Bahagian 1

26 0 0
                                    

Usai bersolat zohor di masjid, Muhammad Firdaus kembali semula ke pejabatnya bagi menyediakan segala maklumat penting yang bakal dibentangkan di dalam mesyuarat tepat jam 2 petang nanti.

Selalunya Firdaus akan pulang ke rumah untuk makan tengahari bersama isteri dan keluarganya. Namun hari ini, dia tidak sempat pulang kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjanya.

Awal pagi tadi lagi, Firdaus memaklumkan kepada isterinya bahawa dia tidak dapat pulang makan tengahari bersama. Namun demikian, Fatima Irdina faham mengenai urusan kerja suaminya yang terlalu sibuk. Fatima tidak mengeluh atau marah, sebaliknya dia memberi kata-kata semangat kepada suaminya agar terus semangat menyelesaikan segala urusannya.

Jam tangan hitam yang berada dipergelangan tangan kirinya, dijeling sekilas. Masih ada 15 minit lagi sebelum mesyuarat bermula. Segala maklumat yang penting telah pun selesai disemaknya.

'Agaknya sempat lah ni untuk meleraikan rindu seketika.' Bisik hati Firdaus.

Telefon bimbit yang berada di atas meja dicapainya, setelah menjumpai nombor orang yang di rindui, dia pun segera menekan butang call.

>>>

Kring.. kringg.. kringgg..

Bunyi deringan telefon bimbit miliknya, mengejutkan Fatima yang sedang asyik menonton filem melayu klasik.

Senyuman Fatima semakin berseri tatkala melihat nama pemanggilnya, tanpa berfikir panjang butang hijau terus ditekan.

"Assalamualaikum isteri abang.. Buah hati abang apa khabar?"

"Waalaikumussalam warahmatullah bang.. Alhamdulillah isteri abang sihat, baby pun kata dia sihat juga. Hehe.." jawap Fatima, dengan lenggok suara yang manja dan ceria.

"Alhamdulillah.. tak sabar babah nak jumpa anak babah ni. Tidak lama lagi baby boleh jumpa ibu dan babah ya. Jaga ibu tu, jangan nakal-nakal dalam perut ibu hehehe.." balas Firdaus, seolah-olah bercakap bersama anak mereka.

"Abang ni, baby budak baik. Dia tolong jagakan ibu.. Jangan risau ya." Kata Fatima kepada suaminya yang berada nun jauh disana.

"Okay lah sayang. Abang dah kena pergi ni, beberapa minit lagi mesyuarat akan bermula. See you later sayang."

Selepas menjawap salam suaminya, dia pun mematikan panggilan. Kandungannya yang berusia hampir 9 bulan itu diusapnya dengan penuh kasih sayang.

"Nanti, bila anak ibu ni dah keluar, jangan jadi budak nakal ya. Mesti jadi anak yang baik dan beriman.." bisik Fatima Irdina sambil terus mengusap-usap kandungannya.

Meskipun ini cahaya mata mereka yang pertama namun dengan kuasa Sang Pencipta, dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Semuanya mudah dan lancar sedari awal usia kandungannya lagi. Dan dia berharap sewaktu melahirkan anak mereka ini nanti, semuanya akan berjalan dengan baik. Hanya itu yang diharapkan.

Pertarungan TerakhirWhere stories live. Discover now