;Perlukah kita, untuk berkorban?
Demi pertahankan kebahagiaan.°°°
"I rasa...well dia nampak bertanggungjawab, caring. You guys nampak serasi," ujar Junmyeon ikhlas bersama senyuman di bibir.
Jujur, memang dia cemburu kerana Jaebum dapat memiliki Jiyeon namun dia tahu Jaebum memang layak dengan wanita itu. Dia boleh nampak betapa sayangnya Jaebum terhadap Jiyeon walaupun mereka baru sekali berjumpa.
"Really?" Soal Jiyeon kembali lalu tertawa kecil. Memang tak dinafikan Jaebum seringkali mengambil berat tentangnya terutama sekali ketika mereka awal-awal bercinta dulu.
Di awal percintaan, semuanya terasa indah.
"Really," balas Junmyeon meyakinkan Jiyeon. Setelah itu, mereka berdua mula berbual kosong tentang bermacam perkara. Dari satu hal ke satu hal. Kadang-kala, mereka tertawa.
Jiyeon terasa gembira sedikit dengan adanya Junmyeon untuk menemaninya. Sesekali dia tidak lupa untuk mengintai ke arah pintu, menanti Jaebum untuk muncul.
Namun sayang, kelibat Jaebum langsung tidak kelihatan.
Jiyeon kecewa.
°°°
Jaebum's POV
Sudah hampir 40 minit aku di atas jalan raya. Perjalanan ke hospital yang sepatutnya hanya mengambil masa selama 20 minit menjadi tergendala disebabkan kemalangan yang berlaku di jalan utama.
Haih, aku dah lah tak boleh lama. Petang nanti ada mesyuarat lagi. Takkan aku tak nak pergi jumpa Jiyeon? Aku dah janji kut semalam. Jiyeon mesti tunggu punya.
Tak apalah. Aku sabar je mana tahu kejap lagi okay ke trafik ni. Harap-harap macam tu lah.
Aku terus mengeluh sambil fikiranku melayang teringat memori ketika aku dan Jiyeon masih bergelar pelajar dulu.
Ah, rindunya!
Rindu waktu aku selalu ada masa terluang untuk berjumpa dia. Tapi aku kerja ni pun untuk masa depan aku dan dia kan?
Sebab tu, aku harap sangat dia dapat faham.
°°°
Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan ke Hospital Universiti Myung Woo tergendala, aku akhirnya sampai ke destinasi.
Usai memarkir kereta di tempat yang sepatutnya, terus aku mencapai chocolate dan sejambak bunga yang aku letak di seat sebelah pemandu tadi sebelum melangkah keluar dari kereta.
Langkah aku atur ke dalam hospital dengan laju memandangkan aku sememangnya tak boleh berlama di sini.
Mungkin hanya 15 minit. Paling lama pun 20 minit.
Akhirnya, aku sampai juga di hadapan wad yang menempatkan Jiyeon. Fuh, harap-harap Jiyeon tak merajuklah.
Perlahan-lahan aku menolak pintu wad vip itu. Tak sabar rasanya untuk melihat reaksi Jiyeon bila dia nampak bunga dan chocolate ni.
Namun tolakan pada pintu terhenti apabila aku mula terlihat kelibat Jiyeon dan...
Junmyeon?
Wajah Jiyeon yang nampak ceria itu aku tatap lama. Sungguh, dah lama aku tak nampak Jiyeon senyum macam tu.
Aku kembali menarik pintu perlahan-lahan. Aku pasti mereka tak perasan pun kehadiran aku di situ. Kakiku mula melangkah ke mana pun aku tak tahu.
Masih terbayang tawa Jiyeon tadi di fikiranku. Kenapa hati aku rasa sakit? Terlalu lama rasanya aku dan Jiyeon tak berbual mesra macam tu.
Salah faham antara aku dan Jiyeon bulan lepas turut sama bermain di minda. Memang aku kerap bergaduh dengan dia semenjak dua menjak ni dan punca pergaduhan kami mesti melibatkan,
Kerja aku.
Aku ni terlalu mementingkan kerja ke? Aku memang abaikan dia ke?
Aku meraup wajah. Lama.
Aku keliru dengan diri aku. Dengam semua yang berlaku ni.
Mungkin benar kata-kata yang Jiyeon pernah ungkapkan yang aku ni hanya pentingkan kerja dan kurang beri komitmen dalam hubungan kami.
Jarang sangat aku dapat meluangkan masa dengan dia. Kalau aku cuti pun aku lebih pilih duduk di rumah untuk rehatkan diri.
Kalau dulu, memang aku yang selalu bertanya khabar Jiyeon tapi lama-kelamaan aku terlalu sibuk sampai langsung tak sempat menghubungi Jiyeon. Kalau dia call pun kadang-kadang aku tak jawab sebab terlalu penat.
Jujur, aku baru perasan semua tu sekarang. Right now, at this time, lepas aku ternampak senyuman Jiyeon swaktu dia berbual dengan Junmyeon.
Baru aku sedar yanh selama ini, bukan Jiyeon yang tidak memahami aku tapi aku sendiri yang anggap aku dah faham semuanya.
Aku letakkan kesalahan pada Jiyeon atas apa yang berlaku antara kami walaupun sebenarnya aku yang silap.
Bukan Jiyeon mengada-ngada hendak mengungkit atau tak memahami kerjaya aku, dia cuma nak aku yang dulu tapi aku yang tak pernah faham.
Ego.
Aku ego.
Dan ketika ini, hati aku terus terdetik sesuatu yang langsung tak pernah terlintas di fikiran selama ini.
Aku tak layak untuk Jiyeon.
Dan aku tak pernah layak.
💔
Thanks for reading ♥
Votes anda amat dihargai 😌💃
YOU ARE READING
[C] Kisah kita | Jaebum x Jiyeon ✔
Teen Fiction"May we'll be happy," ; Percintaan itu tak semestinya indah. Mungkin, ia indah pada mulanya namun semakin lama keserasian antara mereka berdua mula pudar. Apabila mereka cuba memahami antara satu sama lain tetapi sukar lalu masing-masing menjadi ke...