"KAKAK!" jerit puan aida dari tingkat dua. Qaseh sudah menahan geram suka sangat kacau kita time drama nak start. Mujur lah zaman dah moden boleh record repeat banyak kali.
"Ye ibuu" qaseh menaiki tangga sambil membelek handphonenya.
Qaseh terus melabuhkan punggunnya diatas katil milik puan aida."Kenapa?" melihat ibu nya yang sibuk memilih baju untuk dipakai.
"Ni okay tak?" tanya puan aida. Qaseh mengeluh dalam hati. Nasib dapat ibu macam ni. Qaseh menunjukkan thumbs up serta dengan senyuman panjang.
"Ikut ibu tau malam ni, kawan ibu anak dia kahwin" anak kawan ibu yang kahwin bukan anak ibu yang nak bawa anak ibu ni kenapa? Malas sungguh nak pergi kena layan perangai kawan-kawan ibu yang selfie sana sini yang jadi photographer nya aku. Kerja tak berbayar ni lah dia.
"Malas lah bu, penat tadi dekat butik angkat stok dengan kak Ju" qaseh memberi alasan. Puan aida memandang dengan matanya yang sengaja dikecilkan.
"Betul ni? tak menyesal? ayah tak balik harini ada kerja dekat melaka. Abang tidur rumah kawan katanya tadi. So kalau qaseh taknak ikut ha bolehla jaga adik duduk berdua kat rumah ye" sengaja puan aida menakutkan qaseh.
"Ee ibu ni yelaa ikut" terus qaseh masuk kedalam biliknya lalu menghempas badannya ke katil yang empuk.
+++
SUASANA kenduri kahwin yang meriah. Kedengaran muzik yang syahdu dimainkan oleh dj. Ramai sungguh manusia yang memeriahkan suasana. Pakaian yang berbagai fesyen.Qaseh melihat suatu tempat yang kini sering kawan-kawan sama umur dengannya berebut untuk naik ke atas itu. Pelamin. Qaseh masih lagi tak berminat. Walaupun umur sudah masuk 23 tak terfikir nak cari setelah apa yang dia hadapi 3 tahun lepas.
"Qaseh" panggil puan aida sambil menarik tangan apabila melihat anaknya termenung melihat pelamin yang dihiasi bunga-bunga.
"Ni laa satu-satunya anak dara i" puan aida mengenalkan qaseh kepada kawannya. Qaseh hanya membalas senyuman.
"Cantiknya anak you aida.. boleh la buat bakal menantu" ketawa mereka berdua. Qaseh hanya ketawa hambar didalam hati. Anak makcik tu kerja apa? Dah bagi tanggungjawab sebagai anak dekat makcik dah ke? Sibuk nak suruh anak kahwin cepat. Bebel qaseh.
"ADUH!" qaseh melihat seseorang yang melanggarnya dari belakang. Cukup pantang orang main langgar2 ni takde disiplin. Sabar la beratur kan. Nak ambil makanan pun nak berebut. Childish.
"Assalamualaikum encik.. awak ni tak reti nak sabar ke? Kita ni dekat kenduri kahwin bukan dekat sekolah kebangsaan. Setahu saya adik saya yang sekolah tu pun beratur ikut giliran." marah qaseh.
Lelaki itu memandang qaseh dengan muka tidak bersalah. Sememangnya bukan salahnya ada dua orang budak kecil berlari dia mahu elak saja supaya makanannya tak terjatuh.
"Tak saya.." lelaki itu bersuara. Qaseh mula menahan geram. Dah buat salah nak bagi alasan ni lah lelaki. Nak menang saja!
"Saya ? dah terang-terang salah awak yang awak taknak mengaku kenapa?"
"Dik kalau nak bincang pasal hal rumah tangga ketepi ye? Orang beratur lama dah ni nak tunggu babak drama ni tak habis-habis dari tadi" Pakcik yang berbaju melayu warna coklat memerli. Ini lagi panas.
Qaseh mengipas-ngipas mukanya dengan menggunakan kedua-dua tangan. "Fuhh dugaan" qaseh beredar dari tempat itu terus masuk ke dalam kereta.
"Bro asal?" tegur seorang lelaki berpakaian pengantin sambil memeluk bahu rakannya itu.
"Entahlah budak gila mana tah tadi" Macam pernah tengok.. Perempuan dekat club haritu? Yes got it! She is! Lelaki itu tersenyum sendiri.
+++
YOU ARE READING
Playboy
RomanceQaseh qistina seorang gadis yang terlalu bencikan cinta, akibat kisah silam cintanya yang tidak kesampaian Qaseh berazam tidak akan bercinta lagi. Amin Zil jejaka idaman malaya yang suka bertukat-tukar gadis seperti baju. Amin tidak akan percayakan...