Kau Yang Pertama 2

84 1 0
                                    

Redup mata memandangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Redup mata memandangnya. Senyum aku ukir takkala wajah itu terlihat agak bersalah.

"Prof masih marahkan kau sebab aku haritu ke?"

"Entah" aku angkat bahu dan Mirul gigit bibir bawahnya sambil cantum jari kedua tangannya rapat.
"Kalau sebab yang tu aku minta maaf lah wei. Aku tak sengaja!"

Aku tawa hujung bibir. "Tak ada lah sebab tu. Dah dah lah..benda lepas dah pun" ucapku tenang. "Ni ada apa jumpa aku?"

Nampak teragak-agak dia nak menutur kata. Bibir itu bergerak tapi langsung tak ada suara yang keluar. Perlahan dia tunduk kebawah seperti gaya pesalah "Ak..aku ..aku nak mintak tolong kau boleh?" dia angkat kepala menari letak mata aku. Dan aku pandang dia tenang.

"Apa dia?"

"Mana yang aku tak faham dalam kelas...kalau aku tanya kau..kau sudi tak ajar aku?"

Mata ini berkedip-kedip seketika.

"Aku nak jadi macam kau! Dean setiap sem. Aku taknak main-main dah. Sudi tak kau kawan dengan aku?"

Bibir ini menguntum senyum. "Ya Allah Mirul, tu je ke kau nak mintak? Jauh dari boleh wei! Boleh sangat sangat!" balasku ceria. Mirul angguk malu. "Sungguh ni?"

"Sungguh lah! Mana aku main-main. Aku tahu kau ni sebenarnya bagus tapi suka sangat main-main. Main-main tu boleh tapi jangan sampai tercemar result kau! Apa-apa tanya je aku kalau tak faham...dan kalau aku boleh bantu. Aku suka sangat"

Wajah itu sedikit ceria dari tadi "Thanks Rissa! Kau je yang sudi tolong aku.."

"Sama-sama kasih. Lepas ni jangan main-main sangat dah. Kesian mak kau dekat kampung, kau ada dua orang adik kecil kan?" tanya aku lagi. Mirul angguk dengan muka kaget.

"Kau tahu tu semua Rissa?" dan aku senyum

"Kau lupa kot. Masa mula-mula sem kita sempat kawan lepas naik sem dua kau mula sombong" aku buat muka sedih. Dan mirul nampak semakin bersalah. "Maaf.."

"Haha! Aku gurau jelah. Kau ni! Err dah lah..kalau ada apa-apa call aku okey?"

"okey janji! Oh lupa..Prof panggil kita untuk apa?" Mirul kembali ubah topik kami kepada topik asal. Serta merta mood yang semangat tadi kendur semula bila teringat akan abang Muaz.

Aku jongket bahu. Dengan aku tahu pun dia tak bagitahu. Haih...pesen apa pulak dia kali ni.


**

Pintu kereta aku tutup selepas mengucapkan terima kasih pada si tuan pemandu. Bila aku berdiri di tepi dia menyuruh aku masuk dulu. Pintu pagar aku tolak dan melangkah ke dalam. Aku pusingkan badan kembali, melambai tangan pada kereta yang meluncur pergi. Hilang saja dari pandangan, aku melangkah ke pintu rumah.

Kosong di ruang tamu. Aku menapak ke tengah dan dari sini aku terdengar suara mak didapur. Seperti sedang berbual dengan seseorang. Aku biarkan dan terus mendaki anak tangga. Raa melekit tubuh ini, rasa nak terus berendam dalam bilik mandi.

Kau Yang PertamaWhere stories live. Discover now