dia masih lagi anak-anak

15 0 0
                                    

Aku ini tua hanya pada angka zahirnya aku masih lagi seorang anak-anak yang baru ingin belajar berjalan.
Setiap langkah ku iya memang penuh dengan cela; cela yang setiap satunya saban hari saban kelihatan.
Bukan kerana aku ingin menampakkan kurangnya diri aku ini cuma aku belum tahu caranya untuk perbaiki diri.
Kertelanjuran kata-kata aku menjadi punca utama manusia-manusia disekeliling merenggangkan silaturahim.
Mungkin silap aku kerana dididik untuk berkata benar,
Mungkin silap aku kerana bersuara lantang ketika nasib dicela,
Mungkin juga silap aku kerana bertegang lidah dalam bersuara, menentang ketidakadilan.

Aku keliru yang hingga aku rasa tiada yang benar dengan hanya perminataan masyarakat yang tidak langsung masuk akal.
Namun aku dibiarkan seperti tiada pilihan!
Menentang? kau akan dicemuh seperti pendosa yang berzina,
Bersuara? kau akan dilaknat mulut-mulut manusia yang tidak langsung tahu halal haram.
Apa lagi kau mampu buat melainkan berdiam diri, biar mati, walaupun hati meronta tidak terperi.
Iya ramai mereka berkata untuk bangkit menentang percaturan manusia haluan kiri ini dengan tanpa rasa curiga.
Tapi kau harus ingat aku ini masih lagi anak-anak yang baru ingin belajar berjalan;
yang kadangnya masih gerun dengan bayang-bayang sendiri,
yang kadangnya sesat dijalan yang benar-benar lurus,
yang kadangnya tidak tahu pun jalan untuk kembali.

Ia aku ini masih lagi anak-anak.
Dan akan ada suatu masa dan ketika hati yang lelah ini akan rebah bukan kerana beralah tapi kerana terlalu penat; penat menghambakan diri pada apa yang dikata benar.
Penat hati ini tidak akan ada kesudahannya hingga benar-benar dia beralah pada gelojak masyarkat yang menghimpit.
Hingga hari itu tiba hati ini tidak akan pernah berehat dari penat kerana apa? Kerana dia masih punya nyawa yang wajar diperjuangkan. Yang wajar diteruskan walau hati dia ini masih lagi anak-anak.
Kerana apa? Kerana hati dia ini belum mati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Random Thoughts Where stories live. Discover now