IRINA hanya menadah telinga mendengar Serafina meluahkan kemarahannya mengenai perjumpaannya bersama Aaron petang tadi. Kini dia benar-benar memahami bahawa Aaron dan Serafina adalah kombinasi maut... kedua-duanya langsung tidak boleh bertemu tanpa menghasilkan kekacauan. Aaron, dengan sikapnya yang gemar mencari pasal, ditambah pula dengan personaliti Serafina yang pantang dicabar, adalah resipi bencana.
"Yang kau pergi layan dia kenapa?" soal Irina tanpa memandang, sibuk meneliti dokumen di hadapannya.
Serafina memandangnya dengan wajah yang seakan tak percaya.
"Weh, kau tahu tak dia tu annoying gila nak mampus? Aku rasa aku patut standby stapler dalam beg aku lepas ni. Kalau aku jumpa dia dekat luar, aku stapler mulut dia terus."
Irina tersenyum nipis, namun langsung tidak mengangkat wajahnya. "Buatlah apa kau nak buat, asalkan kau bahagia, Sera, dan yang paling penting, tak kacau hidup aku."
Serafina mendengus geram. "Irina, kau patut tolong aku!"
"Aku dah cukup sibuk dengan hidup aku sendiri, Sera. Jangan tambah beban aku lagi. Aku dah cukup pening dengan kawan dia tu," balas Irina, nadanya mulai tegang.
Serafina mengangkat kening. "Oh, Zachary Ares, kan? Kau memang tak boleh handle dia."
"He's an asshole," balas Irina tanpa teragak-agak.
"I know," balas Serafina bersetuju.
"A jerk," sambung Irina lagi.
"I know that too," sahut Serafina sambil mengangguk.
Irina menghempas pen di tangannya ke atas meja. "Argh, stress!"
"Me too," balas Serafina sepantas kilat.
Irina memejamkan mata, cuba mengawal emosinya. "Damn it, Serafina Maira. Kau ni langsung tak membantu aku, kau tambahkan stress aku! Keluar!"
Serafina terlopong. "Kau halau aku?"
"Yes, I am. Keluar sekarang!"
Serafina mengeluh panjang, namun bangun dari kerusi sambil mengutip failnya.
"Fine, tapi kau jangan lupa minggu ni kita ada family day. Disebabkan kau dah balik Malaysia, kau kena datang sekali."
Irina memandangnya dengan kerutan di dahi. "Aku ingat nak elak je. Kau tahu aku malas nak pergi."
Serafina tersenyum sinis. "Lupakan rancangan kau nak melarikan diri, Irina. Tahun ni kehadiran kau mandatory. Oh, jangan lupa, kau kena bawa Zachary sekali. Acara kali ni kita buat dekat PD."
Irina hampir tersedak. "Kenapa aku kena bawa dia pula? Aku boleh datang sorang!"
Serafina memutar matanya. "Sebab dia suami kau, gila. Dia sebahagian daripada keluarga."
Irina mencebik. "Suami kontrak," gumamnya dengan nada sinis.
"Kontrak ke tak, kau tetap tak single sekarang ni. So, kau kena datang dengan dia. Full stop," ujar Serafina sambil menolak pintu pejabat untuk keluar.
"Berambuslah kau!" halau Irina, separuh geram, separuh penat.
Serafina hanya tertawa kecil sebelum menghilang di sebalik pintu, meninggalkan Irina yang menghempaskan tubuhnya ke kerusi empuk. Tangannya memicit pelipis, berusaha meredakan sakit kepala yang semakin menyesakkan.
Hubungannya dengan Zachary sedang berada di fasa dingin. Mereka sudah dua hari tidak bercakap... lebih tepat, tidak bertengkar. Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, lelaki itu sempat menyikat rambutnya dengan begitu tenang, menyanggulnya dengan kemas seperti biasa, sebelum menghilangkan diri tanpa menjamah sarapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/88041900-288-k328301.jpg)
YOU ARE READING
The Greatest Marriage Secret
RomanceThe Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan ya...