Kau kata kau cinta
Anak tangis dibiar saja
Kain baju menggunung sentiasa
Rokok ditangan itu yang kau tahu saja?Kau kata kau kasih
Jika pada dia kau tak biar bersih
Menjadi hamba pada kau masih
Seperti hidup tak kenal letihKau kata kau benar-benar sayang
Rumah tangga kau selerak tunggang
Biar dijaja cerita belakang
Biar dia nampak seperti jalangKau kata kau benar-benar belas
Setiap hari pada dia kau lepas
Amarah dan dendam yang kau peras
Seperti hanya kau yang punya warasMalam ini kuasa kau bakal aku batas
Dengan kuasa autonomi aku cantas
Kerana aku sudah cukup waras
Untuk biar bediri tanpa ada rasa belas.