"ni ke, perempuan yang kau cerita" soal teamin memeluk tubuh dan bersandar didinding melihat kearah jihyo yang belum sedarkan diri.
Min ho mengangguk.
"apa doktor cakap? "soal honi.
" kes dera" jawab min ho membuatkan reaksi mereka bertukar serius.
"family dia?" soal suga.
"aq tak tahu, sebab tu aq call korang untuk siasat siapa perempuan ni, semua maklumat dalam fail tu" ujur minho sambil menunjuk kearah fail yang dikatakannya.
Isi fail tersebut dibaca teamin teliti.
"jangan risau kitaorang selesaikan benda ni, apa step kau nak buat lepas perempuan ni sedar?" soal teamin.
Soalan teamin tidak dijawab, hanya tenungan min ho pada jihyo yang terpamer di mata teamin.
"aq yakin kau dh mula sayang perempuan ni min ho" ujur hati teamin lalu menepuk bahu min ho sebelum dia, suga dan honi mula beredar.
Tenungan min ho masih lagi tidak lepas dari melihat jihyo.
"jaga dia" ujur hati min ho menjawab soalan teamin tatkala ruang bilik itu hanya tinggal dia dan jihyo.
"cik, doktor nak berjumpa" beritahu seorang nurse tatkala memasuki ruang tersebut.
Tanpa menjawab min ho mengatur langkah berjumpa dengan doktor yang dikatakan.
" berkenaan dengan apa yang kita bincangkan, saya nak kenalkan awak dengan doktor yang saya katakan hari tu,(butang hijau di papan telefon ditekan) sis, panggilkan anak saya" arah doktor tersebut lalu mula menfokuskan percakapannya pada min ho kembali.
Selang beberapa minit pintu dibuka menandakan seseorang akan menyertai perbincangan mereka.
Seorang lelaki yang berpakaian bersahaja tanpa mengenakan jaket putih, tidak lansung menggambarkan dirinya seorang doktor.
Lelaki tersebut mengambil tempat disisi min ho sebelum si doktor memperkenalkannya.
"baiklah, min ho kenalkan anak saya, zhang yixing, awak boleh panggil dia doktor lay"kenal si doktor.
Pandangan lelaki bernama lay itu berubah serius tatkala namanya disebut disertakan dengan perkataan doktor.
"ma, i told you, stop call me that word and you, just call me lay" arah lay senada.
Min ho hanya mampu mengangguk faham. Memandang wajah manis lay yang kosong riaknya.
" so, ada apa lagi yang lay perlu tahu, kalau tak da lay gerak dulu dan kau ikut aq" tambah lay lagi dan bangun mengatur langkah untuk beredar.
Min ho yang masih pelik dengan sikap lay hanya mengikut sahaja sebaik sahaja melihat reaksi si doktor turut menyuruhnya mengikut lay.
Sebuah ruang di sebalik tangga keluar yang memisahkan tingkat hospital dimasuki lay diikuti min ho. Ruang yang tersembunyi dari pandangan sesiapa yang melalui haluan tersebut.
Sebuah pintu dikuak tombolnya oleh lay untuk masuk kedalam sebuah bilik.
"duduk" arah lay menyuruh min ho duduk di hadapannya sementara tangannya mencapai sebuah fail dan membelek isinya.
Bilik yang tak ubah seperti sebuah rumah, besar keluasannya, yang menjadi persoalan kewujudan ruang tersebut lansung tidak disedari semua dan lansung tidak terlintas di minda semua kewujudan ruang tersebut didalam sebuah hospital.
Setiap ruang bilik itu diperhati min ho dan seterusnya memandang kearah lay yang tenang meneruskan kerjanya.
"aku tahu kau nak tanya aku, teruskan" ujur lay lansung tidak melarikan pandangannya dari fail ditangannya.
Ujuran lay lansung tidak dijawab min ho, pandangan min ho pantas dialih dari memandang lay.
"kenapa kau benci perkataan doktor? " sambung lay spontan seakan tahu soalan yang menjadi persoalan di fikiran min ho.
Pandangan nya dialih semula memandang lay dan mengangguk mengiakan andaian lay.
Lay tersenyum. " jawapnnya sama macam perkataan yang kau benci. Perempuan"
Jawab lay tenang membuatkan min ho tersentak." apa yang doktor cuba cakap" soal min ho.
