Bahagian 4

17 0 0
                                    

Firdaus yang seakan tersedar dari lamunannya sebentar tadi kini merapatkan tubuh isterinya, Fatima.

Firdaus mengambil tempat duduk di samping isterinya. Sejurus itu dia mengusap lembut tangan mulus si isteri dengan penuh rasa kasih. Dibelai, dimanja isterinya seperti biasa yang dilakukannya.

Setelah lama berbuat demikian, dia pun terlena di sisi isterinya.

>>>

"Abang jaga diri dan anak kita ya. Sayang tunggu abang di sana." Fatima terus berpaling berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada suaminya.

"SAYANG!! TUNGGU ABANG! SAYANG!!!!!"

"Firdaus..."

"Firdaus.. Bangun nak.." Ujar Hajah Rashidah cuba mengejutkan Firdaus daripada lenanya. Dia sebenarnya bimbang melihat Firdaus meracau, berteriak memanggil Fatima. Dahi Firdaus yang sedari tadi dipenuhi dengan manik-manik peluh semakin menambahkan lagi kerisauan hati Hajah Rashidah.

Apabila tersedar dari jaganya, Firdaus terus beristighfar berulang kali. Walaupun mimpi hanyalah mainan tidur, tapi dia amat takut jika mimpi tadi menjadi kenyataan yang dia sendiri sukar untuk menerimanya.

'Aku belum kuat ya Allah', bisik hati Firdaus dengan wajah yang menunduk.

>>>

"Sayang...." panggil Firdaus sayu.

"Sayang, bangun lah.. Abang mohon sayang..tolong buka mata tu.." rayu Firdaus pada isterinya. Namun, Fatima masih lagi tidak menyedarkan diri semenjak kemalangan tempoh hari.

Kemalangan yang mereka alami 5 hari yang lalu merupakan yang pertama dan sangat tragis dalam hidup mereka.

Lima buah kenderaan beserta 12 mangsa telah terbabit sama. 4 orang mangsa daripadanya telah pun disahkan maut dua hari selepas kejadian berlaku. 2 orang mangsa lagi telah disahkan koma serta cedera parah dan 6 orang mangsa lainnya mengalami cedera ringan sahaja.

Firdaus dan Haji Emran bersyukur kerana mereka hanya mengalami cedera ringan sahaja. Akan tetapi nasib yang telah menimpa Fatima sama sekali tidak ada yang dapat menduga.

Lima hari telah berlalu namun keadaan Fatima masih sama. Fatima masih belum menunjukkan sebarang tindak balas.

Luka dikepalanya menyebabkan Fatima mengalami pendarahan yang luas biasa. Walaupun peratus keselamatan Fatima berada ditahap yang amat rendah tapi mereka tetap berusaha untuk menyelamatkan Fatima.

Pada hari kejadian berlaku, darah tindak henti-henti mengalir dari kepala Fatima dengan lebatnya. kemungkinan besar disebabkan hentakkan kuat pada bahagian kepalanya. 

Beberapa tulang rusuk kirinya pula telah patah akibat hentakkan tersebut. Menyebabkan tulang rusuk tersebut keluar menembusi permukaan perutnya. Lengan kiri Fatima juga mengalami cedera parah dan keretakan.

Walaupun demikian, dengan izin Allah, kandungan Fatima telah berjaya diselamatkan melalui pembedahan yang dijalankan.

Kehadiran cahaya mata mereka menjadi pembakar semangat bagi Firdaus tapi masih belum dapat melegakan segala kerisauan yang membelenggu dirinya. Setakat ini mereka hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah Azza Wajalla..

Pertarungan TerakhirWhere stories live. Discover now