*Kisah yang dialami sendiri oleh Syaikh Manshur*
Pernah suatu ketika, saya berada di Masjid Nabawi dan duduk disalah satu tiang masjid. Saya sedang membaca kalamullah dan menikmati bacaanku.
Sedang saya asyik duduk disitu sambil membaca alQur'an, ternyata ada seseorang (warga) Turki datang menghampiri tempat saya.
Saya merasa orang ini mesti nak dengar bacaan alQur'an. Jadi, apa yang saya lakukan? Saya pun mengalunkan bacaan alQur'an dengan lebih kuat agar dapat meresap kedalam hati orang Turki ini.
Inilah dakwah. Yang mana dakwah yang paling agung adalah dakwah dengan alQur'an.
(نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ ۖ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِجَبَّارٍ ۖ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ)
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
[Surah Qaf 45]Apabila saya telah selesai membaca satu mukasurat, saya pun menoleh kearah orang Turki tadi dan saya nampak airmatanya menitis. Dia menangis. Hatinya kelihatan tersentuh oleh alQur'an.
Tiba2 dia buat sesuatu yang pelik. Orang Turki itu mengeluarkan lidahnya dan dipukul2 lidahnya dengan tangannya.
Saya kehairanan dan cuba berbual dengannya. Sayangnya, dia tidak boleh berbahasa selain bahasa Turkinya.
Saya cuba juga berinteraksi dan berkomunikasi dengannya tapi tetap tidak dapat difahami. Saya nak tanya kenapa dia menangis? Kenapa dia pukul lidahnya? Saya tidak faham bahasa Turki dan dia juga tidak boleh berbahasa Arab.
Alhamdulillah, ada seorang lagi warga Turki dibelakang saya yang boleh berbahasa Arab. Melaluinya saya bertanya kenapa orang ini menangis?
Dia jawab, "Orang ini menangis sebab terharu mendengar ayat2 alQur'an."
Saya tanya," Kenapa pula dia memukul lidahnya?"
Dijawab, "Sebab dia berharap dapat belajar bahasa Arab supaya dia pun boleh membaca alQur'an seperti anda."
*Syaikh Manshur kemudian membacakan beberapa ayat alQur'an*
(وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا)
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
[Surah Thaha 113]
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ
عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ
بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍDan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.[Surah Ash-Shu'ara 192-195]
*Terdengar suara audiens melaungkan takbir*
(وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ)
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
[Surah Ash-Shura 7]
Setelah itu saya langsung memuji Allah dan bersyukur kepadaNya kerana saya boleh berbahasa Arab.
🌷🌷🌷
Al Qur'an diturunkan bukan dengan bahasa Melayu kita dan bukan dengan bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa perantaraan antarabangsa di dunia.
Untuk dapat berkomunikasi dengan bangsa asing seluruh dunia, kita bersungguh2 belajar bahasa inggeris.
Kenapa untuk memahami kalamullah kita tak nak bersungguh2 belajar bahasa al Qur'an?
Bahasa Inggeris memudahkan banyak urusan kita di dunia ni. Tapi dengan bahasa al Qur'an, akan sangat banyak membantu dan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Belajarlah bahasa al Qur'an. Belajarlah. Supaya lebih mudah untuk kita fahami kalamullah.
#teguran_untuk_Ummi
YOU ARE READING
The Sentuhan Qalbi Stories
Short StoryHidup penuh dengan cerita. Cerita penuh dengan kisah. Kisah penuh dengan hikmah. Kadangkala cerita dan pengalaman hidup orang lain menjadi pengajaran untuk kita. Dan kadangkala kisah kita menjadi pengajaran pula pada orang lain. Hatta Nabi s.a.w ju...