Kawan.

9 0 0
                                    

Semakin aku dewasa, semakin aku belajar erti hidup. Banyak benda aku mula belajar. Belajar berdikari. Belajar percaya diri sendiri. Belajar untuk tidak bergantung kepada orang meskipun kawan baik aku sendiri. Aku tahu aku jenis bergantung kepada orang. Aku jenis tak boleh bersendirian. Aku mudah takut. Aku mudah menangis. Aku manja. Thanks to someone yang banyak ajar aku. Ajar aku supaya bersendirian. Ajar aku hidup tanpa orang. Ajar aku kuat menghadapi pelbagai ujian hidup.

Sekarang, aku mula asingkan diri aku daripada semua orang. Aku rasa aku hanya perlukan Allah. Aku rasa manusia dah tak perlukan aku. Banyak sangat perkara yang berlaku sampai aku give up sampai macam ni. Aku akan terus menjadi seseorang yang ceria di luar, yang sentiasa tersenyum, yang menjadi nakal disamping kawan kawan. Tapi aku dah tak dapat tipu diri sendiri.

Macam mana pun aku bahagia, di dalam hati aku tetap aku rasa aku keseorang. Orang mula salahkan aku. Orang mula abaikan aku. Orang mula pertikaikan apa yang aku buat. Orang mula tak sukakan aku. Aku chill sampai aku rasa "semua orang boleh pergi mampus". Aku dah tak kisah. Semua yang aku buat mesti ada yang tak puas hati. Benda yang aku tak buat pun orang pertikaikan. Kelakar right? Aku dah penat berhadapan dengan manusia.

Bagi aku rehat daripada kawan. Aku dah serik berkawan. Aku taknak berkawan. Aku rela forever alone daripada difitnah macam macam.

Kawan, please get lost.

Cerita Hati.Where stories live. Discover now