فتحت القلب

70 4 8
                                    

"Allahuakbar,Allahuakbar"

Suara azan yang merdu telah berkumandang di pagi Yang indah ini.Semua umat Islam bangun dan bersama-sama ke masjid untuk menunaikan perintah Allah yang wajib ini,solat.

Namun,masih ada yang sedang nyenyak tidur bertemankan bisikan syaitan supaya melakukan dosa.Seorang lelaki sedang berselumbung di dalam selimut sambil menutup telinganya apabila mendengar laungan azan.

"Emir,Emir, bangunlah nak, dah subuh.Jom kita jemaah kat masjid sekali.Mama dengan papa dah siap ni. Adik pun dah tunggu Ni.Cepat Emir. "Kata puan Mira mengejutkan anaknya bangun.

Emir masih nyenyak tidur.Segala kata-kata pujukan ibunya diendahkan.Dia menyumbatkan earphone kedalam telinganya Dan memasang lagu-lagu cintan-cintun dan kembali menutup matanya supaya tidur semula.

****************************

"Aish!Apa korang buat ni?Kerja ke sampah?Korang tahu tak syarikat kita boleh bankrup semata-mata projek yang macam sampah ni? Ouh lupa memang korang hidup dalam sampah kan?Aku sepatutnya tak patut beri korang peluang untuk bekerja kat sini?Sepatutnya korang pun hidup miskin merempat dekat jalan-jalan Bangsar tu la!"Kata-kata yang agak kasar itu dikeluarkan oleh mulut Emir yang tidak dapat mengawal amarahnya itu.

Tertunduk dua orang pekerja itu selepas dimarahi Emir.Mereka juga kecil hati dengan apa yang telah diperkatakan Emir itu.Walaupun Emir adalah boss besar mereka,Emir tidak boleh menentu bagaimana cara mereka hidup atau mereka seorang yang berjaya atau gagal.

Emir meraup mukanya dan duduk bagi menenangkan amarahnya itu.Dia menggoyang-goyangkan tangganya sebagai isyarat menyuruh mereka keluar dari bilik pejabatnya.Tie yang berwarna biru bercorak garis putih dilonggarkan.mengeluh Emir berkali-kali.

"Encik Emir? "Tegur seorang wanita berbadan kecil yang mengenakan baju kemeja berwarna biru bersama skirt labuh Dan dipadangkan dengan selendang misslofa.

"Aish bala la harini!Kau nak apa?!Aku dah cakap meeting harini postponed!kau tak faham bahasa ka apa?Nak aku cakap bahasa Itali dengan kau?"Emir menghentak mejanya.

"Ini,client dari syarikat W Nak berjumpa dengan encik,Dia dah lama tunggu encik dari tadi lagi.Dia dengar kecoh-kecoh tadi.Dia hampir nak batalkan projek untuk berhubung dengan kita."Jawab wanita tersebut dengan kaku.

Emir mengangguk-angguk kepalanya dan berlalu pergi ke bilik mesyuarat.Emir mengemas pakaiannya lalu masuk berjumpa dengan klien tersebut.

"Hi? Sorry to keep you waiting for me in a long time miss?"Katanya

Terlihat gadis itu sedang melihat Emir yang sedang mengambil tempat untuk duduk.Gadis ini berbadan kecil,berniqab dan mempunyai mata yang sangat jelita.

Hal ini telah membuat hati Emir menjadi berdebar-debar.

"Waalaikumussalam Encik Emir?"kelihatan seperti dia sedang tersenyum sinis yang dapat diukir oleh matanya itu.

"Ouh sorry.Assalamualaikum cik?"Emir tertunggu-tunggu untuk mendengar nama gadis tersebut sambil merenung ke dalam mata gadis itu.

"Waalaikumussalam.Ermm,maaflah sebab menganggu awak tadi sedang berbincang dengan staff awak?"Gadis itu duduk.

"Apa nama cik?Dari tadi saya tanya masih belum terjawab hehe"senyum Emir .

فتحت القلب Where stories live. Discover now