๛ Sepuluh ๛ (Special Chapter)

89 3 3
                                    

5 years later ..

Nama aku Park Ji Hyun.Aku baru berumur 23 tahun dan baru sahaja mula bekerja di sebuah syarikat rakaman hiburan iaitu KBS yang terletak di tengah bandar Seoul.

Segala yang aku impikan selama ini tidak tercapai dan aku berasa amat bersyukur dengan apa yang aku telah capai sekarang ni yang sebenarnya telah lebih dari mencukupi.

Kejadian di bangunan tempat aku bekerja sewaktu makan tengahari tadi telah mengingatkan aku semula pada peristiwa itu.Ya peristiwa yang tak mungkin aku lupakan dan langsung tak akan pernah aku lupakan sehingga hari ini.

Flashback <<

Cafe di tempat aku bekerja sememangnya selalu padat dengan orang ramai.Oleh kerana makanan disini sedap , ia sering menjadi tumpuan ramai pelanggan.

Sebagai pekerja di sini.Aku sering menemukan para artis yang berurusan dibahagian hiburan.

Sewaktu aku beratur ingin mengambil makanan,kelihatan beberapa ahli kumpulan gfriend dan mamamoo sedang beratur juga.

Teruja tu memanglah tapi kena behave.Sebab cafeteria ni adalah antara tempat menenangkan bagi kebanyakkan artis sebab jauh dari peminat.

Dari barisan pelakon,pelawak hinggalah ke kumpulan idol.Semuanya rasa selamat bila di cafe.

Seronok rasanya dapat lihat Moonbyul,Eunha dan SinB dari jarak yang dekat.

Tiba-tiba cafeteria yang riuh bertukar menjadi senyap sunyi.Hairan aku.Jarang senyap macam ni.

Ah EXO rupanya.Diaorang jarang comeback.Sehun sedang mentertawakan Chanyeol.Kai tersenyum dibelakang and-

Junmyeon pula sedang membebel memarahi mereka.I means Suho

Dalam banyak-banyak hari ,kenapa hari ni? Harini aku penat and aku nak balik awal.since harini jumaat.

Dia pura-pura tak nampak atau dia memang tak nampak aku tu tak tahulah.Yang penting sekarang ni,aku langsung tak nak ambil peduli tentang dia dan yang lain.

Aku mengambil tempat duduk di hujung meja.Aku nak makan cepat cepat.Habis makan terus naik atas buat kerja.

" Sorry cik , tempat ni ada orang tak ? "

Suara ni.Chan .. Chanyeol ?

" Cik ? " tegurnya lagi.

Aku menundukkan kepala.Berharap yang dia tidak mengenaliku.

" Ah ? tak tak ada orang. " balasku sambil kepala masih tunduk memandang makanan.

" Terima kasih " Chanyeol segera meletakkan dulang makanannya di atas meja dan pergi memanggil rakannya yang lain.

Better aku pergi sekarang.Nanti terserempak habis aku.

Makanan yang belum habis itu aku angkat kemudian aku segera bangun dari tempat duduk.Aku berjalan dengan pantas ke arah tempat letak dulang makanan.

It's Hurt | SUHO EXOWhere stories live. Discover now