Bab 1

186 5 0
                                    


2010.

Sunyi dan kosong. Itulah kata yang tepat untuk mengambarkan situasi yang Taeyong alami sekarang.

Dia bangun dari posisi baring setelah terlelap beralaskan kusyen kereta seketika semasa dalam perjalanan menuju ke satu tempat, sesekali memperbetulkan snapback cap Obey hitam yang hampir tercabut dari kepalanya. Remaja perempuan disebelahnya masih lagi lena diulik mimpi, dengan selimut biru bercorak arnab putih dipeluk erat untuk mendapatkan kehangatan. Suasana di luar tingkap kaca kereta keluarga Kia Sportage SUV milik appanya, hanyalah pokok-pokok dan hutan tebal.


"Eomma pun tidur jugak, appa?" Tanya remaja lelaki itu memecahkan suasana lalu mengerakkan badan sedikit mendekati kerusi pemandu dari arah belakang. Pada mulanya Encik Lee, Bapa kepada remaja itu sedikit terkejut namun dia perlahan-lahan tersenyum dan melirik kearah Taeyong dari cermin hadapan dibahagian tengah kereta.

"Eh, dah bangun pun Taeyong anak appa ni. Ya sayang, eomma tidur sekejap katanya, Tae pun kalau mengantuk tidur je dulu. Dalam setengah jam lagi kita sampai la, Jaehyun sekeluarga pun ada dekat belakang tu," Kata appa lalu sekali lagi menghadiahkan senyuman kepadanya. Mata Taeyong ditenyeh lembut sambil menggangguk dengan kata-kata appa, lalu dia segera berpaling ke arah belakang untuk melihat satu kereta di balik cermin yang tidak asing lagi baginya. 39 4618.. Betul la, Kereta keluarga Jaehyun!


Jaehyun? Uhm, dalam keadaan separuh sedar baru dia teringat tentang tujuan sebenar mereka semua ke sini. Bangtaesan Forest Park di Gangwon-do kawasan Jokgari-gol di Bangtaesan atau lebih dikenali sebagai Gunung Bangtae, salah satu lembah terdalam dan paling cantik di Korea Selatan. Mereka dua keluarga berancang mengadakan percutian hari keluarga disini!

"Yeay cuti sekolah! Boleh main dengan Jaehyun!!" Ingatan itu membuatkan sengihan teruja tersungging dibibirnya.


-*-*-*-


Kini jarum jam sudahpun menunjukan tepat pukul 10:45 malam. Setelah sampai sejak matahari terbenam tadi, sehinggalah sekarang aktiviti keluarga mereka memang sangat menyeronokkan. Mula dari memasang khemah, mencari kayu api berupa ranting dan dedaun kering, menghidupkan api, makan malam barbeque, ditambah pula dengan nyanyian yang tak kalah sedapnya juga dari appa Taeyong dan appa Jaehyun didepan unggun api, cukup membuatkan mereka amat menikmati hari itu. Taeyong, Jaehyun dan Taerin, yang merupakan kakak kepada Taeyong bermain bagaikan tiada hari esok! Oh come on, cuti sekolah kot? Bila lagi nak dapat main macam ni kalau bukan sekarang kan?

"Noona (Kakak, panggilan lelaki kepada perempuan), Tengok batu ni cantik kan? Tadi sebelum sampai tapak ni, Jae ada nampak banyak batu cantik ni tepi sungai sana.. Baaanyak oo noona! So, Jae ambik satu. Ehee." Sengih Jaehyun selepas menunjukkan satu batu berwarna hijau kebiruan kepada Taerin noona. Cantik betul batu yang ditemui Jaehyun itu, seakan-akan crystal.

"Wahh! Betul la Jae, cantik sangat.. Ada banyak ke ni? Noona nak kutip lah!" balas Taerin dalam keadaan teruja.


"Noona biar betul.. Sekarang dah pukul berapa ni, nanti eomma appa marah," Perlahan sahaja suara Taeyong melarang, tetapi cepat juga noonanya memintas.

"Shh. Tae jangan la bagitahu diaorang eh? Kita pergi senyap-senyap je, lepas kutip batu ni kita balik lah.."

"Eum, betul tu hyung (Abang, panggilan lelaki kepada lelaki), sebelum tengah malam kita balik la sini balik. Hyung nak ikut tak?" Jaehyun pula menambah.

La Bella And The BeastWhere stories live. Discover now