Keluarga Jeon nampak gembira menikmati makan malam bersama. Tetapi tidak untuk Jungkook yang lagi tadi senyap tidak seperti selalu. Sepatutnya kalau appa kita balik setelah lama tiada mestilah gembira kan? Tapi kenapa Jungkook tak? Semua orang pun masih tidak perasan kecuali Jin yang memang lagi tadi risau dengan dia.
Tok tok tok!
Tiba-tiba sahaja rumah pintu mereka berbunyi menyebabkan semua berhenti makan sekejap dan pandang satu sama lain sebagai isyarat ‘siapa nak pergi tengok?’
Last-last Jin bangun dan pergi tengok dan yang lain sambung berborak.
‘’Appa! Appa! Kat sana appa pergi Disneyland tak?!’’
Taehyung yang hanya memikir pasal keseronokan dok sibuk tanya benda tu memandangkan appa mereka sebenarnya baru balik dari HongKong.
Hal sebenar kenapa Appa mereka balik dari Hongkong ini kerana appa mereka menguruskan hal untuk meluaskan lagi cawangan restoran dia di Hongkong iaitu luar dari negara Korea untuk pertama kali.
‘’wehh kau ingat appa ada masa ke nak pergi sana?’’
Hoseok yang menyampah dengan soalan Taehyung.
‘’aduhh tah kau ni..pikir pakai otak bukan lutut..lutut pun buruk..’’
Kesengajaan Jimin yang suka sakitkan hati Taehyung.
‘’Taehyung appa pergi sana untuk kerja..nantilah kalau appa tak sibuk semua pun okay kita ke hongkong untuk melancong ^^’’
Mr.Jeon menggosok-gosok kepala Taehyung faham sangat dengan perangai macam budak kecik si Taehyung. Yang lain menggelakkan Taehyung sebab kelakar tengok dia di layan seperti bedak kecik kecuali Jungkook yang fokus makan dengan muka yang tiada perasaan.
Jin datang masuk keruang makan dan duduk balik.
‘’tadi siapa?’’
Mr.Jeon bertanya dan semua makan sambil pandang ke arah Jin.
‘’tu ha budak tu..’’
Jin menunjukkan isyarat menggunakan matanya ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan menuju kearah diorang.
Namjoon yang baru balik dari auditionnya.
‘’Lambat sampai..’’
Cakap Yoongi dan Namjoon hanya senyum dan duduk di tempat yang kosong iaitu disebelah Jin.
‘’tulah tadi dia kata jalan jem sebab hujan...’’
Jin menerangkan dan semua pun angguk tanda faham.
‘’hyung! Jadi hyung terpilih tak?’’
Tanya Jimin dengan semangatnya.
‘’bukan nasib...so tak..’’
Muka Namjoon macam sedih tapi dia dah biasa sebab ini merupakan kali ketiga dia ke audition untuk menjadi idol. Semua buat muka sedih juga tapi nak buat macam mana benda dah jadi.
‘’jadi appa macam mana rancangan appa untuk buka restoran kat sana?’’
Namjoon tanya dan memandang Mr.Jeon.
‘’oh cakap pasal tu , appa nak bagitau semuanya berjalan dengan lancar itupun nasib baik appa jumpa seseorang kat sana yang banyak betul dah bantu appa pasal pembukaan restoran appa dekat sana dan paling terkejut dia dari Korea!’’
‘’wahhh jinjja appa?’’
Semua terkejut dengan penjelasan Mr.jeon, appa mereka dan mula seperti nak tumpukan perhatian pada apa yang Mr.Jeon ingin perkatakan termasuk Jungkook walaupun dia senyap.
YOU ARE READING
psychopath° jjk
Gizem / GerilimSohyun perempuan comel yang menarik ramai hati lelaki tapi malang. Sekali anda terikat padanya tiada jalan keluar untuk anda. Melukai hatinya adalah satu langkah yang bodoh anda lakukan kerana dia adalah seorang... Psychopath