Bab 27

3.8K 271 3
                                    

2 minggu berlalu,seperti yang Zagros cakapkan. Dia menghantar berberapa ancaman melalui pengikutnya. Tetapi semua ancaman itu dapat diatasi oleh pahlawan elit.

"Huahh...Mengantuknya..." Zack berjalan longlai.

"Asal mengantuk?? Kau tak tidur ke semalam??" Soal Rex.

Mereka berdua kini berada di Frontline City untuk tujuan meronda.

"Aku tidur juga..Tapi lewat.." Kata Zack sambil mengusap belakang kepalanya.

"Adeh..." Rex membuat muka bosan.

"Heheh..." Zack tersengih sahaja.

"Weii...Cuba kau lihat di sana..Kecoh semacam je.." Rex menunjuk ke hadapan.

"Eh?? Kenapa tu??" Soal Zack.

"Jom...Kita check." Ajak Rex lalu mereka berdua menuju ke arah tempat yang kecoh tadi.

"Siapa sini bernama Ace!!? Jawab!!" Tengking seekor orge.

Semua penduduk di situ hanya diam ketakutan.

"Ohh...Tak nak jawab ye?? Geng!! Ranapkan kedai-kedai mereka!!" Arah orge tadi kepada 2 ekor lagi orge.

Boomm!!

Bramm!!

Berberapa buah kedai hancur akibat libasan senjata 2 ekor orge.

"Apa yang jadi kat sini??" Soal seseorang.

"Siapa tu??" Orge melihat sekeliling lalu pandangan terhenti apabila melihat 2 orang pemuda berada di atas sebuah kedai sambil duduk mencangkung.

"Siapa kau!!?" Soal orge tu.

"Salah tu..Sepatutnya kami yang soal korang bertiga. Apa salah penduduk sampaikan korang hancurkan kedai penduduk??" Soal Rex.

"Kami diarahkan untuk menghapuskan orang yang bernama Ace."

"Ouh..Zagros yang arahkan??" Soal Zack.

"Ya!" Jawab orge itu.

"Adeh...3 ekor lagi badut terlepas,Rex." Kata Zack menekup mukanya.

"Aduh..Jadi hantar kat sarkas mana??" Soal Rex seraya berdiri. Kapaknya diambil dari belakang.

"Mana-mana pun boleh bro..." Zack juga berdiri sambil menarik pedangnya.

"Tak guna!!! Geng! Serang mereka!!"

Prakk!!!

Shrakk!!!

"Serang kami??" Soal Rex. 2 ekor orge tadi sudah terbelah dua akibat libasan pedang dan kapak mereka.

"Err.." Orge itu berundur. Rex tersenyum sinis lalu dia meluru dengan laju ke arah orge itu.

Prak!!

Tangan orge itu terputus akibat libasan kapak.

"Apa lagi...Penduduk sekalian...Kami berdua memberi penghormatan untuk kamu kerjakan cukup-cukup badut ni." Kata Zack. Para penduduk mengambil senjata masing-masing. Cangkul,parang, kuali pun mereka ambil. Asalkan mereka dapat pukul. Mereka menuju ke arah orge itu dengan muka mengerikan.

"TIDAKK!!!" Jerit orge itu apabila mereka mula menuju ke arahnya.

"Selesai pun..Jom lah balik..Biarkan mereka yang uruskan." Kata Rex. Lalu mereka berdua beredar.

--------------------------------------------

"Alahai bosannya!"

Fiona mengeliat. Luna memandang rakan baiknya iti dengan pandangan pelik.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now