Kau Yang Sangat Ku Rindu (cerpen non-fiction)

12 0 0
                                    

Mungkin ini pelik atau nampak seperti rekaan semata-mata. Tetapi ini memang fakta dan cerita yang sebenar. Sekali lagi aku katakan, mungkin cerita ini pelik kerana aku ingin menceritakan kehilangan yang aku lihat sehingga nafas-nafas terakhirnya, tangannya masih digari dengan gari besi yang terkunci. Aku, sudah lama menyimpan rasa ini tanpa memberitahu semua orang yang aku kenal. Oleh itu, mungkin ini masa yang sesuai untuk aku luahkan namun didalam gaya penulisan begini.

Ceritanya bermula bila aku sudah meningkat ke arah fasa kanak-kanak. Umur ku sudah berganjak sekarang sebagai kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Aku sudah mula bersekolah rendah pada ketika ini. Oh, sebelum aku terlupa, mari aku memperkenalkan nama aku dahulu. Nama aku Aina Farhana Balqis dan kau orang semua boleh panggil aku Aina atau Balqis.

Ketika itu, aku sudah mulai rapat dengan seseorang jejaka yang aku anggap sebagai idola dan bidadara yang dihantar untuk aku. Dialah sebaik-baiknya yang memahami aku, menjaga dan melindungi aku ketika ketiadaan keluarga aku yang agak sibuk dengan kekangan kerja. Dia jugalah yang sering mendengar kata-kataku.

Setiap kali aku sedih dialah lelaki yang memegang sebatang aiskrim untuk menenangkan aku. Setiap kali aku berada dalam keadaan buntu, dialah lelaki yang datang kepada aku dan berkata, "Uncle kan ada. Allah pun ada. Allah suka dengar doa dari hamba-hambaNya tau." Kata-katanya inilah yang masih menjadi memori yang terkesumat didalam hatiku ini.

Ya, tidak dilupakan juga, ketika aku berada dalam kesusahan, dialah yang membantu aku. Aku masih ingat ketika aku sering dibuli ketika aku berusia 12 tahun, dialah mengajar aku untuk bertindak dan tidak berdiam diri sahaja. Dialah juga mengajar aku untuk memberitahu guru tentang apa yang telah terjadi walaupun dia tahu, kadang-kadang guru disekolah itu langsung tidak mengambil tindakan, bahkan mereka menjadikan aku sebagai penjahat terbesar di dalam sekolah itu.

Namun walau apa jua yang terjadi, dialah yang sering menjadi seseorang yang mempercayai aku. Walaupun cerita aku tidak mempunyai bukti yang kukuh, perkataan yang keluar dari mulutnya selalu membuatkan aku rasa dipercayai, dilindungi dan dihargai, "Uncle sentiasa percaya dengan Aina. Uncle akan selalu ada dengan Aina sampai bila-bila."

Hah, kadangkala aku menganggap dia sebagai seorang super hero sehinggakan aku selalu berkatakan sebegini bila aku bertemh dengannya, "Nanti Aina besar, kita kahwin tau. Sayang Uncle." Hahaha... disini boleh nampak kebodohan aku ketika dari kecil. Aku selalu mengatakan sesuatu tanpa berfikirkan kebenarannya.

Namun, semuanya berubah. Semuanya berubah ketika aku menjadi seorang remaja. Aku sudah boleh berfikir dan aku juga boleh mengetahui semua kebenarannya. Kini persepsi(?) aku dengannya sudah bergolak dan berubah. Aku sudah tidak nampak lagi sisi baik dalam dirinya. Aku sudah tidak nampak lagi gelak tawa yang aku sering dengari. Aku sudah tidak lagi dapat bercakap dengannya selalu. Yang aku nampak sekarang, semuanya hanya kepalsuan dalam dirinya. Dia sering marah-marah bila aku tiba di kampung. Aku tidak tahu apa yang membuatkannya marah namun aku tahu pasti ada sesuatu yang baru.

Aku juga takut melihat sifat bengisnya seperti mana aku lihat ketika aku menyambut hari raya aidiladha bersamanya. Dia begitu marah sehingga aku boleh mengatakan ianya merupakan kejadian yang sangat kejam. Aku masih ingat diamana senjata tajam yang cuba dihunuskan namun gagal. Aku juga masih ingat kata-kata kesat yang keluar daripada mulutnya itu. Aku seakan-akan tidak percaya itu semua datang daripada dia.

Adakala, aku minta penjelasan daripada ibu dan ayah aku. Ayah aku cakap, itu kerana dia terlalu tertekan dengan kerja. Dia seorang yang baik dan tidak akan melakukan kerja-kerja yang sebegitu. Ibu aku juga cakap, dia seorang yang periang jadi kejadian tersebut berlaku hanya disebabkan dia berada di dalam tekanan masalah yang besar. Oh leganya bila aku mendengar kata-kata mereka itu. Aku dah agak, dia sangat baik dan pasti ada sesuatu yang menganggu fikirannya sewaktu itu. Baguslah begitu, Alhamdulillah... Allah masih melindungi dia.

فتحت القلب Where stories live. Discover now