"YE cik nak order apa?" seorang pelayan lelaki berdiri sebelah meja sambil memegang buku order.
"I nak nasi goreng tomyam, air teh ais. You qaseh nak makan apa?" tanya gadis yang kacukan cina. Mira.
"Mii.. mii... em mii..." qaseh masih diawangan.
"Mii apa?" mira mengetuk meja. Bengang pula dia sudahlah tengah lapar order pun lambat. Hampeh punya kawan.
"Mira!!" jerit qasehh.
"Hah? kau nak makan aku ke? gila ke?"
"Tak bukann aku ada benda nak cakap ni" kata qaseh serious.
"kalau ye pun order la dulu sian budak ni tunggu dari tadi mi mi mi kau tu" bebel mira. Qaseh tersengih
"Teh ais je"
"Eh tak makan?" pelik bin ajaib selalu qaseh ni pantang nampak kedai makan.
"Nak diet" jawab qaseh. Mira sudah buat reaksi termuntah. Diet sangat tengokla malam nanti call aku ajak lepak mamak bebel mira dalam hati.
Pelayan lelaki sudah pergi ke dapur masakan.
"Apa nya tadi serious sangat" tanya mira acuh tak acuh sambil memain Iphone6nya.
"Aku mimpi lagi.." suara qaseh perlahan.
"Lagi? haih dahlah beb kau kena cari pengganti. Perkara dah 3 tahun lepas. Dah bahagia dua ekor beruk tu sekarang" mira spontan berkata.
Qaseh mengeluh perlahan. Mira memandang kesian dengan kawannya seorang ni susah sangat nak move on. Mira meletakkan Iphonenya kedalam beg tangannya.
"Okay listen, apa kata kau ikut aku hujung minggu ni?" mira mengangkat kening kanannya sambil tersengih.
"Buat apa? pergi tempat kau selalu lepak tu? Kau nak ibu parang aku ke?" qaseh sudah terbayang wajah ibu sekiranya dapat tahu dia pergi ke kelab malam.
"Ala sekali je nak bagi kau release tension. Lagipun bukan buat apa cuma menari kenal ramai kawan dan mungkin jodoh?" keningnya diangkat lagi.
"Aku cukur gak kening kau ni. Mana ada orang jumpa jodoh dekat tempat macam tu" mengarut minah ni. Lain la dekat surau ke masjid ke ni club. Apakehenya.
"Taknak sudah" makanan yang telah diorder mira tadi sudah sampai di meja mereka.
"Okay fine aku ikut tapi diam-diam. Promise?" qaseh melihat nasi goreng mira. Macam sedap.
"Nasi goreng apa ni?"
"Tomyam" ohh tomyam.
"Bangg nasi goreng tomyam satu!" jerit qaseh tidak tahu malu dan cover ayu.
"Eh tadi kata diet..." mira senyum sinis.
"Tak jadi next month lah" ni la perempuan nak kurus tapi diet nya esok tak esok lusa tak lusa minggu depan lagi parah tahun depan jelah diet.
+++QASEH sedang memandu terganggu apabila ringtone samsung A6 nya berdering. Pantas mengambil earphone dan disumbat ke telinga lalu menekan button
"Wehh beb lama lagi ke? dah pukul 9 ni nanti parking susah nak dapat" rungut mira ditalian.
"Ish sabarlah nak sampai dah ni baru masuk simpang rumah kau" Minah ni kan dahlah ajak aku keluar tapi aku yang kena ambil baik aku je ajak dia keluar.
+++
Setelah sangkut di tengah jalan akibat kesesakan lalu lintas kami berdua sampai ke destinasi yang dituju.
Zouk club, Kuala Lumpur.
Qaseh memandang seram saja mahu jejak kaki ke situ. Mira yang sudah biasa laju saja langkahnya untuk masuk kedalam.
"Beb?" mira menoleh kebelakang. "Cepatlah" mira menarik tangan qaseh.
Ada beberapa pasang mata melihat mereka yang menembusi manusia-manusia yang sedang seronok melayan irama lagu rancak yang dimainkan DJ.
"Heyy youuu, long time no see" mira bersalam dengan lelaki yang berkemeja jeans dan rambut ala ala Zac Efron itu. Lelaki itu membalas senyuman.
Manis. Comel. Bisik hati qaseh dalam diam.
"Oh yaa karl ni qaseh bestfriend i" mira menarik ku kehadapan sedikit. Lelaki yang bernama karl itu memandang qaseh terkaku.
Mira sudah tersenyum... one step closerr.. nyanyi riang dihatinya.
Mira yang sedang sibuk menari dengan rakan sekerjanya. Maklumlah stewardess sosial sikit.
Qaseh yang mula tidak selesa dengan pandangan karl mula beredar pergi ke toilet.
Semasa perjalanan hendak ke toilet qaseh dilanggar seseorang hampir terjatuh tetapi sempat disambut. Sepasang tangan merangkul pinggang kecilnya.
Bagaikan kena renjatan elektrik qaseh dengan pantas memperbetulkan posisinya sambil membela dress hitamnya.
"Kau ni buta ke? kalau ye pun nak menari mcm kera pergi sana tu ha pentas tu punyalah besar kat sini kau nak semak" marah qaseh. Geram dah lah langgar aku main peluk peluk pula. Ni kalau ibu tahu mahu kena kerat sepuluh! Oh tidak le teman.
Lelaki tadi hanya memandang qaseh yang sudah beredar masuk ke toilet. Seolah-olah terpengun melihat seorang gadis memarahinya. Selalu gadis akan layannya dengan baik. Dia tersenyum sengit.
+++
"Beb aku tengok karl tu macam syok je dengan kau" mira memulakan misi nya. Kalau berjaya boleh aku buka agensi CJ (CARI JODOH) wow gitu."Karl? aku tak berminat. Jambu sangat. Gay" jawab selamba sambil fokus memandu. Mira menunjukkan 'poker face'
"Handsome macam tu kau kata gay? seriously qas?" tanya mira tidak percaya dengan kata-kata qaseh tadi. Entah apalah taste budak ni.
"Ni mama kau tahu tak dah nak otw balik ni kang aku yang kena tadah telinga kena bebel sekali. cukup kat rumah aku ada satu" qaseh mengubah topik. Tidak selera nak borak pasal karl. Mira bengang.
+++
YOU ARE READING
Playboy
RomanceQaseh qistina seorang gadis yang terlalu bencikan cinta, akibat kisah silam cintanya yang tidak kesampaian Qaseh berazam tidak akan bercinta lagi. Amin Zil jejaka idaman malaya yang suka bertukat-tukar gadis seperti baju. Amin tidak akan percayakan...