;Ku rasa hadirmu, menyempurnakan aku.
°°°
"Nak makan apa ni?" Tanya Jiyeon sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung. Setelah sekian lama tidak menikmati makan tengahari bersama, dapat juga Jaebum makan bersamanya.
Maklumlah, Jaebum tu sibuk mengalahkan menteri!
"I punya order macam biasa jelah," balas Jaebum. Matanya masih memandang iPad di tangan. Sibuk meneliti akaun kewangan syarikat.
"Okay. Waiter!" Tanpa membuang masa, Jiyeon terus memesan makanan untuk kedua mereka. Kalau nak tunggu Jaebum order, heh sampai pagi esok lah jawabnya.
"You tengok apa tu?" Soal Jiyeon. Dari tadi lagi dia tengok Jaebum tak lepas memandang iPad sampai mukanya pun tak dipandang.
"Akaun syarikat," ucap Jaebum ringkas. Masih tidak mengangkat muka. Khusyuk meneliti setiap butir huruf dan nombor yang terpapar pada skrin gajet itu.
"Oh," Jiyeon hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Sedikit sebanyak, dia terasa dengan kelakuan Jaebum.
Sudahlah mereka jarang berjumpa, ni bila dah jumpa, Jaebum masih mengisahkan hal kerjanya.
"You, cakaplah dengan I," Jiyeon memuncungkan bibirnya. Bosan hanya berdiam diri.
Tujuan dia mengajak Jaebum makan bersama hari ni pun untuk berbual bukannya duduk tercongok sementara menunggu pesanan makanan sampai.
Sejak tadi lagi dia cuba untuk memulakan perbualan tetapi Jaebum pula hanya membalas sepatah-sepatah. Tak ke sakit hati?
Dek kerana desakan Jiyeon yang tak henti, Jaebum akhirnya mengangkat muka. "Ya, I tengok you ni. Kenapa?" tanya Jaebum serius. Tidak terpalit senyuman pun di bibirnya.
Sudahlah dia pening memikirkan hal kerja, Jiyeon pula dari tadi tidak habis-habis bertanya itu ini.
Bukan dia tidak suka, cuma semua itu membuatkan dia rimas. Sukar untuk dia fokus jika ada yang mengganggunya.
"You lah. Tak cakap dengan I," balas Jiyeon. Ada nada rajuk ketika kata-kata itu dituturkan. Berharap supaya Jaebum memahami.
Jaebum akhirnya meletakkan iPad di atas meja.
"Look, I'm sorry okay? I tengah check account ni takut kalau ada tersilap dekat mana-mana. I tak bermaksud tak nak layan you," terang Jaebum. Mata cantik Jiyeon diatatapnya.
Entah kenapa, dia berasa sedikit jengkel dengan sikap Jiyeon sekarang.
Tidakkah gadis itu memahami kerjanya? Lagi pula, awal-awal lagi dia sudah maklumkan bahawa dia sibuk hari ini namun Jiyeon sendiri yang tetap berdegil mahu makan tengahari bersama.
Lepas tu nak marahkan dia pula?
"I tahu. Tapi takkan nak letak tepi sekejap pun tak boleh?" Jiyeon berkata selembut mungkin, cuba menyembunyikan perasaannya.
Marah? Ya dia marah.
"I kena settle benda ni esok. You ingat i saja-saja ke?" Ujar Jaebum yang tidak berpuas hati apabila Jiyeon sesuka hati membuat tuduhan. Macam dia jahat sangat.
"Just for an hour Jae! Can't you do that? For me?" Dahi Jiyeon dikerutkan. Nada suaranya ditinggikan sedikit. Dia kecewa mendengar jawapan dari tunangnya itu.
Jaebum melepaskan keluhan berat sebelum kembali menyambung kata-kata.
"Macam ni lah, kalau you nak marah I pasal ni, tak perlu. Tak matang ok. We're not kids. You ada kerjaya sendiri. You pun kerja dekat office. In a big company. You supossed to understand me. Understand how my work is. But no, what you see is only bad things about it. Itu ke you cakap you faham kerja I?"
Jika Jiyeon kecewa dengannya, sungguh dia lebih kecewa dengan Jiyeon.
Betapa dia mengharap agar Jiyeon memahami kerjayanya sebagai seorang pengarah eksekutif sekaligus memberi sokongan kepadanya.
Malangnya, tidak. Dia tak dapat keduanya.
"Wow so i lah yang jahat kat sini? I lah yang tak faham you? I lah yang immatured? Ok nice. Suka hati you. Do as you wish, Tuan Pengarah Eksekutif. Im sorry, I'm leaving,"
Sejurus menghabiskan ayatnya, Jiyeon bingkas bangun untuk meninggalkan restoran tersebut. Meninggalkan Jaebum yang langsung tidak berganjak untuk memujuknya.
Air matanya ditahan supaya tidak mengalir. Hatinya sakit. Dia kecewa. Keliru. Segala bercampur baur.
Since when you're being like this?Since when everything went so wrong Jae?
💔Thanks for reading ☺
YOU ARE READING
[C] Kisah kita | Jaebum x Jiyeon ✔
Teen Fiction"May we'll be happy," ; Percintaan itu tak semestinya indah. Mungkin, ia indah pada mulanya namun semakin lama keserasian antara mereka berdua mula pudar. Apabila mereka cuba memahami antara satu sama lain tetapi sukar lalu masing-masing menjadi ke...