Riddle 17

390 29 8
                                    

Josh telah membeli sebuah rumah baru.

Rumahnya itu memang sangat terbaik kerana mempunyai tingkap yang hanya boleh dibuka dari dalam.

Suatu hari, Josh mengajak rakan-rakannya untuk meraikan hari yang gemilang itu di Cafe.

Tiba-tiba Stan bertindak ganas.

Josh cuba untuk menenangkan dia tapi dia cuma melawan.

Helen dan Josh kemudiannya membawa Stan pulang.

Keesokan harinya,Josh ditemui mati dalam rumahnya.

Polis menyiasat kedua dua kawannya itu.

Apabila Stan disiasat,dia kata,

"Pada pagi ini,saya menelefon Helen untuk berjumpa dengan Josh.Saya ingin berjumpa dengannya untuk meminta maaf.Apabila saya sampai,pintu depannya berkunci,jadi saya pergi ke tingkap di bahagian bawah.Saya terlihat Helen sedang membasuh pisau yang dipenuhi darah.Saya terus membuka tingkap itu lalu mengatakan kepadanya yang saya akan memanggil polis.Helen yang bunuh Josh!"

Kemudian,polis pergi menyiasat Helen.Dia kata,

"Stan memanggil saya waktu pagi tadi.Dia mengajak saya pergi ke rumah Josh untuk meminta maaf kepadanya.Setibanya saya di rumah Josh,Saya lihat pintu depannya terbuka.Saya tahu yang mungkin ada pencuri masuk di dalam rumahnya.Saya terus masuk ke rumah Josh lalu saya lihat dia mati di ruang tamu.Kemudian,saya lihat Stan berada dalam bilik lain.Lalu dia berkata yang dia akan panggil polis.Stan membunuh Josh!"

Siapa yang membunuh Josh?Kenapa?

Note:3 Jam lagi..Awarddssss..
Hadiah?I kasi popular you and your book.Amacam?Nak?..Suka atilah.

Riddle Where stories live. Discover now