Kuasa Doa

38 9 11
                                    

Diceritakan oleh Mufti Ismail Menk

Seorang syeikh di Arab Saudi menceritakan kepada saya satu kisah benar yg menakjubkan. Begini ceritanya..

Ada seorang doktor dari Pakistan datang berjumpa dengan syeikh Arab Saudi sahabatku ini dan bercerita tentang peristiwa yang terjadi kepadanya.

Beliau adalah seorang doktor pakar saraf yang terkemuka. Namanya Dr. Ishan. Beliau sangat sibuk sehingga untuk bertemu dengannya perlu membuat appointment berbulan2 lebih awal. Itupun kalau bernasib baik.

Hendak dijadikan cerita, hari itu beliau ada tugas di suatu tempat. Beliau menaiki pesawat kecil yang hanya memuatkan beberapa orang didalamnya. Menunjukkan betapa pentingnya kedudukan dan tugas beliau.

Malangnya, cuaca tiba2 menjadi tidak menentu. Dengan hujan ribut petir dan sebagainya hingga pesawat yang dinaikinya mengalami kerosakan dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan.

Mereka mendarat di kawasan yang terpencil dan jauh dari bandar. Dr. Ishan khuatir dengan tugasnya jika beliau terlambat. Beliau pun bertanya kepada kapten.

"Agak2 berapa lama nak repair pesawat ni?"
"Lama juga ni saya rasa sebab perlu tunggu bantuan sampai ke tempat macam ni makan masa juga."
"Saya ada urusan kat bandar kena cepat ni."
"Oh kalau naik kereta, insyaAllah boleh sampai sana dalam 3 jam."
"Ok kalau macam tu saya cuba naik teksi je."

Dr. Ishan pun keluar dari tempat tersebut dengan teksi. Dalam perjalanan, sekali lagi beliau menghadapi masalah cuaca. Hujan turun dengan lebat hingga menyukarkan teksi bergerak kerana tanah yang berlumpur. Mereka berada di kawasan sawah padi.

Pemandu teksi berbincang dengannya.

"Saya tak rasa teksi ini boleh jalan terus dengan keadaan yang seperti ini. Apa kata kita berhenti dulu tunggu keadaan reda? Disana ada sebuah rumah kecil. Kita minta tumpang sementara disitu. Boleh kita tumpang sholat dan makan."

Dr. Ishan bersetuju lalu mereka menuju rumah tersebut. Mereka memberi salam dan seorang nenek tua membukakan pintu. Setelah menyatakan hasrat mereka, mereka dipersilakan masuk.

Rumah itu kecil sahaja dan boleh dianggap sebuah pondok di pedalaman yang terpencil. Didalamnya ada ruang sholat dengan satu sejadah disitu. Disebelahnya, ada seorang budak kecil yang terbaring lemah.

Mereka memerhatikan bagaimana nenek tua itu berulang alik memeriksa keadaan budak kecil itu kemudian sholat dan berdoa di ruang sholat penuh syahdu.

Setelah keadaan reda, mereka minta izin untuk beredar. Sebelum keluar, Dr. Ishan tergerak hati untuk bertanya.

"Kenapa dengan budak kecil ni?"
"Dia anak yatim. Dia sedang sakit teruk. Saya neneknya."
"Oh.."
"Kami dah cuba pergi jumpa doktor. Dah ramai doktor yang berdekatan kami jumpa tapi tiada seorang pun yang mampu untuk merawat cucuku ini.

Mereka beritahu cuma ada seorang je yang pakar dengan masalah penyakit dia ni. Kami dah cuba menghubunginya dan buat appointment tapi kami diminta untuk menunggu 6 bulan lagi.

Saya risau sebab budak ni makin parah. Tempat doktor itu pula sangat jauh. Jadi saya terus menerus berdoa kepada Allah.
'Ya Allah mudahkanlah urusan kami. Kasihanilah anak ini. Anak ini sakit ya Allah. Mudahkan urusan kami. Mudahkan urusan kami.' "

"Makcik, siapakah nama doktor tu?"
"Dr. Ishan."
"Subhanallah.."

Dr. Ishan menangis. Tidak sangka. Nenek tua itu kehairanan dan bertanya kenapa dia menangis.

"Makcik, doa makcik baru je dikabulkan. Kerana doa makcik lah petir sabung menyabung lalu menyambar pesawat kami. Terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Sebab doa makcik juga, hujan turun lagi dan teksi tidak boleh bergerak hingga kami tiba di rumah ini.  Makcik tahu? Hujan baru berhenti sebaik sahaja doa makcik dikabulkan. Subhanallah."

Nenek tua itu pula yang menangis. Terharu dan bersyukur.

Kata Dr. Ishan, "Syeikh, ini betul2 terjadi kepadaku.  Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini bahawa tentera Allah diluar batasan. Allah gunakan apa sahaja untuk menyelesaikan  sesuatu perkara."

Sungguh luar biasa, hampir sukar untuk dipercayai bahawa seorang doktor pakar yang sangat sulit untuk ditemui tanpa appointment, Allah mengaturkan pertemuannya dengan seseorang, membuatnya datang sendiri mengetuk pintu rumah, masuk dan sholat didalamnya hingga akhirnya merawat anak yatim tersebut. MasyaAllah, amazing. Cerita ini memang mengharukan buat kita menangis mengingat kebesaran Allah.

Kenapa saya ceritakan kisah ni pada anda? Kita semua memerlukan Allah. Tetaplah berdoa, dengan penuh yakin. Jika Allah telah menetapkan sesuatu, ia pasti akan sampai pada anda.

Saya ingin beritahu anda, bahawa dengan rahmat dan kekuatan Allah, hal itu pasti akan terjadi. Hal itu pasti akan datang. Percayalah!

Semoga Allah merahmati kita. Semoga DIA membukakan pintu kita. Semoga DIA memberikan syifa kepada kita. Dan semoga DIA membuat kita ada keimanan yang teguh bahawa bagiNYA, tidak ada yang tidak mungkin.

🌾🌾🌾

"Ya Hayyu Ya Qayyum,
Dengan rahmatMU aku merayu, perbaikilah semua urusanku, dan jangan sesekali ENGKAU  serahkan pada diriku walau sekelip mata."

The Sentuhan Qalbi StoriesWhere stories live. Discover now