Pranggg ! Kedengaran pinggan kaca jatuh berderai di atas lantai . Disusuli dengan bunyi bising pertengkaran suami isteri memecah suasana bening di tempat tersebut . Di kamar , kelihatan seorang gadis berusia belasan tahun sedang duduk melutut di tepi dinding sambil memeluk anak patung kesayangannya .
" Masih bergaduh lagi ke ? Dah tua-tua pun nak bergaduh lagi . Tak sedar ke waktu berapa sekarang ni ? Orang sepatutnya tidur , tapi diorang duk bergaduh lagi " keluh gadis tersebut sambil menangis tersedu-sedan .
Perlu ke dia diuji sebegitu rupa . Dia juga seperti gadis lain . Ingin disayangi dan menyayangi . Ingin punya keluarga yang bahagia . Ingin merasai nikmat dikurniakan seorang ibu yang penyayang , ayah yang pengasih .
Dia merupakan anak tunggal kepada Puan Haslinda dan Encik Hasyim . Ibunya merupakan seorang guru di sekolah manakala ayahnya seorang juruteknik . Keluarganya walaupun tak kaya tapi masih boleh dikategorikan sebagai senang . Namun begitu , mereka sering bergaduh dan masalah kewangan sering menjadi isu dalam pergaduhan mereka . Kekadang , masalah yang remeh temeh pun boleh jadi isu yang besar . Pernah suatu ketika dulu , dia yang baru pulang dari sekolah terkejut melihat ibu bapanya bertengkar kerana baju kesayangan ayahnya terendam di dalam klorok sekali gus menyebabkan warna baju tersebut pudar . Sejak daripada itu , ayahnya sering menuduh ibu sengaja kenakan dia . Kekadang ibu bapanya sering bertindak seperti keanak-anakan sehingga membuatkan dia pening kepala !
Di sekolah , dia selalu melihat ibu bapa rakannya menunggu di hadapan sekolah untuk mengambil anak mereka . Dia ingin kan ibu bapa sebegitu . Dia cemburu melihat rakannya berpeluk dengan ibu bapa masing-masing .Walaupun ibu bapanya masih mengambil berat terhadapnya tapi semua itu tiada gunanya jika mereka sering bertengkar. Sibuk dengan urusan kerja !Dia seakan-akan melihat dunia mengejeknya yang dia merupakan anak yatim piatu sebelum masanya . Dia benci !
Kedengaran gadis itu meraung sambil menutup kedua-dua belah telinganya . Rambutnya yang panjang lurus kelihatan mengerbang . Gadis itu terbaring di atas katil selepas lelah menangis meratapi nasibnya .
"Sadness is having a dysfunctional family" - anonymous
YOU ARE READING
Love Quotes
RomanceIndahnya bila mimpi jadi realiti P/s; Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sedikit tokok-tambah .Hope you'll like it!