Malam itu, selepas tamatnya persembahan pentas Limitless dari NCT 127, Taeyong curi-curi keluar untuk bertemu dengan Yeonhwa. Pintu belakang bangunan KBS itu menjadi laluan utama baginya apabila lelaki tersebut sudahpun lengkap memakai snapback cap dan juga mask sebagai aksesori supaya tidak mudah dikesan oleh peminat. Yeonhwa yang sejak tadi berdiri berdekatan dengan tempat letak kenderaan segera melambaikan tangannya lalu tersenyum kearah Taeyong.
"Encik boyfriend!~ Awak lambat.." Yeonhwa memukul lengan lelaki itu perlahan sebelum memuncungkan mulutnya. Merajuk.
"Eh, lambat ke?" Taeyong membulatkan matanya lalu tersenyum sedikit lagaknya tidak bersalah untuk mengusik.
"Esh, awak sepatutnya mintak maaf.." Dihentaknya kaki sedikit lalu Yeonhwa memeluk tubuh, pandangannya terus dibuang kearah lain sebelum kakinya melangkah pergi.
"Awak nak pergi mana tu?"
"Merajuk dah! Hm, nak balik la kalau macam ni.."
"Awak nak balik rumah?"
"Molla! (Tak tahu!)" Balas gadis itu pendek dan laju.
"Mhm." Taeyong terdiam kaku. Sesekali dia menggaru belakang tekuknya yang tidak gatal lalu mengetap bibir. Mati kutu hendak berbuat apa lagi sebelum gadis itu kembali padanya dengan menghentakkan kaki dengan gaya yang sangat comel lalu sekali lagi bibirnya sudah pun muncung sedepa.
"Peluk.."
"Peluk? Alala, meh sini," Taeyong tersenyum sedikit lalu segera mencapai pergelangan tangan Yeonhwa sebelum secepat mungkin menarik gadis itu jatuh kedalam pelukan hangatnya. "Mianhae.. (Maaflah..)" Diusapnya lembut bahu dan ditepuk lembut belakang Yeonhwa sambil tersenyum membuatkan gadis itu segera tergelak kecil lalu mengemaskan pelukannya.
"Awak ni macam Haechan je, bila dia jadi Dongsook," Taeyong kini tergelak kecil sambil teringat semula wajah Haechan yang berlakon menjadi seorang gadis pada SM Rookies Show yang lalu, dengan namanya ditukar dari Donghyuck menjadi Dongsook.
"Memang pun nak ulang tayang scene tu, sebab awak tu sikit pun tak peduli,"
"Yelah, maaf.. Saya hantar awak balik eh? Tunggu sini kejap saya nak pergi ambil kunci kereta dekat manager hyung"
"Takpe la.. Awak belum rehat lagi ni, pagi tadi balik dari Jepun, tengahari terus bergegas untuk KBS Music bank ni, mesti letih," Yeonhwa meleraikan pelukan itu lalu sesekali mengeleng perlahan. Mengingatkan Taeyong yang memiliki jadual yang sangat padat, Yeonhwa tak ingin langsung menyusahkannya.
"Ahh takde, takkan saya nak biar awak balik sorang je. Tunggu kejap eh"
"Eung ~ Arrasuu!" Yeonhwa menggangguk sebelum melambai-lambai kearah Taeyong yang berlari semula masuk kedalam bangunan sedangkan dia hanya keseorangan berdiri disamping kereta pada ketika itu. Dah malam, memang tak elok untuk biarkan seorang perempuan balik seorang diri, jadi Taeyong walau macam mana sekalipun bertegas juga hendak menghantar Yeonhwa pulang. Namun, tanpa dia tahu, tindakannya yang meninggalkan gadis itu sebentar untuk mengambil kunci kereta dari pengurus mereka telah menyebabkan satu kejadian berlaku. Benar kata pepatah. Malang itu tidak berbau.
YOU ARE READING
La Bella And The Beast
FanfictionBetulkah cinta tu tak mengenal rupa? Kalau betul, ada bukti? Sejujurnya, rupa paras dan fizikal seseorang itu juga memainkan peranan penting selain dari sikapnya. Kau pernah nampak orang bersaiz XXXL kahwin dengan pasangan yang cantik atau tampan o...