Aku duduk termenung di satu sudut dalam cafe milik Ariana yang terletak tidak jauh dari bangunan pejabatku. Fikiran aku jadi tak menentu selepas Zirah menceritakan tentang bagaimana dia kenal Ika. Kecilnya dunia LGBT ni. Aku melepaskan satu keluhan.
"Banyak masalah ke?" Ariana muncul membawa makanan yang aku pesan tidak lama tadi. Dia letak depan aku kemudian duduk di sebelah.
"Hal kerja." Aku senyum sikit. Tak boleh bagitahu Ariana. Kalau aku bagitahu dia, umpama aku bagi dia ruang untuk menyelit masuk dalam hidup aku. Huru-hara pulak nanti.
"Oh yeke? Hmm.. Takpe. Setiap masalah, ada penyelesaiannya." ujar Ariana. Mengikut pemerhatianku, Ariana ni seorang yang bersikap positif. Tak pernah nampak dia dalam kekalutan. Semua dia hadap dengan tenang. Maybe sebab dia dah pernah hidup dalam kesusahan sebelum ni. Tiada masalah yang dapat jatuhkan dia.
"You're right. Fikir banyak macam mana pun, masalah takkan lari. I have to do something." Aku suap nasi ke dalam mulut perlahan-lahan. Aku dah malas nak fikir. Kalau ada jodoh, Ika takkan ke mana. Kalau betul dia sayangkan aku, dia takkan pergi pada Jay. Kan? Hmmm...
"Zee.."
"Yes?"
Ariana tak membalas. Aku pusing ke arahnya. Aku nampak dia tersenyum manis merenung aku makan sambil menyelak rambut tepinya ke telinga, menampakkan lagi bentuk mukanya yang persis Cara Delevingne. Dia ni dah kenapa?
"I'm so happy you're here." Raut wajah Ariana jelas memaparkan betapa bahagianya dia sekarang. Duduk di sebelah aku macam pasangan sedang bercinta. Kami ni macam serasi jugaklah. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Hahaha.
"Yes. You always cakap macam tu bila I lunch kat sini." Aku buat biasa je. Ingat! Tak boleh bagi harapan kat orang lain kalau tak ada niat nak bersama. (Aku pun kena beringat huhu)
"But today, I'm extra happy. Hehe.." Ariana ketawa kecil. Dia nampak seperti budak-budak baru dapat mainan. Aku tak tahu apa yang aku buat sampai dia jadi macam ni. Hmmm...
"May I know why?"
"It's nothing." Senyumannya belum terpadam dari wajahnya. Dah gila agaknya minah ni...
Selepas selesai makan dan berborak, aku pun meminta izin untuk pergi. Dah jam 2.30 rupanya. Nasib baik office dekat je. Ariana teman aku berjalan sampai ke bangunan pejabat aku. Sampai kat ruang lobi, Ariana memberikan aku satu kucupan kat pipi. Terkejut aku dibuatnya. Depan khalayak orang ramai pulak tu. Confirm gosip lagi ni. Tadi Zirah, now Ariana. Waduhh..
Tanpa berlengah lagi, aku cepat-cepat kembali ke bilik pejabat. Zirah dah balik. Aku sarankan dia ambil half day today. Kesian jugak dia. Hmm.. Tapi salah aku jugak.
Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan Ika dan Zirah kan? Sebenarnya Jay ialah partner Zirah. Sejak Jay dapat tahu yang Ika dah single, dia terus tinggalkan Zirah macam tu je. Hubungan dua tahun dibuang macam tak ada nilai. Patutlah parah aku tengok Zirah tu. Zirah kenal Ika pun melalui akaun Instagram Jay. Dia upload gambar berdua dengan Ika. Zirah nak tunjuk, tapi aku taknak tengok. Kang dengan aku sekali half day. Huhu. Selepas aku berjaya tenangkan Zirah dan benarkan dia balik awal, aku terus pergi cafe Ariana.
What should I do? I love Ika tapi aku takut aku akan sakitkan dia lagi dengan perangai aku yang tak tetap pendirian ni. Selfish ke aku kalau aku tak benarkan Ika couple dengan siapa-siapa?
KNOCK KNOCK~
Aku tersedar daripada lamunanku. Cepat-cepat aku berpaling ke arah pintu office.
"Curi tulang ke?" Theresa bersandar di bingkai pintu sambil kedua belah tangannya berpeluk tubuh. Seperti biasa, dia bagi aku satu ukir senyuman nakal yang selalu dia bagi kat aku. I gotta admit that I kinda miss that smirk. Haha.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bengkok 2
RomanceHai. I'm back, guys. To be honest, aku gembira dengan hidup aku sekarang. Everything is perfect. Too perfect. Kadang-kadang aku rasa bosan hidup tiada drama. Yes, I know I should be thankful. But, I don't know. Perfect life is soooo not my thing. H...