleh: Admin OchinMalam. Sepi suasana malam di kawasan perumahan Seri Iskandar malam itu cukup tenang. Bulan ditutup awan dan angin bertiup sederhana kencang. Daun di luar laju mengikut irama angin. Di sebuah rumah sewa, di hujung corner lot; kelihatan sebuah rumah masih lagi bercahaya walaupun malam semakin larut.
“Adui, asyik salah je mata ni dah kenapa? Proportion lari ke? Rasa tadi dekat studio aku dah trace betul”
Fikah menggumam. Sebal. Lukisan yang dihasilkan di pandang sekilas. Jelas kelihatan lukisan figura manusia terpampang jelas di atas boxboard, betul di lantai bilik. Saiz boxboard yang agak besar menyukarkan lukisan tersebut disiapkan di atas meja.
“Betul la ni. Mata ni senget. Ni confirm masa aku trace tadi ada yang gatal-gatal gerakkan laptop aku. Dah distort proportion lukisan aku ni” kepala digaru. Serabai rambutnya malam itu.
Jam dikerling. 1.30 pagi. Malam semakin larut. Masa semakin suntuk. Hatinya gusar mengenangkan lukisan ini bakal dihantar esok sedangkan hanya suku sahaja yang berjaya disiapkan.
Lantai biliknya bersepah dengan pensel arang, elastic rubber, tisu dan pelbagai lagi alatan melukis. Kopi di hirup sedikit bagi menghilangkan tekanan. Ruang tamu kelihatan sunyi dan gelap. Mungkin Fatimah dan yang lain-lain telah lena tidur diulit mimpi. Fikah menegeluh. Mengeluh mengenangkan dia juga yang terkial-kial menyiapkan assignment saat-saat akhir begini. “aku jugak yang terkebil-kebil macam cicak buat kerja. HUwarghhh!!!! Nak tidur!” Fikah menggeliat membetulkan urat-urat dan tulang belakangnya yang dirasakan lenguh dan penat.“Astaghfirullah!” Fikah beristighfar bila mana dikejutkan dengan bunyi dentuman guruh dilangit. Terkejut dia! Angin luar laju menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap bilik Fikah yang tidak ditutup. Semakin lama semakin kuat. Kedengaran hujan mulai turun. Sejuk! Makin lama semakin lebat. Tingkap bilik segera ditutup. Fikah pantas pula mendapatkan lukisannya dilantai. Segera penjuru boxboard di tindih dengan barang yang agak berat agar tidak melayang. Angin dari luar seakan akan menggila diiringi bunyi hujan yang amat lebat!
Langsir tingkap berkibar di tiup angin dari luar. Hujan lebat bertempiaran masuk melalui celahan tingkap yang renggang. Fikah ralit. Ralit dengan lukisannya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Tekadnya hanya satu. Lagi cepat siap, lagi cepat dia boleh tidur dalam keadaan hujan ini. Sedang asyik dia melukis, angin bertiup masuk menolak pensel-pensel arangnya bergolek ke bawah katil. Perlahan-lahan masuk dan bergolek. Fikah yang menyedari penselnya bergerak menjauhinya, segera mendapatkan kembali pensel tersebut dari jauh tergolek ke bawah katil, namun gagal.
“Alah, time ni jugak la kau nak bergoleknya pun.” Bengang! terbongkok-bongkok Fikah mengutip pensel nya di bawah katil. Sudahla gelap. Sakit sungguh hatinya ketika itu.
“GRRRRUUUUMM”
“Oh mak kau! Aduh!” Fikah terkejut mendengar bunyi Petir di luar.
Terperanjat sampaikan kepalanya terhantuk di bawah katil. bekalan elektrik terputus. Gelap tiba-tiba! Pensel di tangannya lepas kembali. Fikah cuak. Cuak denagn keadaan sekeliling yang makin gelap dari biasa! Bergegas Fikah mendapatkan telefon bimbitnya. Dengan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbitnya, Lampu dinyalakan. Mukanya cuak. Cuak mengenangkan situasi sekarang dengan kerja yang tidak siap. Ditambah pula dengan keadaan yang gelap.
"Besok mesti aku kenalah dengan encik Hijjaz ni. Mati aku macam ni." Lukisan nya yang suku siap di pandang lesu. Sesekali cahaya kilat dari luar menerobos masuk melalui cermin.
“Tak boleh jadi ni. Gelap macam mana pun, aku tetap kena siapkan kerja ni. Takkan la aku nak ponteng lagi”. Hati kecilnya bertaki.
“Haih, dah kena cari balik pensel-pensel aku ni. Kurang ajar kilat ni. Terperanjat aku tadi. Dah tak memasal aku nak mencari dalam gelap ni” badannya di masukkan lagi ke bawah katil. Sedang dia leka mencari, telinganya menangkap bunyi derap tapak kaki di belakang nya.
YOU ARE READING
STUDIO SENI HALUS UITM SERI ISKANDAR
HorrorMalam. Sepi suasana malam di kawasan perumahan Seri Iskandar malam itu cukup tenang. Bulan ditutup awan dan angin bertiup sederhana kencang. Daun di luar laju mengikut irama angin. Di sebuah rumah sewa, di hujung corner lot; kelihatan sebuah rumah m...