Bab 1

48 0 0
                                    

3 tahun telah berlalu. Namun, hatinya masih kosong. Entahlah. Mungkin tidak mahu dikecewakan sekali lagi.

'Nak makan ape ek? Hmm. Bab makan je pun aku tak boleh buat keputusan. Ni kan pulak bab hati.'bisik Nurul di dalam hati.

"Weh rul! Kau ni dari tadi duk jeling-jeling makanan ni. Kau nak makan ke tak?"soal Dayah yang sedari tadi melihat gelagat sahabatnya itu.

"Tengah pikir la ni nak makan ape. Bukan ape aku duk kira bajet aku minggu ni. Takut lari bajet pulak tak pasal-pasal aku kena puasa."jelas Nurul mempertahankan tindakannya sebentar tadi.

"Lahhh kau ni.. mak aku kata kan, kalau bab makan ni kita takleh nak berkira sangat. Kalau kau pengsan sebab tak makan macam mana? Kan lagi susah camtu."Bebel Dayah lagi

'Hmm.. malas aku nak bertekak dengan minah sorang ni. Dia tu boleh lah mak bapak tanggung semua perbelanjaan. Aku ni haa bergantung duit gaji time aku cuti sem haritu je. Mana nak cukup dengan nak bayar duit yuran lagi. Haa kan dah termengutuk dalam hati. Sabo jelah yeopp.'getus Nurul.

****
"Bagi saya nasi kerabu satu kak. Makan ye."pintaku setelah sekian lama menghitung dalam benak fikiran. Murah pon murah. Harga baru dua ringgit setengah. Kenyang pon kenyang. Yelah perut melayu kan. Mana boleh tak dapat nasi.

Sejurus selepas membayar makanan yang dipesan sebentar tadi, Nurul terus meluru ke arah meja yang telah diduduki Dayah sementara menunggunya membeli makanan.

"Weh, kau taknak makan ke?" soal Nurul.

"Aku tak lapar lah. Takpe aku teman kau makan je eh?" jawab Dayah sambil tersenyum kambing.

"Ala kau ingat aku tak tau ke. Kau dah janji nak makan sama dengan pakwe kau Naim lah tu kan? Takpelah aku makan sorang pon boleh. Yelah hidup orang bercinta ni lain. Tak macam aku yang hidup solo ni kan."pancing Nurul meraih simpati sahabatnya itu.

"Lahh kau ni. Mana ada lah. Hmm.. Kalau aku bagitau kau ni, janji jangan gelakkan aku eh?"

"Haa, apa dia?"

"Aku sebenarnya... tengah diet."

"Aik... tetiba je kau nak diet ni dah kenapa? Jangan cakap si Naim tu yang suruh. Lagipun kau bukannya gemuk sangat pon. Okaylah tu berat badan ideal."

"Tak gemuk kau kata. Kau tengok bawah dagu aku ni. Dah takde beza ngan katak kodok tahu. Tak pasal-pasal lari pakwe aku terkejut tengok puteri katak dia ni." Gomel Dayah sambil menutup double chin nya.

Nurul hanya memekakkan telinga kerana perhatiannya tika itu teralih kepada seorang lelaki yang dia sendiri ingat-ingat lupa. Namun, dia hanya meneruskan suapannya yang terhenti sebentar tadi. Perut aku lagi utama nyahh.

****

Pulangkan Hati Yang Kau Curi!Where stories live. Discover now