Datin Maria yang sedang melangkah turun tangga dari tingkat dua rumah banglo tiga tingkat itu terkejut apabila ditegur Anak sulungnya.
“mummy nak pergi mana cantik2 ni”Soal Airiz sambil melihat ibunya dari atas sampai ke bawah
“Mummy nak keluar kejap,jumpa kawan,Riz nak ikut?”jawab Datin Maria sambil tersenyum
“Ooo..takpa lah Mummy jelah yang pergi,”kata Airiz sambil menggosok2 tengkuknya,“Oh ya mummy,daddy balik malaysia bila”Tanya Airiz pada ibunya tentang kepulangan Dato Maher daddynya yang sudah hampir satu minggu lebih yang berada Dubai atas urusan kerja
“Daddy call tadi dia cakap kalau tak ada apa2 esok dia balik”jawab Datin Maria sambil tersenyum manis
“Mummy pergi dulu la ye”Datin Maria meminta diri sambil melangkah perlahan2 ke pintu besar rumah banglo dua tingkat itu“Take Care mummy”jerit Airiz dari dalam
Datin Maria hanya tersenyum dan mengangguk
Airiz melangkah ke sofa besar yang berada di ruang tamu itu dan menghempaskan badannya “Bosan betul duduk sorang2 macam ni”keluh Airiz sorang2 diri,rumah sebesar ni boleh pula duduk sorang2 daddynya ke dubai,mummynya pula keluar jumpa kawan,Adik bongsunya pula apa lagi boleh buat kalau cuti minggu macam ni,keluar dengan kawan2 lah kerjanya,kalau ada orangpun Kak Mas pembantu rumahnya, takkan la nak ajak Kak Mas keluar dating pulak, tak pernah di buat orang ajak pembantu rumah keluar dating, kan tak pasal2 kena pukul dengan Pak Suh suami Kak Mah yang menjadi driver rumahnya
Airiz mencapai iphone 6 nya dan mendail number seseorang “Hello Mir kau kat mana”Soal Airiz pada Amirul
“Siapa ni”Soal Amirul Mamai yang baru terjaga dari tidur yang terkejut dek blackberry nya memekik
Apabila terdengar suara Mamai Amirul tiba2 satu ideal nakal muncul di kepala Airiz
“Abang....Ni Nurin laa”kata Aiziz dengan membuat suara yang sehabis lembut
Amirul yang tadinya terbaring terus bangun terduduk apabila terkejut akan Nurin yang menghubunginya, Airiz di hujung talian sudah sakit perut menahan gelaknya daripada meletus, Amirul2
“Eh Nurin,ada apa call Mirul pagi2 ni?”Soal Amirul masih dalam keadaan mamai “Awak sakit tengkak ke Nurin,suara awak macam kasar sikit, dah pergi klinik ?” Soal Amirul masih dalam berkeadaan yang sama
“Sakit tekak nenek kau”Gelak yang ditahan oleh Airiz dari tadi terberai juga akhirnya apabila sudah tidak menahan lagi
Amirul yang tadi mamai terus tersedar dan melihat screen blackberry nya itu pantas “kurang asam punya kawan,kau nak apa woi kenakan aku pagi2 buta ni, ” marah Amirul apabila dikenakan oleh Airiz, dia mati matian ingat tadi Nurin, kerana semalam dia ada tinggalkan nombor talifonnya pada Nurin, sampaikan tidur malam tadi pun termimpi mimpikan Nurin,ini dah kes kritikal Mirul
“Pagi Opah kau, kau tengok jam pukul berapa sekarang”jerkah Airiz dengan suara yang agak kuat sehinggakan Amirul terpaksa menjauhkan blackberrynya itu dari telinga,Bingit
Amirul pandang jam dinding yang tergantung didalam biliknya itu terus membulatkan mata, pukul dua belas setengah,“Alamak mati aku"kata Amirul dalam hati,ni semua gara gara dia bermain games sampai lewat pagi la ni
“Wei bijak kenapa sekarang baru nak call aku,kau tahu tak sepatutnya dua jam yang lepas aku dah ada kat lovely bakery, aku dah janji dengan Nurin nak sarapan sama”Bebel Amirul panjang sambil mengeluh, “hurm melepas pulak aku nak ngorat kau Nurin”kata Amirul dalam hati
YOU ARE READING
"Setiap Detik"
RomanceAndai mencintai awak adalah satu kesalahan,maka biarlah saya yang bersalah -Aisha Natasha Meninggalkan awak adalah satu kesilapan besar yang pernah saya lakukan dalam hidup saya,Namun hati awak akan saya tawan sampai awak jadi milik saya kembali,itu...