"perkataan yang berbeza tapi bawak makna yang sama buat kita, tapi kisah kau berbeza Dan jauh lebih sadis Dari aq"
" aku boleh nampak semua tu pada mata kau. kedinginan, kebencian dan kekosongan tapi satu perkataan yang aku boleh lihat jelas pada kau, ketakutan" jawab lay tanpa perasaan.
"apa maskud kau hah? " soal min ho wajahnya kini bertukar kemerahan dengan menggenggam penumbuknya.
"jangan biar luka kau jadi nanah, dari sikap kau aku tahu kau sakit" jawab lay.
"kalau aku sakit, aku takkan ada depan kau, bagitahu omma kau aku akan cari doktor lain untuk handle kes ni" degus min ho dan mula mengatur langkah.
"bagi kau sakit hanya nampak dengan mata kasar semua orang, mungkin kau sihat dari luaran tapi dalaman kau, huh! dalam kes KAU, hanya aku yang nampak, satu perkataan yang kau jadikan dendam dalam diri kau, dan sekarang kau cuba jadikan kau pelindung buat perkataan tu. Kau kena ingat, dendam sama dengan barah, sampai satu tahap kau akan menyesal sebab tak rawat dari awal. "sambungan ayat lay membuatkan langkah min ho terhenti.
" don't worry i will make sure i don't take this case, bawak fail ni dengan doktor tadi, dia akan faham, aku tolak kes ni" ujur lay wajahnya lansung tidak berubah riak hanya tenang bila bicara.
"bagi kau sakit hanya nampak dengan mata kasar semua orang, mungkin kau sihat dari luaran tapi dalaman kau, huh! dalam kes KAU, hanya aku yang nampak, satu perkataan yang kau jadikan dendam dalam diri kau, dan sekarang kau cuba jadikan kau pelindung buat perkataan tu. Kau kena ingat, dendam sama dengan barah, sampai satu tahap kau akan menyesal sebab tak rawat dari awal. "ayat seorsng doktor yang masih tergiang di gegendang telingannya.
Ruang kosong di taman hospital ditenung, pelbagai soalan bermain di benaknya mengenai doktor yang bernama lay, bagaimana seorang doktor mampu mengetahui kisah seseorang dengan hanya membaca dari mata.
Langkah diatur ke ruang bilik jihyo.
"sedangkan masalah aq dia boleh tahu, inikan pula kau," tutur min ho dia hatinya melihat gadis yang terbaring tidak sedarkan diri dari semalam, mungkin disebabkan bius yang kuat membuatkan tidur nya berpanjangan.
Fail rekod kesihatan jihyo di hempaskan di meja kecil sebelah katil jihyo.
Wajah jihyo ditatap "kenapa aq beriya jaga kau, sedangkan kau adalah golongan yang paling aq benci, mungkin nasib kau yang membuatkan hati aq simpati pada kau," degus hati min ho.
Matanya tertangkap pada rantai di leher jihyo. Seutas rantai leontin bewarna perak dicapai min ho di leher jihyo.
Belum sempat min ho membuka rantai tersebut, jihyo terjaga membuatkan pantas kepalanya mengetuk dahi min ho yang hanya seinci dengan dahinya.
Min ho mengetap giginya menahan sakit sambil tangannya memegang dahinya.
"apa kau nak hah? " soal jihyo dan cuba menyentak pergelangan tangannya untuk melepaskan ikatan di tangannya yang terikat di sisi katil.
Min ho mula mendekatkan dirinya pada jihyo.
Matanya menatap mata ji hyo yang tajam merenung anak matanya.
" aku tak kenal kau, so kau tak dak hak nak ambil tahu urusan aku, lepaskan aku, sekarang! "
" aku tak akan lepaskan kau" ujur min ho.
"asal desperate sangat ke kau ni hah, kau buka sekarang atau kau akan menyesal sebab kenal aku" degus jihyo.
"apa kau nak buat? " soal min ho kini mendekatkan wajahnya pada wajah jihyo.
Kini matanya yang tenang pula menatap ke anak mata jihyo membuatkan jihyo tersentak.
Pantas ji hyo mengalihkan mukanya dari bertentangan dengan min ho.
YOU ARE READING
gadis (Jihyo)
General Fictiongadis misteri yang penuh dengan persoalan, Dari mana asalnya,siapa keluarganya,semuanya menjadi tanda soal bagi seorang jejaka yang kini menjadi pelindung buat si gadis.