Twenty-eight

286 38 4
                                    

"Jungkook, Taehyung taknak anak ni... Dia marahkan saya, malah tuduh ini anak saya dengan awak." aku mengelap air mata yang berbaki.

Taehyung, si lelaki sial dan tak guna. Hancurkan masa depan aku dan kemudian tak mahu bertanggungjawab.

"Jaehee-ah."

Jungkook memeluk aku dan mengusap kepalaku lembut.

"Kalau saya kahwin dengan awak?"

Jungkook pusingkan badanku menghadapnya. Senyuman manisnya ditayangkan untuk menenangkan aku.

"Jangan risikokan masa depan awak, Jungkook. Saya bukan perempuan baik. Perempuan yang dah rosak macam ni tak layak berdampingan dengan awak dan paling penting kita tak saling mencin—"

"—saranghae. Cup!"

Aku tergamam setelah Jungkook mengucup bibirku dan tersenyum. Apa ni?

"A..awak apa?"

"Saya cintakan awak lah Jaehee. Terima lamaran saya, kita akan mulakan kehidupan baru. Saya akan buat awak jatuh cinta dan jaga awak dan bayi ni."

Sejak dari itu, Jungkook bawa aku bersekolah di sekolah swasta dan jauh dari semua orang.

『C』Remember-kth❀Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang