Tahniah kerana tidak mengalah pada kata-kata jatuh dan keadaan rapuh.
Tahniah kerana masih lagi berusaha walau dengan susah payah dan rasa sedih kecewa.
Tahniah kerana mahu melangkah dalam keadaan jiwa parah dan hampa.
Tahniah kerana yakin dengan izin Maha Kuasa, kelak semuanya akan baik-baik saja.
Untuk semuanya, tahniah kerana masih ada jiwa mahu hidup di dunia.
Kamu adalah pejuang untuk diri dan tersayang, yang paling wajar dikenang. Terus maafkan diri dan berjalahlah jauh lagi.
*Selamat raikan hari untuk semua wanita besi.
Anem Arnamee
8 Mac 2017