Bab 7

4.4K 139 70
                                    

Meeting berjalan lancar walaupun fikiran aku tak menentu. Aku asyik terbayang Ika bersama orang tu. Handsome ke dia? Tapi Ika jenis yang bukan tengok luaran. Mungkin si bedebah tu pandai layan? Damn.. Sakitnya hati ni.

Hampir sejam setengah kami duduk dalam bilik meeting. Mostly head department dalam bilik ni dah berusia. Rasa pelik juga diorang kerja under budak hingusan macam aku. Aku kena biasakan suasana ni. I hope they are okay with people like me. Yelah, diorang fikiran old-fashioned sikit. Yang penting, respect each other.

"Boss.." tegur Zirah yang duduk di sebelah aku. Aku tersedar daripada lamunanku.

"Yes?"

"Anything else you wanna talk about?"

Aku memerhati sekeliling. Semua mata tertumpu pada aku, menunggu kata penutup.

"I think we're done for today. Thank you all for the input. Let's work together, ok?"

Semua mengangguk tanda setuju. Masing-masing mengucapkan selamat datang kepada aku selepas meeting tamat. Diorang friendly sangat, langsung tak kekok. Nasib baik. Setelah bilik meeting kosong, aku berjalan menghampiri dinding kaca bilik itu. Melepaskan satu keluhan.

"You okay, boss?" soal Zirah sambil mengemas fail dan kertas atas meja.

"I'm okay."

"You macam tak focus tadi time meeting."

Aku pusing berpaling ke arah Zirah, "I think I'm losing her..."

"Her? Siapa dia, boss?"

Aku terdiam. Aku baru je kenal Zirah, takkan aku nak mengeluh kat dia. Yes, she's my PERSONAL assistant but that doesn't mean I can share my personal things with her. Kan? Hmm...

"It's okay, boss. You don't have to answer. If you ready nak share, just share with me ok. Tak elok pendam sorang-sorang." sambung Zirah lagi. Senyumannya yang manis tu sedikit sebanyak dapat menenangkan kegusaran dalam hati aku.

"Thank you."

* * *

Jam dah menunjukkan tepat pukul 11.30 malam. Aku tersadai kat ruang tamu seorang diri. Qis belum pulang. Mana pulak dia ni? Risau aku dibuatnya. TV terpasang tapi mata aku focus pada skrin telefon tunggu update daripada dua orang perempuan yang aku kasihi. Gundah gulana aku dibuatnya. Kenapa takda update??

Aku terdengar suara berbisik-bisik di luar rumah. Mungkin Qis dah balik. Aku cepat-cepat buka pintu depan, aku nampak Qis berdiri dengan seseorang. Qis nampak terkejut.

"Zee?!"

Aku taktau kenapa hati aku tiba-tiba rasa panas bila nampak muka orang yang berdiri sebelah Qis ni. Ini ke bedebah tu? Beraninya dia tunjuk muka depan rumah aku.

"Jay, you better go. Thank you hantar I sampai sini." Qis menolak Jay pergi tapi Jay degil, dia langsung tak berganjak. Matanya tajam merenung aku.

"So, this is Zee..." satu senyuman sinis terukir diwajahnya. Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. Tapi Qis dah standby berdiri depan aku jadi batu penghalang.

"And you are...?" Aku buat tak kenal. Buat tak tahu.

"I'm Jay. Nice to meet you." Jay menghulurkan tangannya. Aku biar seketika, kemudian menyambut kasar tangannya. Biar dia dapat tangkap yang aku tak suka dengan kehadiran dia kat sini.

"Jay." Aku genggam tangannya kuat-kuat. Aku nampak mukanya berkerut. Dia cepat-cepat tarik tangannya.

"Okay lah. I gotta go. Someone is waiting for me in the car. See yaa.." Jay membawa diri, dia sempat bagi aku satu jelingan yang cukup buat aku membara. Aku nak kejar tapi Qis dah halang siap-siap. Shit lah macam ni.

Bengkok 2Where stories live. Discover now