Kau Yang Pertama 3

36 1 0
                                    

Bahang mentari terasa di muka. Aku buka mata luas. Lah...siapa pulak yang buka langsir besar-besar ni. Memang panaslah lah aku dah katil pun letak dekat tingkap. Hiss. Aku bangkit dan tutup langsir kembali menjadikan keadaan bilik gelap.

"Buka balik!" sergah satu suara. Mata aku melilau rupanya dari arah kanan aku. Abang Muaz sedang terbongkok-bongkok di sana. aik, abang Muaz?

"Abang buat apa tu?" tanya aku sambil mengecilkan mata. Dia bergerak ke kanan sikit terus menyekat pandangan aku untuk melihat aktivitinya. Aku berkerut.

"Buka balik aku tak nampak ni!" bentak dia lagi. Aku geleng kepala.

"Panas lah bang..Rissa nak tidur lagi lah. Pening kepala ni sebab tak cukup tidur semalam" aku pegang kepala. Memang pening pun. Rasa berat semacam je. Tangan menyentuh dahi. Nak kata demam aku memang spesies berdarah panas. Badan rasa hangat je tiap masa. ceh, pandai bermadah dah aku ni... memanglah rasa panas dalam sebab belum mandi lagi. semalam mandi pun tak sempat basuh rambut. Tu sebab panas semacam je dalam.

"Memang lah pening dah tidur tak bangun-bangun! Entah subuh ke tidak tu" sindir dia. Aku cekak pinggang. Eh eh dia ni aku 'cuti' mana dia tahu. Huh!

"Buka balik! Tak nampak ni.." dia berpaling padaku. Mataku menatap hujung kaki seluar slack di ribanya. Lah, buat apa tu? Aku turun dari katil dan mendekati dia.

"Abang Muaz jahit seluar ke?' tanyaku polos. Sah sah aku nampak dia tengah menjahit bukan memasak. Nak gelak guling-guling boleh? Aku tekup mulut. Comel je tengok abang Muaz bongkok-bongkok pagi hari sebab nak menjahit seluar je.

"Kau nak gelakkan aku eh!" mata itu tajam menatap kearahku. Aku tutup mulut rapat. Tangan goyang kiri kanan berkali-kali.

"mana ada. Sila-sila..teruskan menjahit jangan tercucuk jari sudah lah.." aku undur ke belakang kembali dan langsir aku buka penuh. Bilik kami kembali terang. Boleh je dia buka lampu tapi nak juga sinar mentari terik siang hari ni. Abang Muaz ni lah kan...kuno sungguh tapi comel! Suami kepada siapa lah tu kalau bukan Marissa binti Mustapha!

eh, bukan aku benci ke dia selama ni...kenapa bertukar suka lagi ni. hmm benci sebab dia marah je. kalah mak dengan dia reti melaung je. tak ke aku ni bingung dia ni pernah duduk hutan ke melaung kemain kuat burung-burung pun boleh mati terkejut tahu.

**

Duduk ku sedikit tak selesa. Tangan menekan tepi perut. Aku perasan mata di sebelah asyik menjeling tapi aku terpaksa kerana kalah kepada sakit yang menyerang.

"Kau ni dah kenapa?" soalnya sinis.

Singgg! berdesing ini telinga.

Huh, abang Muaz ni lah kan...sakit-sakit ni tak teringin ke layan bini baik sikit. Tak tahu ke layan bini baik-baik tu dapat pahala. Huh. Memang tak pandai cari pahala dia ni. Aku geleng kepala.

"Geleng-geleng dah kenapa? Otak tu dah senget?" huisshh. Semakin sinis. Aku ketap bibir.

"Sakit perut lah" balasku dengan wajah monyok. Dia diam seketika.

"Kau bulan mengambang ke?"

Bulan mengambang? "Siang ni bang..bulan mengambang apa pulak." balasku dan dia jegilkan mata. nak marahlah tu. eleh eleh.

Eleh, bergurau sikit pun tak boleh. Tak syok betul!

"Main-main!"

Aku ketawa besar namun hanya seketika sebelum meringis sakit. Haih, sebab first day ni tu sakit lain macam. Esok dua tiga hari esoklah ni.

"Kalau tahu menyusahkan baik tak payah ajak!"

"Rissa memang taknak ikut tapi bila terfikir yang abang Muaz tak reti nak beli barang. Rissa gagahkan juga segala kudrat yang ada ni untuk bersama abang.." pinggang aku picit lagi. Hujung mata memandangnya. Dia terkulat-kulat sendiri seketika.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Yang PertamaWhere stories live. Discover now