Kereta HR-V meluncur memasuki banglo 3 tingkat itu.
Keluarlah sepasang suami isteri"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam,Tuan,Puan. Apa cita?" Mak jah tersengih melihat wajah pasangan itu yang tersenyum hingga ke telinga.
"Alhamdulillah,Airish dah balik ke Mak Jah?" Puan Guina membuka kasutnya dan meletakkan ke dalam rak kasut,begitu juga Tuan Firash.
"Ya Puan. Tuan dan Puan nak minum ke?"tanya Mak jah dengan sopan santun.
"Boleh juga, sila panggil Airish sekali ye," Tuan Firash duduk di sofa empuk yang berada di ruang tamu.
Puan Guina pula mengambil alat kawalan televisyen dan menekan butang bernombor 3.
"Apa lah awak ni,saya nak tengok siaran sukan la." Tuan Firash cuba merampas alat kawalan itu daripada Puan Guina,tetapi sempat dia menepis.
"Ah tak de,hari ini giliran saya. Saya nak tengok Razia Sultan ni."
Tuan Firash mengeluh. Hmm... mengalah je la...
Seketika kemudian,Airish pun turun ke bawah menemui ibu bapanya.
"Abah! Mak! Huhuuu..." Airish menyepetkan matanya. Dia tahu bahawa ibu bapanya mahu membincangkan mengenai perkahwinannya.
"Hah! Airish. Sini meh. Kita borak-borak" Puan Guina tersenyum mesra.
Hmm...lain macam mak aku ni...
"Airish, majlis pernikahan kamu akan berlangsung minggu hadapan."kata Tuan Firash sambil memerhati Mak Jah yang sedang mendulang minum petang mereka bertiga.
"What? Maaakk! Apa ni? Cepatnyaaa.. Dengan siapa Airish kawin pon tak kenal!"Airish memuncungkan mulutnya lalu mencapai secawan kopi yang baru dituang oleh Mak Jah.
"Apa yang tak kenalnyaa.. Dia sepupu kamu sendiri laa"
Spruuuurrrr!!!
Tersembur air kopi yang diminum oleh Airish.
"Airish! Tak sopan langsung tau tak?!!!" marah Puan Guina.
"Hahuhahuhauhu... Air kopi ni panas!!!! Hahuhahauahauhauahaua!!!"
Airish mengipas-ngipas bibirnya. Melecur!"Sepupu? Bukan ke sepupu Airish semua dah kawin?"
"Ish,tak ada lah. Dia anak paksu kamu. Tulah kamu tak tau langsung paksu kamu tu sudah ada anak. Sebaya kamu pula tu!" Tuan Firash menggelengkan kepala.
"Laa.. Paksu dah kawin rupanya! Hahahahahahahaha! Nama anak paksu tu apa abah?"tanya Airish.
"Abah panggil Haqiem"
"Ouhh... Haqiem Rusly ke? Waa bestnyaa. Dapat duet ngan dia. Hampir pernah ku cuba sesali~"
"Ah! Sudah! Merapu saja kamu ni. Nak buat lawak janganlah hambar sangat." Puan Guina menjerling Airish.
Sampai hati mak. Airish menunjukkan riak sedih.
***
Fina,nak tau tak. Aku kan. Nak kawin. Dengan sepupu aku.
-AirishEah? Sepupu? Wait. Jangan cakap yang kau kene jadi madu orang.
-FinaIsh! Apa kau ni! Kalau jadi madu pun kenapa? Madu kan manis.
-AirishKepala hotak kau manis. Betul ke ni?
-FinaApa yang betul?
-AirishKau jadi madu orang?
-FinaMerepek! Aku kawin dengan sepupu aku yang bujang lah.
-AirishEah. Wujud plak?
-FinaAnak paksu aku. Aku ingatkan paksu aku bujang lagi. Kesian kan aku.
-AirishSangat-sangat. Tapi untunglah kau. Nak kawin. Aku ni T.T ntah bila. Maybe jadik anak dara tua.
-FinaIsh. Kau ni. Jangan cakap camtuh. Btw bukan anak dara tualah. Nenek dara. Hahahahah!!!
-AirishSampai hati. Merajok ah.
-FinaMerajok lah sane. Malas nak layan>_<
-AirishTiba-tiba Airish terdengar bunyi sesuatu di dapur. Segera dia berlari menuju ke arah dapur.
Tiba di dapur,
"Ya Allah! Mak! Kenapa ni?!" Airish menekup mulutnya.Muka Puan Guina dan Mak Jah seperti diconteng arang. Comot!
"Ni mak kamu mahu belajar buat kek. Tiba-tiba boleh meletup." jelas Mak jah kemudian terbatuk-batuk akibat habuk memenuhi dapur. Airish dan Puan Guina juga terbatuk-batuk.
Macammane boleh meletup? Hm misteri. Ceh Airish kau mana tau pape. Kau kan tak pandai memasak. Hihi. Bayangkan kalau aku dah kawin nanti, aku rasa mesti rumah meletup sekali.
"Airish! Menung ape lagi tuh? Tolonglah kami. Ambil vakum!" arah Puan Guina.
Vakum? Nak buat ape dengan vakum? Hm whatever~
Airish pun berlari terkedek-kedek ke arah stor yang berada dibawah tangga rumah.
***
Airish memeriksa telefonnya. Penat menolong Mak Jah membersihkan dapur.
100 mesej dari Fina
Omg! Boleh lupa pulak.
Airish membuka perbualannya dngan Fina.
Hm. Hampeh punya Fina. Disepanjang 100 mesej itu hanya lah emoji sedih sahaja. Kesian Fina.
Tiba-tiba Airish merasakan matanya berat yang teramat. Dan tidurlah Airish sambil duduk di tempat dia belajar dan tenangkan diri.
***
Sufi melihat jam yang berdetik di pergelangan tangannya. Detikan jam itu sama seperti degupan jantungnya. Dan dia pun menyanyi
'Jam di tangan terus berdetak ah dupdapdupdapdupdap
Hatiku juga terus berdetak ah'Dan dia tahu yang dia tersalah lirik. Dia pun menutup muka,malu.
Ape author merepek ni.Fokus!
Sufi terasa gementar. Dia menunggu bakal tunangnya di kerusi kayu dihadapan kedai roti. Dia tidak tahu mengapa bakal tunangnya menyuruh untuk berjumpa disitu.
"Haish mana dia ni. Janji pukul 5. Sampai sekarang tak sampai-sampai lagi. Rasa give up pula." kata Sufi kepada diri sendiri. Dia teringat untuk menelefon wanita tersebut.
Sufi mencari nama wanita berikut lalu menekan butang CALL. Huh debar rasanya.
Sekali...dua kali...tiga kali...empat kali...
Ah! Napa tak angkat?! Aku kene tipu ke apa ni. Arh. Give up. Nak balik. Tengok boboiboy lagi best.
Tak matang kau Sufi.
YOU ARE READING
KEREDHAAN
RandomFina pada mulanya bersahabat baik dengan Airish.Tetapi disebabkan kemalangan keluarga Fina ketika mahu pergi ke majlis pernikahan Airish menyebabkan dia bermusuhan dan membenci rakannya sendiri. Suami Airish,Sufi Haqiem yang belum pernah dilihat ole...