Nur Izzah Fatimah Umairah
Orangnya cantik seperti namanya . Mempunyai mata berwarna Hazel yang pasti akan membuat kaum adam tertarik dan kaum hawa mencemburuinya . Kulitnya putih kemerah-merahan dan bersih . Suaranya merdu dan sedap untuk didengari . Itulah ciri-ciri yang ada pada aku . Aku bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada aku tapi bukan mudah untuk aku gunakan nikmat-Nya ini dengan baik . Aku hanyalah seorang manusia biasa yang sentiasa leka dengan nikmat di dunia yang sementara ini tetapi aku juga ingin masuk ke dalam syurga yang indah . Aku bukanlah lahir di dalamnya keluarga-keluarga alim , keluarga aku hanya orang biasa sahaja yang mementingkan kerjaya+pendidikan tetapi tidak dilupakan juga ilmu agama . Umur aku 15 tahun . Aku cemburu dengan wanita-wanita solehah yang dalam dirinya hanya ada agama sebagai pegangan hidupnya . Aku cemburu dengan orang yang menghafal al-quran . Aku juga ingin jadi seperti itu tapi adakah aku mampu ? Kerana aku mempunyai sejarah hitam dalam hidup ku yang tidak pernah ada orang tahu kecuali Allah , itu yang membuatkan aku tertanya-tanya dan inginkan jawapan adakah boleh untuk aku berhijrah ?
Mohamad Emir Rayyan
Orangnya tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah , sedang-sedang je . Kulitnya putih dan bersih . Bercermin mata . Umur 18 tahun . Baru sahaja menamatkan pelajaran di Ma'ahad An-Noer Lit Taffaquh Fid Din , Pahang . Tetapi itu bukanlah alasan untuk aku berhenti untuk menuntut ilmu yang bermanfaat di bumi yang luas ini . Masih jauh perjalanan aku sebagai Hamba Allah . Alhamdulillah , Al-Quran telah aku hafal sepanjang aku berada di Ma'ahad . Rasulullah adalah Role Model aku dan semua umat islam . Mengajak semua orang melakukan kebaikan kerana Allah dan mendekatkan diri mereka kepada Allah , itulah matlamat aku .
Watak lain :
Muaz Zuhayr - Abah Rayyan
Lailah Nahwah - Umi Rayyan
Zulaikha Nafisah - ( Akak sulung kpd Rayyan )
Luqman Mustaqim - Abang Mus ( Suami kpd kak Zulakikha )
Hayfa Dahlia - Lia ( Adik kpd Rayyan )
Fahim Hilman - Ayah Izzah
Nurul Adawiyah - Mak Izzah
Rauf Arsyad - Orang ke-3 aka pengacau
Delisha Damia - Orang ke-3
******
Seorang remaja perempuan yang ingin berhijrah ke arah yang lebih baik , itulah Nur Izzah Fatimah Umairah .
Seorang pemuda yang hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah , itulah Mohamad Emir Rayyan .
Kedua-dua mereka berasal dari tempat yang berbeza , masing-masing tidak pernah jumpa malah tidak mengenali pun antara satu sama lain . Tetapi kerana satu pertemuan yang tak diduga , telah mengubah segala-galanya . Adakah perubahan itu sesuatu yang baik buat mereka atau sebaliknya ? Teruskanlah membaca untuk mengetahui kisah sedih + suka + duka + tabah + susah + senang mereka berdua ini yang In Sha Allah akan menarik perhatian para pembaca .
Author nak minta tolong sangat2 drpd readers ,tolong comment boleh untuk citer kali ni . Please......Please.....Sebab author nak tahu pendapat korang tentang citer kali ni .Dan 1 lagi sebab kalau korang comment kat citer ni , bolehlah author tentukan sama ada nak teruskan ke tak kisah Izzah&Rayyan atau leburkan begitu sahaja . So , kepada readers yg nak baca citer ni , ringan-ringankanlah tangan korang tu untuk comment ye . Ok thanks , tu je . Kalau ada typo harap maaf , author hanyalah insan biasa . Assalamualaikum . 27/2/2017
YOU ARE READING
Kerana ALLAH , Aku Cinta Dia
RomanceKisah suka dan duka hijrah seorang remaja perempuan . Kadang-kadang dia ingin berubah ke jalan Allah yang sebenar tapi dia kembali pada dirinya yang jahil . Tetapi dia tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah Azza Wa Jalla dan sentiasa percaya...