Jam menunjukkan tepat jam 8 malam, disebabkan kawasan villa yang jauh dari bandar, membuatkan ruang villa tersebut bertambah sunyi tatkala siang berganti malam.
Telefon miliknya bergetar menandakan ada mesej yang ingin minta dibaca.
Suga
Beb, kitaorang ada kat tempat
biasa, kau nak join arkAku join.
Balas min ho ringkas pantas mencapai kunci keretanya dan menyarungkan hoddienya untuk keluar.
Hujan renyai renyai mulai menguatkan rentakkannya membuatkannya kelajuan keretanya dikurangkan.
Persimpangan untuk ke bandar diambil min ho untuk meneruskan perjalanannya. Sedang matanya fokus pada jalan yang dilalui matanya tertangkap pada sesusuk tubuh yang terbaring di bahu jalan dengan tubuhnya kuyup dibasahi hujan.
Keretanya diberhentikan dibahu jalan untuk melihat keadaan orang tersebut.
Dipakaikan hoddienya dan bergegas keluar dari kereta mendapatkan orang tersebut.Tubuh kecil seorang gadis yang terbaring mengiring membelakangi nya ditarik min ho untuk melihat wajahnya.
Sebaik sahaja wajahnya kelihatan riak wajah min ho bertukar menjadi serius dan terus mencempung tubuh gadis itu untuk digendong ke keretanya untuk dibawa ke hospital.
Setibanya dihospital kereta min ho terus di diberhentikan di hadapan ruang kecemasan dan segera keluar mendapatkan gadis yang dibawanya tadi, digendong kedalam ruang kecemasan tanpa menunggu pihak hospital datang untuk membantu.
Sedang gadis itu dirawat, min ho masih setia di ruang menunggu, entah mengapa hatinya berat untuk meninggalkan gadis tersebut sedangkan itu bukan tanggungjawabnya ditambah pula seorang gadis.
Beberapa minit berlalu menunggu keputusan dari doktor tentang keadaan gadis tersebut.
Akhirnya seorang nurse memanggilnya untuk berbincang dengan doktor yang merawat gadis tersebut.
YOU ARE READING
gadis (Jihyo)
Ficción Generalgadis misteri yang penuh dengan persoalan, Dari mana asalnya,siapa keluarganya,semuanya menjadi tanda soal bagi seorang jejaka yang kini menjadi pelindung buat si gadis.