Bab 6

1.5K 46 2
                                    

"YA?" Ajda bersuara saat dia melihat seorang lelaki yang berumur lingkungan lewat lima puluhan sedang berdiri tegak di hadapannya. Lelaki itu berpakaian kemas dan nampak macam orang baik-baik.

"Bos saya suruh tengokkan kereta cik." Lelaki itu bersuara sambil menunjuk ke arah kereta Ajda.

"Bos?" kening Ajda bertaut. Bos mana pulak ni?

"Megat Talhah."

"Hah?" Ajda tergamam, sukar hendak percaya. Pak cik kerek tu suruh pekerja dia tengokkan kereta aku? Biar betul?

"Apa masalahnya, cik?"

"Eh pak cik tak payahlah panggil saya cik. Panggil saya Ajda je."

"Baik Ajda. Nama pak cik Pak Kahar, driver Encik Megat." Lelaki itu tersenyum memperkenalkan diri.

"Oh okay, Pak Kahar. Ni sebenarnya, kereta saya tak boleh start langsung. Abang saya cakap mungkin bateri kereta habis."

"Oh." Lelaki tua itu menganggukkan kepalanya.

"Pak Kahar tengok kejap ye." Lelaki itu meminta.

Ajda pantas menganggukkan kepalanya. Pak Kahar membuka pintu kereta dan cuba menghidupkan enjin namun seperti tadi, enjin langsung tak boleh dihidupkan.

"Ajda ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? Kalau ada urusan dekat tempat lain, biar Pak Kahar hantar dulu. Kereta ni nanti Pak Kahar tukarkan baterinya." Pak Kahar bersuara saat dia berpaling memandang ke arah Ajda semula.

Ajda terkedu.

"Hesy tak payahlah Pak Kahar, susahkan Pak Kahar je. Saya boleh naik teksi."

"Tak apa, memang Encik Megat suruh Pak Kahar tengokkan kereta ni dan hantar Ajda ke mana yang Ajda nak pergi sementara kereta ni siap. Dah jadi tugas Pak Kahar dah ni."

Kening Ajda terangkat. Pak cik kerek tu suruh? Hmmm boleh percaya ke?

"Bos Pak Kahar tu macam mana? Tak apa ke Pak Kahar tinggalkan dia?"

"Tak apa, tadi Pak Kahar dah hantar Encik Megat pergi mesyuarat dah. Lepas hantar Ajda nanti Pak Kahar pergilah ambil dia."

"Terima kasih, Pak Kahar." Ajda tersengih. Lega ada yang sudi membantu, tapi tak sangka pulak bantuannya itu datang dari arahan pak cik kerek tu. Ada hati dan perasaan jugak Encik Megat Talhah yang sedingin ais tu. Heh!

"LAMBAT kamu datang hari ni, Ajda." Kak Kathy menyoal saat Ajda muncul di dalam kedai serbaneka Kak Kathy yang terletak di dalam Hospital Muqmeen itu.

Ajda menarik sengih, beberapa kotak pavlova dia keluarkan dari bekas simpanan dan disusun ke dalam peti makanan di kedai itu.

"Ada problem sikit tadi, kak."

"Problem? Problem apa?" Kak Khaty mengangkat kening.

"Kereta tak boleh start tadi kak. Bateri habis."

"Lah, ye ke? Habis tu tadi kamu datang naik apa? Teksi ke?"

"Taklah. Ada orang hantarkan." Ajda menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Amboi sesuatu sangat statement tu. Sejak bila kamu ada kekasih hati ni, Ajda? Tak bagitahu akak pun."

"Hesy akak ni, bila masa pulak saya ada kekasih hati. Ada pak cik seorang nilah, dari butik Talqisya tu, tolong hantarkan saya. Bos Talqisya suruh dia tengokkan kereta saya dan hantar saya. Pak cik tu driver bos Talqisya tu."

"Amboi, bukan calang-calang orang yang kamu dapat ya, Ajda. Pemilik butik Talqisya tu, bertuah badan!"

Dahi Ajda berkerut. Dah kenapa Kak Kathy ni merepek tak habis-habis. Tadi kata Pak Kahar kekasih hati aku, sekarang ni dia kaitkan aku dengan pak cik kerek, Megat Talhah tu pulak. Hesy mintak simpanglah!

Pak Cik Kerek Semanis PavlovaWhere stories live. Discover now