"Yah, Jung Yun Oh!" Taeyong yang tak semena-mena datang sambil memanggil nama sebenar Jaehyun dengan nada yang sangat dingin memeluk tubuhnya sendiri dan melontarkan pandangan tajam kearah mereka secepat mungkin menghentikan gelak tawa kedua manusia di hadapannya itu, siapa lagi tak lain tak bukan, Jaehyun dan Yeonhwa. Yeonhwa yang sedikit terkejut segera menunduk sebelum dia memberanikan diri untuk melihat akan gerangan siapa kah si pemilik suara tadi. Ah dia ni...
Yeonhwa mencebik lalu sesekali pandangan matanya dikecilkan. Dia kembali fokus merenung Taeyong. Kenapalah aku macam pernah tengok muka dia ni.. Batin Yeonhwa berbicara.
"Aey, Hyung..buat terkejut je," Jaehyun menepuk sedikit lengan Taeyong lalu tersengih. Padahal Taeyong sedikit pun tak nampak nak senyum.
"Siapa ni?" Taeyong memuncungkan bibirnya sedikit kearah Yeonhwa, dah macam tak ada tangan saja nak tunjuk.
"Ah lupa! Hahaha, Hyung ni Yeonhwa noona, Noona, ni Taeyong hyung"
What?! Taeyong..? Ahh baru aku teringat.. Lee Taeyong, leader NCT..Aish, kenapa otak kau lembab sangat tadi Im Yeonhwa... Gadis itu melihat ke arah lain lalu mencebik. 1001 sumpah seranah ada didalam kepalanya.
"Hi" Taeyong sekali lagi dengan dinginnya mengangkat tangannya sekilas seolah-olah melambai, tapi sumpah tak ikhlas! Yeonhwa yang melihat hal itu perlahan-lahan mendengus lalu menjulingkan matanya keatas. Ni kes sama-sama menyampah ke macam mana?
"Hi annyeong" Balas Yeonhwa pendek.
"Aik? Macam tu je?" Jaehyun dah buat muka terkejut. Pelik benar dua manusia dihadapannya itu, macam kedua-duanya sedang ada konflik dalaman.
"Kami jumpa dah tadi.. Dia cakap tak kenal Sera, bukan nak tolong pun" Adu Yeonhwa sesekali mencebik lagi lalu memperlahankan suaranya sebelum berdiri mendekati Jaehyun. Entah kenapa Taeyong ada aura macam nak makan orang membuatkan Yeonhwa jadi takut nak cakap celupar. Tapi macam mana pun, dia celupar jugak orang..
"Hahah.. Hyung gurau je la tu, noona.."
Jaehyun tergelak kecil melihat telatah Yeonhwa yang tiba-tiba berlindung dibelakangnya sebelum lengannya disiku sedikit oleh Taeyong, memberikan tanda yang dia mahu berkatakan sesuatu membuatkan Jaehyun sedikit menunduk ke arahnya.
"Jae, Dah nak perform ni"
"Alright hyung" Dia mengangguk sebelum berpaling kearah Yeonhwa pula.
"Noona tunggu sekejap eh, nanti habis perform Jae datang balik jumpa noona," Jaehyun menggangguk kecil sebelum tersenyum lalu bergerak pergi bersama Taeyong, dilambai Yeonhwa dari jauh dan gadis itu pun melambainya kembali lalu mengepal pergelangan tangannya sekilas tanda memberikan semangat kepada lelaki itu.
"Arrasu.. Fighting Jae! Ehee"
-*-*-*-
Setelah selesai persembahan dari NCT 127 dengan lagu 'Fire Truck' dan diakhiri dengan kemenangan dari AOA - Good Luck, jam menunjukkan tepat pukul 5:30 petang dan akhirnya SBS Ingkigayo pada hari itu sudah pun berakhir, kesemua ahli kumpulan NCT bergerak ke bilik persalinan untuk menukar semula baju mereka masing-masing sebelum mereka bebas dari kerja sehinggalah malam. Hal ini memang wajib bagi idol dibawah naugan SM Entertainment, mereka cuma akan mempunyai waktu bebas dari kerja hanyalah pada setiap hari Ahad selepas jam 5 petang. Pada waktu ini mereka bebas untuk berjumpa dengan keluarga ataupun kawan-kawan, dan seperti yang telah dijanjikan, Jaehyun sudahpun bersiap sedia untuk pergi menemui Yeonhwa.
YOU ARE READING
La Bella And The Beast
FanfictionBetulkah cinta tu tak mengenal rupa? Kalau betul, ada bukti? Sejujurnya, rupa paras dan fizikal seseorang itu juga memainkan peranan penting selain dari sikapnya. Kau pernah nampak orang bersaiz XXXL kahwin dengan pasangan yang cantik atau tampan o...