BAB 1

4.8K 78 14
                                    

Tiada duka yang abadi di dunia,

Tiada sepi merantaimu selamanya,

Malam kan berakhir,

Hari kan berganti,

Takdir hidup kan dijalani...

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi,

Hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya,

Namun kupercaya hati meyakini,

Semua akan indah pada akhirnya...

Andai bisa kumengulang,

Waktu hilang dan terbuang,

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,

Tapi waktu tak berhenti,

Tapi detik tak kembali,

Harap ampunkan hamba-Mu ini...

Waktu berputar rembulan dan matahari,

Bunga yang mekar akan layu,

Akan mati,

Malam kan berakhir,

Hari kan berganti,

Takdir hidup kan dijalani...

Andai bisa kumengulang,

Waktu hilang dan terbuang,

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,

Tapi waktu tak berhenti,

Tapi detik tak kembali,

Harap ampunkan hamba-Mu ini...


PROLOG

Namaku Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo. Sewaktu aku kecil, aku telah kehilangan kedua-dua ibu bapaku dalam tragedi yang tak akan pernah aku lupakan. Sejak itu, aku dibesarkan oleh bapa saudaraku... Ah Kwan dan Bujang.

Walaupun aku kehilangan orang tuaku, namun kasih sayang kedua-dua bapa saudaraku ini tidak berbelah bahagi. Aku tetap dilayan sama seperti anak kandung mereka sendiri.

Aku yang dahulunya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan bertukar corak kehidupan. Aku dilimpahi dengan kemewahan. Mereka memberikan aku kehidupan yang tidak pernah diberikan oleh ibu dan ayahku.

Namun begitu, mereka membawaku ke satu dunia yang hitam dan gelap. Dalam kehidupan yang penuh keganasan dan rasa benci itu, wang dan kuasa menjadikan aku umpama raja di dunia gengster. Aku lebih dikenali sebagai Long yang melambangkan kekuasaan dan taklukan. Tidak ada sesiapa yang berani ingkar. Aku umpama naga yang bongkak dengan apinya.

Kehidupan yang menjanjikan kemewahan itu tidak pernah memberikan aku kebahagiaan. Aku hidup senang di atas penderitaan ramai orang.

Semakin besar kuasa yang aku peroleh, semakin aku berasa diriku terhimpit. Aku semakin tidak tahu menilai erti kasih sayang dan belas kasihan. Aku juga jauh dari Tuhan.

Hidupku rasa kosong sehinggalah satu ketika, hatiku yang hitam dilimpahi hidayah Allah.

Semenjak itu aku kembali mencari jati diri. Aku mula mengenali diriku yang sebenar.

Aku dipertemukan dengan ramai orang yang baik sedangkan selama ini aku menganggap tidak ada sesiapa pun yang baik di dunia ini.

Sekarang, akulah Jebat. Seorang lelaki biasa yang hanya bekerja menguruskan kolam ikan. Duniaku tidak lagi gelap dan hitam.

Allah telah menghadirkan seseorang untuk mewarnai hidupku.

Demi dia, aku sanggup lakukan apa sahaja. Bersama dia, aku yang kekurangan berasa sempurna. Kerana dia, aku kenal erti bahagia... Dia, isteriku... Hannah Mastura.

JEBAT (Diadaptasi Dari Filem)Where stories live. Discover now