Bab 5

114 11 0
                                    

“kita nak pergi makan kat mana”Soal Amirul tenang sambil memandu  kereta

“Tempat yang korang makan minggu lepas”jawab Airiz  yang berada di sebelah pemandu sambil membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya

“Lovely bakery?”Soal Amirul dan Rafiq serentak dan mereka saling berpandagan


Airiz hanya mengangguk yakin dan tersenyum

“habislah,nampaknya akan ada hujan kilat harini”kata Amirul dalam hati dan mengeluh perlahan2




_______________________________________

Aisha yang tenang duduk dikerusi meja makan cafenya sambil matanya tertumpu pada iphone 6 miliknya terkejut apabila terdengar seseorang menarik kerusi di hadapannya

“Sorry aku lambat”kata Nurin sambil tercungap2 lelah masih ada akibat berlari ke lovely bakery takut di marahi Aisha kerana lambat sampai,tapi lambat juga

“kau memang,kau tengok ak dah habiskan sepotong kek coklat ni dengan aku punya orange juice pun dah habis”kata Aisha sambil menjeling

“Alah kau tunggu kat sini then tak buat apa2 kerja pun,kau duduk jekan,aku ni berlari sana berlari sini penat tau”kata Nurin buat muka sedih supaya Aisha tidak memarahi nya lagi

“tak payah buat muka macam tu,buruk ak tengok”sindir Aisha sambil tergelak melihat muncung itik Nurin itu

“kau tak marah kan”soal Nurin sambil tersengeh2 macam kerang busuk

“Dah2 kau nak makan apa ni”Soal Aisha sambil melambaikan tangan pada aina yang sedang duduk di kaunter untuk datang ke tempatnya

“Ye Kak Sha ada apa2 ke”Soal Aina tenang


“Ni kak Nurin awak punya lunch macam biasa,”kata Aisha sambil tersenyum menyerlahkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu

“Okey tu je?Kak Sha tak nak makan ke,Kak Sha dari pagi sampai sekarang ni baru saya tengok Kak Sha makan tu pun kek coklat je,”kata Aina prihatin


“Bagi akak macam biasa favorite akak lasagna”kata Aisha sambil tersenyum,Aisha sangat bersyukur kerana mempunyai pekerja2 yang prihatin dan sayang padanya,semua itu rezeki daripada Allah

____________________________________

Dengan penuh gaya Airiz berjalan ke arah  lovely bakery itu dan dua lagi rakanya berjalan di belakang Airiz gaya macam bodyguard pula

Sebaik saja pintu di tolak,Aroma pastri dan kek menusuk masuk ke dalam hidung mereka bertiga,Di tambah dengan bau kopi yang menyegarkan,bukan itu saja,dekorasi kedai turut menarik perhatiannya,Airiz terpengun,lovely bakery memang kena dengan namanya,tak sangka pula wujud kedai macam ni di Malaysia

Airiz perasan lovely bakery dibahagikan kepada dua bahagian,di bahagia satu lagi menempatkan pelbagai jenis buku dan majalah

Terdapat juga beberapa Buah set meja kayu dan sofa, hmmmm...menarik, apa dia cakap tadi tanpa sedar Airiz memuji cafe ini,Airiz menggosok tengkuknya

“afiq”jerit Nina sambil melambai2 tangannya ke arah Rafiq

“hah tu pun Nina”kata Rafiq sambil melemparkan senyuman pada Nina yang duduk dihujung cafe yang berdindingkan cermin kaca jauh daripada orang ramai dan sedikit terselindung

Mereka melangkah ke meja yang Nina duduk itu dengan gayanya,tiga jejaka tersebut dapat menarik perhatian semua perempuan yang sedang makan di lovely bakery,ada yang berbisik2 ada yang melambai2 tangan,Namun yang layan cuma Amirul,pantang jumpa perempuan betul,Rafiq hanya tersenyum,berani dia layan,ada juga yang kena sembelih dengan Nina nanti,Mana kala Airiz sedikit pun tidak melayan malah jauh sekali senyum,tetap dengan gaya cool dia dan masih memakai kaca mata hitamnya itu

“Lambatnya you sampai,dah nak habis air I ni”kata Nina pada Rafiq sambil berpeluk tubuh tanda merajuk

“Sorry sayang,jalan jerm tadi”kata Rafiq sambil memujuk

Airiz dan Amirul menggelengkan kepalanya saat melihat Nina dan Rafiq berdrama

Mata airiz melilau mencari sesuatu dan kecewa kerana tidak bertemu apa yang di carinya itu,

Amirul dan Rafiq berpandang dan menjungkilkan bahu, pelik akan kelakuan Airiz

“Kau cari apa Riz”Soal Rafiq pelik
Airiz hanya menggelengkan kepalanya

Amirul yang seperti memahami apa yang bermain dalam kepala Airiz menepuk bahu Airiz sambil berbisik
“Sabar..dia pasti ada,sebab ni cafe dia”kata Amirul sambil tersenyum

Airiz hanya diam dan matanya masih lagi mencari2 orang tersebut namun sekali lagi hampa


________________________

Aisha yang sedang bergelak ketawa bersama Nurin itu terkejut apabila di tegur oleh pekerjanya Aina

“Kak Sha boleh tolong tak”kata Aina terpancar keletihan di muka Aina

“Ya aina ada apa,Aina tak sihat ke,kalau Aina tak sihat Aina boleh balik,kedai takpa akak,Aiman,Maira kan ada”Soal Aisha prihatin






“bukan macamtu akak,sebenarnya Aina kena pergi belakang sebab Kak Imah mintak tolong Aina tolong dia sediakan bahan2,abang haziq cuti hrini,Aiman pula pergi jumpa pembekal kes barang2 yang tak cukuptu,Maira sorang2 yang ambilkan oder,tak cukup tangan dia,jadi akak boleh tolong maira ambilkan oder tak,pelanggan ramai“kata  Aina tenang,dia tahu bosnya itu baik dan tidak mudah untuk marah orang dan bosnya itu tidak kesah untuk membuat kerja2 sebegini

“Laa tu jeke,kenapa tak cakap awal2,kesian korang takpa2 akak yang ambilkan oder”kata Aisha sambil tersenyum cantik

“terima kasih Kak Sha saya pergi belakang dulu ye”kata Aina untuk melangkah ke bahagian dapur kedai

Aisha hanya tersengum dan mengangguk















Makin membosankan betul tak?😌
Kalau ada salah silap minta tegur ya,jangan kecam😂
Tkdelah gurau jer..




Jangan lupa vote and comment tau💞😘

"Setiap Detik"Where stories live. Discover now