+ 1

1.3K 77 5
                                    

Di dalam sebuah bilik yang hanya dikelilingi dinding kosong dan mempunyai sebuah pintu yang sedia sudah terkunci dari luar, terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan remaja di dalamnya. Mereka diikat masing-masing di sebuah kerusi menggunakan tali dengan ketat dan rapi. Mereka hilang idea bagaimana mereka boleh berada di situ dan dengan itu mereka menjerit untuk meminta tolong tetapi hanya sia-sia sahaja kerana kedudukan mereka jauh dari bandar-bandar yang di mana ramai orang tinggal di situ. Perempuan tadi sudah pun menangis ketakutan dan muka mereka berdua pucat. Lelaki di dalam bilik itu sudah pun terbatuk-batuk akibat menjerit terlalu kuat dengan harapan orang dapat mendengarnya.

Diorang berdua terkaku bila bunyi pintu bilik itu seperti dibuka. Dan seorang perempuan dalam lingkungan umur mereka juga masuk dan seperti membawa sebuah bekas sambil tersenyum. Mereka terkejut kerana mereka kenal sangat siapa perempuan tersebut!

‘’Sohyun?!’’

Lelaki tadi memanggil namanya dengan mata yang sudah terbeliak sama juga dengan perempuan yang diikat di sebuah kerusi di sebelahnya.

‘’ kenapa korang berdua jerit-jerit sampai dengar bila aku duduk kat luar’’

Sohyun masih berdiri di depan pintu sambil tersenyum manis memandang mereka berdua.

‘’kau ni dah kenapa ha?! Kau yang ikat kitorang berdua kat sini ?!’’

Lelaki tadi nampak marah bila bercakap dengan sohyun yang sememangnya jikalau kita sendiri boleh tahu sohyun yang melakukan semua ini dengan melihat tindakannya.

‘’Opps! Nampaknya ada orang dah tahu. Tapi bukan korang suka ke berdua kat sini? Kenapa nampak macam nak marah aku je? Aku jadi baik salah, jadi jahat..eh mana ada aku jahat...’’

‘’Sohyun ape semua ni? Aku ingat kau kawan baik aku sampai sanggup nak ikat aku macam ni kenapa?!’’

Perempuan tadi mula bercakap dan matanya berair.

‘’Sohyun lepas! Aku teman lelaki kau! Dan sanggup kau buat aku macam ni!’’

Lelaki tadi tidak faham dengan tindakan sohyun mengikat mereka berdua.

‘’Kawan baik? Teman lelaki? Tsk. Layak ke untuk aku? Teman lelaki yang tipu belakang aku tertangkap tidur dengan kawan baik aku sendiri? Masih layak gelaran tu untuk korang ha?!’’

Sohyun menjerit marah pada mereka berdua membuatkan mereka berdua senyap kaku ketakutan dan jantung mereka mula berdegup laju. Mereka sedar itulah kesalahan mereka.

‘’no sohyun! I can explain this-‘’

‘’shhhh..’’

Sohyun meletakkan hari telunjuknya pada bibirnya dan memberi arahan untuk lelaki tersebut senyap dengan lembutnya. Dia berjalan ke arah lelaki tu dan melutut supaya ketinggiannya sama paras dengan lelaki itu yang sedang duduk di atas kerusi dan memandang muka lelaki itu dengan muka yang manis.

‘’explain ape lagi minwoo...aku tak buta minwoo..aku nampak dengan mata aku sendiri..Rinn kat rumah kau, waktu tu kau cium dia bukan main..’’

Sohyun megusap lembut rambut minwoo dan di mana Rinn iaitu perempuan tersebut sudah menangis teresak-esak mengenang kesalahannya menipu kawan baiknya sendiri dan kini takut ape yang akan sohyun lakukan padanya. Minwoo tidak dapat bernafas dengan stabil bila sohyun menyentuhnya dan lagi-lagi bila dia mendengar apa yang sohyun katakan.

‘’nasib baiklah aku perasan kan? Kalau tak berapa lamalah agaknya kau akan buat kerja ni dengan Rinn..kan Rinn?’’

Sohyun memandang Rinn sambil tersenyum manis. Rinn tidak berani berbuat atau berkata apa-apa kerana terlalu takut.

psychopath° jjkWhere stories live. Discover now